Wednesday, 10 September 2014

Pimpinan PKR Pakat Kunci Mulut Selepas Mohon Maaf!!!

Pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) nampaknya mengambil pendekatan 'kunci mulut' setelah membuat permohonan maaf kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Selasa.

Tindakan itu dapat dilihat dengan jelas apabila pemimpin-pemimpin yang hadir ke mesyuarat mingguan parti malam Selasa enggan memberikan sebarang komen mengenai isu tersebut.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah yang menjadi pemimpin yang paling awal meninggalkan Ibu Pejabat PKR di sini berkata, mesyuarat pada malam Selasa hanya membincangkan 'perkara biasa'.

"Bincang isu Pengkalan Kubor...tentang calon menteri besar Selangor pun ada juga," jawabnya ringkas sambil meninggalkan pemberita. Ditanya sama ada mesyuarat tersebut membincangkan mengenai kemungkinan nama calon baharu akan dihantar kepada istana, beliau menjawab:

"Surat merafak sembah, memohon maaf kepada Sultan Selangor telah dihantar." Sementara itu, timbalannya Mohamed Azmin Ali yang ditemui selepas itu berkata tiada sebarang pengumuman pada malam Selasa.

"Mesyuarat mingguan biro politik biasa...tiada pengumuman," katanya. Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula tidak memberikan sebarang komen lanjut mengenai kenyataan PKR yang memohon maaf kepada Sultan Selangor dan tindakan seterusnya yang akan diambil oleh parti bagi menyelesaikan permasalahan dengan istana. - Sumber

PT
Buatla apapun wahai pemimpin PKR...yang penting rakyat negeri Selangor dah tahu belang sebenar ketua hang!!!!

Tuesday, 9 September 2014

Pas Tak Sanggup Lagi Jadi Tukang Cuci Kekotoran Anwar???

Ketua Dewan Ulama Pas Pahang, Mokhtar Senik secara keras membidas semula kenyataan yang dibuat oleh PKR dan sekutunya dalam Pas dan menyenaraikan lapan kekesalan rakyat dan penyokong Pas terhadap parti itu dalam kemelut tersebut.

"Selama Pas berada didalam pakatan rakyat Pas terpaksa mencuci segala kekotoran yang dibuat oleh Anwar Ibrahim demi untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada PR.

"PKR sengaja mempermainkan mandat rakyat dengan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tanpa sebab bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di kawasan berkenaan.

"Kami kesal dengan Penasihat PKR, Anwar Ibrahim yang mengatakan `Langkah Kajang' tiada kaitan dengan pertukaran Menteri Besar tetapi berlaku sebaliknya dan tindakan PKR mencipta projek `Langkah Kajang' tanpa persetujuan Pas serta komponen pakatan pembangkang," katanya menerusi status Facebook beliau hari ini.

Mokhtar berkata, rakyat dan penyokong Pas juga kecewa terhadap penipuan Anwar dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang menyebut mereka sudah berbincang dengan Abdul Hadi di Terengganu tentang nama calon Menteri Besar Selangor tetapi sebenarnya memaksa Presiden Pas itu menandatangani surat sokongan kepada satu nama sahaja iaitu Wan Azizah sedangkan mereka tidak pernah berbincang dengan Presiden Pas.

Dakwanya, perkara lain yang dikesalkan adalah penipuan PKR yang menyebut bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengkhianati wang rakyat tetapi sehingga kini gagal membuktikan fitnah tersebut.

"Kami juga kesal dengan PKR apabila masih gagal menyatakan bukti penafian terhadap 'Dokumen Langkah Kajang' yang tersebar sebelum ini yang dianggap mengkhianati Pas. Hari ini sudah masuk hari ke-19 dokumen tersebut tersebar,'' ujarnya.

Tambah beliau, sikap 'lidah bercabang' Anwar dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang mengatakan bahawa Pas berkehendakkan Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Perdana Menteri sedangkan mereka terlebih dahulu berjumpa Ahli Parlimen Gua Musang itu tetapi gagal juga dikesali oleh penyokong Pas.

Selain itu katanya, mereka kesal dengan sikap PKR tidak menghormati konsensus pakatan pembangkang yang bersetuju menjunjung institusi beraja berikutan masih berdegil mengikuti arahan istana Selangor dalam isu penggantian Menteri Besar.

Oleh itu jalan mudah untuk menyelesaikan masalah menteri besar yang dibuat oleh Anwar Ibrahim ialah jika Sultan pilih MB dikalangan Yb Pas, maka PKR dan DAP dengan semangat setiakawan yang duk sebut-sebut sangat sebelum ini perlu sokong sepenuhnya.

"Jika sekiranya sultan memilih YB daripada PKR rasanya PAS tidak jadi masalah untuk menyokong tapi yang bermasalah sekarang jika sultan memilih YB Pas menjadi MB", kata Mokhtar lagi.

Sumber

PT
Setelah sekian lama bergelumang  dengan kekotoran Anwar baru sekarang Pas tersedar??? Takkanlah berpuluh ulamak kelas dunia dalam Pas seirabgbpun tak kenal siapa Bang Non???

Sunday, 7 September 2014

Tabik Haji Hadi Tidak Tunduk Kepada PKR & DAP - Awang S

Awang Selamat memuji Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan barisan ulamanya kerana tidak tunduk kepada PKR dan DAP dalam krisis Selangor.

"Apa pun Awang tabik Presiden PAS, Hadi Awang dan barisan ulama kerana tidak tunduk kepada PKR dan DAP.

"Walaupun Hadi menghadapi tentangan hebat daripada kelompok Anwarinas atau Anwariuun (memetik rujukan Uztaz Ismail Mina), majoriti ahli akar umbi masih bersama beliau," tulisnya dalam kolum Mingguan Malaysia hari ini.

Semalam katanya Hadi bersuara sekali lagi menolak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang disifatkannya tidak berkebolehan. Begitu juga amaran beliau kepada pemimpin PAS supaya keluar parti jika tidak lagi sehaluan dengan PAS.

"Awang percaya itu baru permulaan. Silap bagi Anwar mengambil mudah Hadi. Kita lihat nanti," tulis kolumnis itu.Kolumnis itu juga memuji ketegasan Sultan Selangor yang mahukan lebih dari dua nama calon MB.

Biarpun menghadapi tekanan dan adakalanya ugutan dan penghinaan daripada para pemimpin PKR dan DAP, baginda tidak goyah apalagi untuk tunduk, tulis akhbar itu.

"Awang ingin menzahirkan kesyukuran dan penghargaan yang tidak terhingga atas ketegasan Sultan Selangor," tulisnya. Awang juga teruja apabila PAS menghantar tiga nama sebagai calon menteri besar yang baru. Lebih banyak pilihan, lebih baik. "Apa salahnya jika calon PAS menjadi menteri besar," tulisnya.

Beri pula peluang kepada parti itu yang mempunyai hak dan merit dalam konteks politik Selangor, katanya.

"Lagipun Awang lebih percaya pemimpin PAS untuk mengurus rizab RM5 bilion berbanding calon boneka Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya. Namun begitu, kolumnis itu menulis, mereka terganggu dengan perbalahan terbuka sesama pemimpin PAS.

"Kelompok Anwarinas bertindak balas terhadap golongan ulama, termasuk menubuhkan Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa)," katanya.

Pendirian Hadi tidak diikuti sebaliknya diperlekehkan, katanya merujuk kepada ura-ura PasMa akan menjadi ganti PAS dalam Pakatan Rakyat jika PAS mengambil keputusan meninggalkan gabungan itu.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pula mempersoalkan keputusan Majlis Syura Ulama yang mencadangkan Adun PAS sebagai calon menteri besar, tulis Awang lagi.

"Inilah perpecahan paling buruk dalam sejarah PAS dan pujian harus diberi kepada Anwar atas kejayaannya itu," katanya. DAP menjadi komponen pakatan paling untung dan puas, tambah penulis itu lagi. – Sumber

PT
Haji Hadi baru tersedar dari berterusan diperbodohkan oleh dua orang makhluk bernama anwar dan lim kit siang???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive