Showing posts with label ustad fathul bari. Show all posts
Showing posts with label ustad fathul bari. Show all posts

Thursday, 10 October 2013

Dr. Maza Sokong Ustad Fathul Bari Tanding Exco Pemuda!!!


Terdapat satu video, Dr. Fathul Bari Mat Jahya dan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin bersama di atas pentas dalam bicara sebuah forum. Terus terang Dr Asri berpesan kepada Fathul Bari tentang masuk umno. Pesan Dr Asri, masuk Umno bukannya kerana nak mempertahankan Umno tetapi masuk Umno untuk berdakwah dan membetulkan Umno.

Dalam tulisan terbaru Dr Asri, Bukan Kurang Jubah, Tapi Kurang Amanah, beliau ada menulis tentang fatwa dungu. Walaupun tak disebut secara terus, kita faham maksud Dr Asri, tulisan beliau;

‘Umar ilmuwan besar yang menjadi rujukan dalam Islam. Beliau tidak berkata: ‘kenaikan harga barang merupakan takdir Allah, bersyukur dan berterima kasih kepada penguasa’. Beliau juga tidak membuat fatwa dungu yang menyatakan ‘subsidi tiada dalam Islam’. Sebaliknya beliau dengan penuh amanah dan tanggungjawab di hadapan Allah menghadapi keadaan tersebut.

Dalam tweet terbaru Dr Asri @realDrMAZA tetap menyokong penuh Fathul Bari sebagai Exco Pemuda Umno Pusat demi menguatkan elemen agama dalam parti itu.

“Walaupun ada perbezaan pendapat, saya tetap menyokong Dr Fathul Bari bagi kerusi Exco Pemuda Umno. Harapan (saya) agar elemen agama dikuatkan,” katanya.

Besar harapan Dr Asri kepada Fathul Bari dalam Pemuda Umno, semoga tercapai!!!



Sunday, 24 February 2013

[VIDEO] Kenapa Ustad Kazim Tibai Abby ???


Apa  ? Kalau dia tak bagi borang masuk PAS dia takut tak masuk dalam list orang yang memperjuangkan agama? Kalau bengong boleh ke nak perjuangkan agama?

Habis, orang Palestin tu macam mana? Mereka tak sain borang PAS pun.. adakah mereka mati katak dan tak termasuk dalam senarai orang yang memperjuangkan agama??

Adoi...inilah masalahnya bila orang tak ada ilmu agama nak bercakap pasal agama. Artis baru sehari dua masuk PAS dah dipanggil ostat, ostazah. Lawak betul parti Pas ni. Bila ditegur melenting. Padahal merekalah yang paling banyak mengutuk & caci maki orang lain



Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui, bukan parti Pas yang menentukan kita masuk syurga. Adakah orang lain tidak layak ke syurga sekiranya  tak join Pas @ pun mana-mana parti di Malaysia? Tetapi kalau beramal kepada Allah. Sebab tiada pernah ada dalam Al Quran bahawa selain beramal kepada Allah, menjadi ahli Pas adalah penentu seseorag ke syurga Allah.

Wednesday, 19 September 2012

KADIAQ PERLU TAUBAT SEGERA - UFB



KUALA LUMPUR – Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu) meminta bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir agar bertaubat segera selepas membuat kenyataan beliau mendengar suara Allah SWT agar kembali berpolitik untuk menyelamatkan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjanya, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, Nabi Muhammad SAW adalah nabi dan rasul yang terakhir dan tidak ada sesiapa boleh mengaku bercakap dengan Allah SWT kini.

Beliau memberikan teguran tanpa menyebut nama Abdul Kadir dan kepada semua pihak termasuk dalam UMNO serta PAS.

Jelas beliau, berpolitiklah tetapi jangan membawa masuk tuhan dalam aktiviti itu.

“Datang seorang ahli politik ini kata beliau boleh dengar suara Allah SWT, saya tak menyamakan tapi boleh difahami kedudukan ini seolah-olah sama apa yang berlalu pada Nabi Musa dan sama berlaku pada Nabi Muhammad (SAW), apakah ini nabi baru.

“Saya yakin beliau bukan mengakui menjadi nabi, tetapi secara realiti, kata-kata seperti Allah SWT perintah kami ke Putaraja apa semua, zaman sampaikan wahyu telah ditutup. Tidak ada lagi wahyu.

“Kalau sekiranya hendak turun berpolitik, tak payahlah tarik tuhan sekali, gunakan Allah SWT, gunakan agama untuk kepentingan, tak kiralah hang UMNO, tak kira PAS, tak kira hang PKR.

“Kita kena berhati-hati dalam isu seperti ini, saya harap orang-orang yang berkata seperti ini, tidak kira siapa pun agar bertaubat kepada Allah SWT dan beristiqfar banyak-banyak,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Kadir dalam satu ceramah politik baru-baru ini bahawa beliau mendengar suara Allah SWT yang memintanya agar turun kembali ke barisan hadapan politik.


Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive