Sudah terang lagi bersuluh bahawa calon Pas N01 adalah pengikut PasMa. Kemungkinan besar adalah pilihan pemimpin utama Kelantan tersebut. Oleh sebab itulah, seorang pemimpin Kelantan itu dikatakan menggunakan khidmat seorang blogger Perak ini bagi menangkan Wan Rosdi di Pengkalan Kubor dengan apa cara sekali pun.
Blogger upahan yang dikatakan dibiayai oleh PasMa itu mula membuat tuduhan fitnah dan palsu di blognya dengan menuduh calon BN sudah memberi rasuah kepada pengundi pengundi di Pengkalan Kubor.
Gambar wang RM100 yang dicetak menggunakan printer komputer dan tulisan “Tolong Menangkan Calon BN” dijadikan asas untuk memfitnah BN di Pengkalan Kubor. Taktik reverse pyschology ini sudah beberapa kali digunakan oleh blogger blogger upahan PasMa setiap kali berlaku Pilihanraya kecil.
Sewaktu di Bagan Pinang, ada dakwaan BN telah mencederakan seorang jentera PAS dengan parang. Kemudian di Sungai Limau, ada patung yang digantung untuk mengejek arwah Ustaz Azizan.
Kedua dua motif dan tujuan gerak saraf tersebut adalah berniat mengajak rakyat menuduh BN sebagai pelaku perbuatan tersebut. Kali ini, strategi itu mahu diulang di Pengkalan Kubor. Ianya sudah dieksperimen beberapa kali di tempat tempat lain.
Suasana tenang dan aman di Pengkalan Kubor cuba dicemarkan dengan dakwaan fitnah sebegini. Semalam, mereka menuduh BN edar VCD di Pengkalan Kubor, namun akhirnya terkantoi bila budak yang mengedarkan VCD itu sebenarnya memakai baju royalti “R”.
Hari ini ada dakwaan BN cuba rasuah pengundi di Pengkalan Kubor. Dakwaan yang langsung tidak logik sama sekali. Calon BN bukanlah seorang kontraktor seperti calon PAS. Dari sudut kewangan memang Kamaruddin Jaafar dan Wan Rosdi lebih berkemampuan.
Atau sebenarnya PAS yang mahu rasuah pengundi di Pengkalan Kubor? Siapa pemimpin dari Kelantan yang merupakan orang kuat PasMa yang upah blogger ini?
PT
Fitnah sudah menjadi darah daging bagi pemimpin Pas demi membeti kemenangan kepada calon mereka.Tapi pengundi N01 wajib berfikir secara matang siapakah calon ysng paling layak memggalas tugas sebagai tok wakil nereka.
No comments:
Post a Comment