Awang Selamat memuji Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan barisan ulamanya kerana tidak tunduk kepada PKR dan DAP dalam krisis Selangor.
"Apa pun Awang tabik Presiden PAS, Hadi Awang dan barisan ulama kerana tidak tunduk kepada PKR dan DAP.
"Walaupun Hadi menghadapi tentangan hebat daripada kelompok Anwarinas atau Anwariuun (memetik rujukan Uztaz Ismail Mina), majoriti ahli akar umbi masih bersama beliau," tulisnya dalam kolum Mingguan Malaysia hari ini.
Semalam katanya Hadi bersuara sekali lagi menolak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang disifatkannya tidak berkebolehan. Begitu juga amaran beliau kepada pemimpin PAS supaya keluar parti jika tidak lagi sehaluan dengan PAS.
"Awang percaya itu baru permulaan. Silap bagi Anwar mengambil mudah Hadi. Kita lihat nanti," tulis kolumnis itu.Kolumnis itu juga memuji ketegasan Sultan Selangor yang mahukan lebih dari dua nama calon MB.
Biarpun menghadapi tekanan dan adakalanya ugutan dan penghinaan daripada para pemimpin PKR dan DAP, baginda tidak goyah apalagi untuk tunduk, tulis akhbar itu.
"Awang ingin menzahirkan kesyukuran dan penghargaan yang tidak terhingga atas ketegasan Sultan Selangor," tulisnya. Awang juga teruja apabila PAS menghantar tiga nama sebagai calon menteri besar yang baru. Lebih banyak pilihan, lebih baik. "Apa salahnya jika calon PAS menjadi menteri besar," tulisnya.
Beri pula peluang kepada parti itu yang mempunyai hak dan merit dalam konteks politik Selangor, katanya.
"Lagipun Awang lebih percaya pemimpin PAS untuk mengurus rizab RM5 bilion berbanding calon boneka Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya. Namun begitu, kolumnis itu menulis, mereka terganggu dengan perbalahan terbuka sesama pemimpin PAS.
"Kelompok Anwarinas bertindak balas terhadap golongan ulama, termasuk menubuhkan Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa)," katanya.
Pendirian Hadi tidak diikuti sebaliknya diperlekehkan, katanya merujuk kepada ura-ura PasMa akan menjadi ganti PAS dalam Pakatan Rakyat jika PAS mengambil keputusan meninggalkan gabungan itu.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pula mempersoalkan keputusan Majlis Syura Ulama yang mencadangkan Adun PAS sebagai calon menteri besar, tulis Awang lagi.
"Inilah perpecahan paling buruk dalam sejarah PAS dan pujian harus diberi kepada Anwar atas kejayaannya itu," katanya. DAP menjadi komponen pakatan paling untung dan puas, tambah penulis itu lagi. – Sumber
PT
Haji Hadi baru tersedar dari berterusan diperbodohkan oleh dua orang makhluk bernama anwar dan lim kit siang???
Izinkan ANWAR pergi ke penjara seorang diri
ReplyDeleteJangan terpedaya berkali-kali
Anwar sedang tiup sentimen berdemonstrasi
untuk diarak beramai-ramai......