Selain Su, Setiausaha PKR Perak, Mohammad Anuar Zakaria juga telah dipanggil oleh pihak polis untuk hadir pada hari Isnin untuk didakwa di bawah undang-undang yang sama di Mahkamah Sesyen Ipoh pada hari yang sama.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, pemimpin DAP itu mengesahkan perkara itu, dan menurutnya, pegawai penyiasat kes itu telah memintanya hadir di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 27 Mei.
Su berkata beliau akan didakwa mengikut Seksyen 9 (1) APA kerana didakwagagal memberi notis 10 hari kepada pihak polis sebelum mengadakan perhimpunan itu pada 9 Mei di Ipoh seterusnya. Lebih ramai lagi yang berdepan dengan tindakan undang-undang dek kebebalan mereka tidak mahu hormat kepada undang-undang.
Tambahan pula, rakyat Malaysia sudah muak dengan propaganda pakatan pembangkang dan lakonan Anwar Ibrahim yang berjanji akan undur diri daripada politik jika gagal menawan Putra Jaya. - sumber