Tuesday, 16 April 2013

#PRU13 : Zul Nordin Perkasa Tersenarai Lawan Khalid Samad #GE13 #vote4BN

Dari Blog : 1Malaysia

Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Nordin menjadi calon BN untuk kerusi Parlimen Shah Alam menentang penyandang dari PAS Khalid Samad. Pencalonan Zulkifli agak menarik kerana inilah kali pertama BN membenarkan lambangnya digunakan oleh bukan ahli komponen untuk digunakan sebagai simbol PRU.

Zulkifli sebelum ini merupakan MP bebas Kulim Bandar Baru.

Di PERLIS, kerusi tumpuan adalah Parlimen Arau di mana bekas MB Datuk Seri Shahidan Kassim akan bertanding menentang Timbalan Muryidul Am PAS Datuk Dr Harun Din.

Manakala untuk kerusi DUN pula tumpuan menyurus kepada DUN Sanglang, di mana anak jati Perlis Dr Fathul Bari Mat Yahya akan menjadi calon BN menentang calon PAS yang belum diumumkan lagi.

Dr Fathur adalah Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia dan anak kepada bekas Mufti Perlis Mat Jahaya Hussin.

Di KEDAH, bekas MP Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir akan bertanding DUN Ayer Hitam menguatkan spekulasi bakal dilantik MB jika Kedah berjaya ditawan BN.

Selain itu, Bekas Setiausaha Parlimen Datuk Othman Abdul dipilih semula sebagai calon BN untuk menentang Timbalan Presiden PAS Mat Sabu di Pendang

Di Pulau Pinang, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Datuk Reezal Merican Naina Merican akan menggantikan bekas PM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di kerusi Parlimen Kepala Batas.

Manakala tokoh agama Datuk Shahbudin Yahya akan menggantikan Tan Sri Nor Mohamad Yaakob di Tasek Gelugor.

Manakala di Pematang Pauh BN membariskan tokoh korporat Naib Presiden Telekom Malaysia Dr Mazlan Ismail sebagai calonnya di situ.

Orang lama, Datuk Dr Hilmi Yahya kembali dicalonkan di kerusi Parlimen Balik Pulau.

DI PERAK Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar ganti Tan Sri Rafidah Aziz di Kuala Kangsar.

Manakala di Negeri Sembilan Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad kembali dicalonkan ke kerusi Parlimen Jempol (kerusi pertama beliau) menentang penyanyi Wan Aisyah Wan Ariffin dari PAS.

Di MELAKA Datuk Seri Ali Rustam ke Parlimen Bukit Katil manakala MP Tangga Batu Datuk Idris Harun ke DUN Sungai Udang.

Di JOHOR pertembungan hebat sudah pasti berlaku antara Datuk Seri Abdul Ghani yang akan menentang Penasihat DAP Lim Kit Siang di Parlimen Gelang Patah.

MP Pasir Gudang yang juga Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Abdul Khaled Nordin kini bertanding DUN Kempas.

2 comments:

  1. elok la macai1 BN boleh gi mampus nanti... sama la ngan owner blog bangang ni... buat semak web site je... pengampu najib...weii jilat bontot najib lebih sikit nanti dapat brim lebih

    ReplyDelete
  2. kesian kat pencacai pr..dah lah anugay sondol bontot terbaru pulak stopa spender sondol pepet betine....cukup lengkap pakatan ranjang....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive