Sunday, 7 April 2013

#GE13 : 6 Sebab Mengapa Rakyat Perlu Kekalkan BN #PRU13 #vote4BN

Barisan Nasional (BN) hari ini menggariskan enam sebab mengapa rakyat perlu terus memberi mandat kepada parti itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Menurut Manifesto BN yang dilancarkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam ini, enam sebab tersebut ialah Malaysia memerlukan kerajaan yang stabil dan kuat, rekod pencapaian, pengalaman, gerakan kesederhanaan, perkongsian kuasa telah teruji dan memenuhi kehendak rakyat.

Rakyat perlukan sebuah kerajaan kukuh yang berupaya melaksanakan Agenda Transformasi Negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi yang maju sepenuhnya, menurut manifesto bertajuk “Menepati Janji Membawa Harapan” itu.

BN sentiasa melakukan penambahbaikan dan sepanjang empat tahun lepas, kerajaan BN mencapai banyak kemajuan besar dalam meningkatkan produktiviti dan sistem penyampaian, menurutnya.

“Kejayaan yang dikecapi dalam tempoh 55 tahun tidak boleh dinafikan, kami adalah parti yang mempunyai rekod pencapaian mantap dan menunaikan segala janji.

Selama ini, kerajaan yang diterajui BN telah membawa kemakmuran kepada segenap segmen masyarakat Malaysia,” menurut manifesto bertemakan “Rakyat Didahulukan” itu.

“Kami akan meneruskan rekod kecemerlangan ini. Sekarang bukan masa untuk bereksperimen. Jangan sesekali melakukan uji kaji dengan masa depan kita.”

Menurut manifesto itu, politik yang dibawa BN ialah politik perpaduan yang berpengalaman mengurus masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya.

“Parti komponen mengamalkan formula perkongsian kuasa yang efektif dan menolak politik benci membenci, pecah-belah serta menentang eksploitasi kaum dan agama untuk keuntungan politik”.

Gabungan pelbagai parti BN telah teruji yang mana selepas 55 tahun, ia masih mewakili seluruh lapisan rakyat dari semua negeri di Malaysia kerana mengamalkan politik konsensus dan keterangkuman.

BN juga terus memperkasakan rakyat melalui peralihan yang terurus ke arah masyarakat progresif, moden dan demokratik dengan iltizam untuk melindungi hak asasi manusia dan alam sekitar, menurut manifesto itu.

Sumber

3 comments:

  1. 53 TAHUN TIDAK TUNAIKAN JANJI,
    2 TAHUN TERAKHIR CUBA TUNAIKAN JANJI.

    Beri itu dan ini untuk menarik hati rakyat. Dasyat BN.

    BN FIKIR RAKYAT MALAYSIA NAJIS, SEPERTI ANJING.

    BN FIKIR RAKYAT BODOH.

    Selepas diperbodohkan, diberi duit terus percaya.
    Semua yang dilakukan BN adalah atas dasar Negara Berkebajikan yang hendak diwujudkan oleh PR. Kalau tidak ada PR tidak ada semua ini.

    BUKTINYA: LIHAT MANIFESTO BN SEJAK MERDEKA SEHINGGA SEKARANG 2008 PRU12. ADA TAK BERI DUIT KEPADA RAKYAT. JAWABNYA TIDAK ADA.

    JADI INI SEMUA IDEA SIAPA?
    JAWABNYA : DATUK SERI ANWAR IBRAHIM.

    BIAR BUTA PENGLIHATAN, JANGAN BUTA HATI DAN FIKIRAN.

    ReplyDelete
  2. Betul idea copyright.....

    ReplyDelete
  3. YIP KUM FOOK”MCA GOMBAK” PENGHINAAN SAMI BUDDHA, SAYS DESA JAYA PEOPLE

    Kepada YB. Perdana Menteri Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak,

    Di sini saya ingin mengatakan bahawa BN kalah bukanlah koncern BN tak baik, khas nya MCA kerana kebanyakan Ahli MCA cabangan bawah, pemimpinnya sudah berjaya sombong dan tidak berkhimat dan ular, olih itu mengakibatkan ramai Malay, Cina dan India naik marah dan kalah PRU 13 teruk

    Contohnya, yang saya tahu Pengerusi MCA GOMBAK YIP KUM FOOK dan Pemuda MCA GOMBAK YIP JIUN HANN, mereka ular sampai wang Tokong pun berani telang dan halau Sami Buddha keluar dari tokong, orang ramai benci MCA.

    Apabila mereka tolong Donald Lim Siang Chai di Selayang, orang ramai salah sangka Donald Lim sama satu kaki……

    Sekira MCA cuba ingin memulit nama baik dan sokongan olih orang ramai semula, pemimpin seperti ini patut di kikis dengan bersih dalam parti, Kalau tidak sampai bila pun susah memulit semangat

    Sekian, Terima kasih

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive