Showing posts with label dana. Show all posts
Showing posts with label dana. Show all posts

Tuesday, 26 March 2013

Pemberi Dana Kepada Pengganas Kiram III Dikenal Pasti #LahadDatu



Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu pihak polis sudah mengenalpasti beberapa individu di Sandakan dan Semporna di Sabah yang telah menghantar wang ke Pulau Jolo di Filipina untuk menyokong pengganas Jamalul Kiram III.



Pihak polis sedang mengawasi pergerakan mereka yang terlibat dan akan didakwa atas tuduhan pengkhianatan kepada negara.

Ini adalah kesalahan paling serius mereka yang terlibat akan ditangkap di bawah Keselamatan Kesalahan Akta (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Jika didapati bersalah, hukuman adalah penjara seumur hidup dan hukuman mati disabitkan kesalahan.



Media Filipina, Manila Times pada 16 Februari 2013 pernah mendedahkan pencerobohan oleh pengganas Jamalul Kiram II ini berlaku disebabkan bekas pemimpin Malaysia, Ketua Umum PKR, pemimpin de facto Pakatan Rakyat Anwar pernah mencadangkan Sabah perlu diberi kuasa autonomi.

Media REUTERS pada 14 Februari 2013 juga pernah mendedahkan kenyataan pegawai tentera Filipina bahawa ahli politik pembangkang Malaysia telah menjemput pengganas Jamalul Kiram III ke Sabah untuk membincangkan isu-isu tanah.

Sudah tiba masanya rakyat perlu didedahkan siapa individu-individu terbabit dan berapa jumlah dana yang telah diberi kepada pengganas Jamalul Kiram III ini.Media Filipina, MANILA TIMES pada 16 Februari 2013 pernah mendedahkan pencerobohan oleh pengganas Jamalul Kiram II ini berlaku disebabkan bekas pemimpin Malaysia, Ketua Umum PKR, pemimpin de facto Pakatan Rakyat Anwar pernah mencadangkan Sabah perlu diberi kuasa autonomi.

Media REUTERS pada 14 Februari 2013 juga pernah mendedahkan kenyataan pegawai tentera Filipina bahawa ahli politik pembangkang Malaysia telah menjemput pengganas Jamalul Kiram III ke Sabah untuk membincangkan isu-isu tanah.

Sudah tiba masanya rakyat perlu didedahkan siapa individu-individu terbabit dan berapa jumlah dana yang telah diberi kepada pengganas Jamalul Kiram III ini.


Sumber

Tuesday, 25 December 2012

SAMADA TONGKAT @ PEDANG YANG AKAN DILELONG NIK AZIZ DI N9 ???




Dalam usaha untuk mengutip dana Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), PAS Negeri Sembilan akan menganjurkan sebuah Majlis Makan Malam.

Majlis makan malam tersebut akan bermula pada jam 08.00 malam di City Kingdom Hotel Ballroom di Taman AST, Seremban. Tetamu istimewa ialah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Menurut Setiausaha program, Mohd Hassan Tamby, selain daripada ucapan Tuan Guru Nik Aziz, apa yang istimewa pada malam tersebut ialah Tuan Guru Nik Aziz akan turut melelongkan beberapa koleksi barang peribadi beliau. 
Hasil lelongan tersebut akan disumbangkan kepada dana PRU-13 PAS Negeri Sembilan.

PT
Cukup ke dana tu untuk PRU13 nanti. Berapa ramailah penyokong Pas N9 yang akan jadi mangsa pak lebai nanti. Kepada penyokong2 Pas tolong sediakan sebanyak mungkin wang atau barang kemas.Segala sedekah anda akan dikira diangkat sebagai sedekah bila anda sudah tiada nanti.Kepada yang kurang mampu silalah jual lembu atau kambing sebagai sumber untuk derma nanti.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive