Showing posts with label pengawal peribadi. Show all posts
Showing posts with label pengawal peribadi. Show all posts

Thursday, 13 September 2012

SKRIP SANDIWARA CIPTAAN ANWAR UNTUK BRO AHMAD FAUZI MAHPAB DI SIDANG AKHBAR !!!




Ahmad Fauzi Mahpab, 39, Ketua Pengawal Peribadi kepada Anwar Ibrahim hari ini memberitahu, beliau menerima panggilan ugutan daripada seorang lelaki yang tidak dikenali semalam.

“Saya menerima panggilan dari seorang lelaki Melayu yang berkata: “Helo bro, sampai Johor aku tunggu kau dengan pistol”, dan selepas itu talian terus diputuskan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini diringi Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Ekoran itu, beliau membuat laporan polis pagi tadi di Balai Polis Damansara.

Ugutan itu dipercayai berkait rapat dengan program Jelajah Merdeka Rakyat yang dijadual akan meneruskan siri jelajahnya ke Johor Jumaat ini.


Menurut Ahmad Fauzi, panggilan itu diterima kira-kira jam 4.24 petang semalam ketika beliau berada di rumahnya di Cheras.

Mengecam tindakan tersebut, Nik Nazmi mendesak polis mengambil tindakan serius terhadap ugutan itu.

“Kita harap polis Johor dapat tingkatkan kawalan keselamatan menjelang jelajah Ketua Pembangkang ke sana. Seperti di negara lain, isu keselamatan tidak ada pilih kasih, tak kira Perdana Menteri mahupun parti pembangkang,” tegas Nik Nazmi.

“Kita tak minta layanan khas, cuma nak pastikan keselamatan mereka yang mengikuti jelajah itu,” tegas beliau.

“Bagaimanapun, kita akan teruskan jelajah seperti sebelum ini walaupun menerima pelbagai ancaman,” katanya lagi.

Dalam sidang media itu, Nik Nazmi turut mendedahkan maklumat samseng yang bertanggungjawab menyimbah cat merah ke atas bas Merdeka Rakyat di Jasin, Melaka, Sabtu lalu.

“Namanya Sharidan bin Shahidan, merupakan seorang kakitangan sambilan Umno dan Ketua Wira Perkasa Bahagian Jasin, jadi Umno tak perlulah berdolak dalik mengatakan serangan itu tiada kaitan dengan mereka,” katanya.

“Justeru saya berharap, kejadian yang berlaku di Melaka tidak berulang di Johor nanti,” katanya lagi.

Samseng Umno dan Perkasa dilihat semakin berani sejak kebelakangan ini dengan bertindak mengganggu setiap jelajah yang disertai Anwar.

Sunday, 9 September 2012

BUKTI VIDEO & FOTO SUDAH JELAS TAPI AMK NAFI LAGI...PKR MEMANG PUTAR ALAM ????


SHAH ALAM – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menafikan salah seorang pengawal peribadi Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengacukan pistolnya ke arah orang ramai ketika insiden menghalang bas PKR Jelajah Merdeka Rakyat di Jasin, Melaka semalam.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pengawal yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan Anwar tidak mengacukan senjata tersebut ke arah orang ramai sebagaimana dilaporkan beberapa media hari ini.


“Pengawal yang ditugaskan tidak mengacu senjata api terhadap orang ramai. Sebaliknya, apa yang dilakukan adalah mengeluarkan senjata api dan menghalakan muncung pistol ke tanah, di bawah paras pinggang,” kata beliau yang juga Ketua PKR Jasin.

Tambah beliau, tindakan yang dilakukan oleh pengawal terbabit mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP), yang akan dilakukan oleh mana-mana pengawal keselamatan untuk memberi amaran kepada orang ramai supaya beredar dan tiada gangguan ke atas pihak yang dijaganya, dalam kes ini Anwar.

“Apa yang saya dengar daripada pengawal terbabit, dia berkata kepada semua orang ramai untuk bersurai dan jangan ada yang menggangu,” tambah beliau.

Sebaik sahaja kejadian terbabit, beberapa anggota polis yang berpakaian preman menyerbu ke arah pengawal terbabit dan merampas senjata itu daripada lelaki tersebut, ujar Shamsul Iskandar.

Tambah beliau, satu laporan polis akan dibuat mengenai perkara tersebut hari ini. Difahamkan pengawal keselamatan telah diambil keterangan semalam dan dilepaskan malam tadi.

Laporan media hari ini menyebut polis menahan lelaki yang ditugaskan untuk mengawal Anwar selepas mengacukan senjata api ke arah orang ramai di Kampung Baru Rim, Jasin petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.15 petang, lelaki berusia 37 tahun, yang menaiki Toyota Camry, dipercayai berang dan keluar dari kenderaan sebelum mengacukan pistol selepas sekumpulan lelaki cuba menghalang bas dinaiki Anwar ke satu majlis di kampung tersebut.

Siasatan polis menunjukkan senjata api itu milik syarikat keselamatan dan pegawai terbabit dibenarkan membawanya ketika bertugas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive