Showing posts with label bajet pembangkang. Show all posts
Showing posts with label bajet pembangkang. Show all posts

Thursday, 4 October 2012

RAJA KHALWAT CABAR ANAK MUDA BERHIMPUN DIBUKIT JALIL ???


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia menyahut seruan Mohammad Sabu (Timbalan Presiden PAS) untuk menggerakkan anak muda meramaikan perhimpunan yang dirancang oleh perikatan Pakatan Rakyat (PR) pada 3 November ini bertempat di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Difahamkan, sekali lagi perhimpunan yang dirancang PR ini diadakan bagi menuntut Pilihanraya bersih dan adil kerana usaha dalam BERSIH 3.0 lepas masih gagal dilaksana sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Naib Ketua Pemuda Pas, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, Pemuda PAS bersama komponen Pemuda Pakatan Rakyat lainnya yakin mampu sekali lagi menarik ramai anak muda untuk turun bersama-sama bagi menyemarakkan dan menyuarakan hak yang dituntut tersebut.

“Walaupun usaha Barisan Nasional cuba ‘menutup mulut’ anak muda dengan perbentangan pelbagai insentif dalam intipati Bajet 2013 yang lalu, namun saya percaya ianya bukan sebagai kayu ukur bahawa anak muda sudah ‘dibeli’ dengan kebendaan semata-mata,” katanya kepada keada wartawan wakil Harakah hari ini.

Beliau yang juga adalah Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak menjelaskan, Pemuda PAS juga berkeyakinan serta berharap 50% bagi sasaran jumlah himpunan tersebut akan disemarakkan oleh anak muda yang telah bersama menjayakan tuntutanBERSIH 3.0 sebelumnya.

“Jika dahulu Perhimpunan Bersih 3.0, kini kami Pemuda PAS yang sudah pun memanaskan gerakan himpunan-himpunan besar yang bermula dengan ‘Himpunan Hijau ke Putrajaya’ di Alor Setar, Kedah atas nama ‘Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya’ dan terus bergerak di seluruh negara serta program seumpamanya.

“Kami yakin momentum dan tenaga anak muda yang bersama Pemuda PAS, kali ini juga pasti mereka bersedia untuk turun di dalam himpunan besar tersebut,” jelasnya.

Tambah Raja Ahmad lagi, pihaknya juga optimis, komponen Pemuda parti komponen turut bersedia bagi menyahut arahan pimpinan bagi merealisasikan tuntutan BERSIH 
3.0. - 4blogger

Wednesday, 3 October 2012

PTPTN - KATA ANWAR TAWARAN PAKATAN LAGI HEBAT DARI BN ???




BAJET 2013 membuat tawaran yang baik kepada peminjam PTPTN. Ia menawarkan potongan 20 peratus bagi mereka yang menyelesaikan sekali gus dalam tempoh setahun antara Oktober 2012 dan Oktober 2013.

Mungkin ia satu tawaran yang baik. Tetapi jika BN terus memerintah selepas PRU 13 ini.

Datuk Seri Anwar dan Rafizi Ramli telah menjelaskan bagaimana Pakatan Rakyat, JIKA TERPILIH, mempu menyelenggarakan perbelanjaan kerajaan tanpa menjejaskan bajet dan kewangan negara.
Tawaran yang Pakatan Rakyat itu ADALAH LEBIH MENARIK dari tawaran yang buat oleh bajet itu.

JAMINAN Pakatan setakat yang difahami ialah memastikan tiada lagi IPTS cabuk. IPTS yang wujud selepas ini ialah yang tidak cabuk bagi membolehkan pelajarnya mendapat kemudahan dari kerajaan.

Masalah mereka yang telah menyelesaikannya tentulah tidak menjadi masalah lagi kerana mereka telah menjadi sejarah. Apapun dasar Pakatan Rakyat itu suatu yang baik bagi MASA YANG AKAN DATANG .


Maka pemegang skim PTPTN yang bercadang untuk menyambut tawaran bajet itu iaitu mereka yang hendak menyelesaikannya sekali gus boleh menunggu PRU 13 nanti. Jika BN terus memerintah, mereka terpaksa jelaskan semua hutang. Bolehlah mereka rebut peluang itu selepas PRU itu kerana tawaran itu berakhir Oktober tahun 2013.

Apapun keadaan akan berubah apabila yang MENANG NANTI Pakatan Rakyat. Yang sah pelajar yang akan datang tidak menanggung beban PTPTN itu lagi. Dan bagi yang berhutang boleh mengemukakan cadangan bagaimana hutang itu termasuk dalam tawaran yang baik itu.
Ada peluang beban hutang itu selesai JIKA PR yang memenangi pilihan raya tetapi jika BN juga yang menang, maka tidak ada cara lain bagi semua melainkan menerima dasar ditentukan sekarang.

PT
Yang jelas sekali pelbagai kelentong dan pembohongan dari mulut Ketua Umum PKR ini. Tapi apa kan daya, ada rakyat yang begitu buta dan sanggup diperbodohkan maka bertepuklah mengikut rentak paluan gendang Anwar.Terutama para mahasewel yang menjadi pak turut untuk merealisasikan impian Pak Sheikh untuk memegang jawatan sebagai PM Malaysia.

Memang pembohongan dan sandiwara semuanya,sedap didengar tapi isi kosong semata ibarat tin kosong di tepi longkang.Apapun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renung-renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Tuesday, 2 October 2012

PENUNTUT IPT TIDAK LAYAK MOHON BR1M 2.0

Penuntut IPT Sah Tidak Layak Mohon BR1M 2.0 | Kementerian Kewangan hari ini menjelaskan bahawa pelajar atau penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berumur 21 tahun dan ke atas tidak termasuk dalam kategori penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0.



Pelajat IPT bagaimanapun layak menerima Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250 yang diberi buat kali kedua dan akan memanfaatkan seramai 1.3 juta pelajar di seluruh Malaysia. Demikian menurut kenyataan Kementerian Kewangan yang dikeluarkan pada Isnin.

"Program Baucar Buku 1Malaysia yang dulunya bernilai RM200, adalah kesinambungan hasrat kerajaan untuk meringankan beban kos membeli buku kepada para pelajar dan melibatkan peruntukan sebanyak RM325 juta," menurut kenyataan itu.

Penjelasan itu dibuat susulan beberapa laporan akhbar pada Isnin berhubung pemberian BR1M 2.0yang menyebutkan bahawa golongan siswazah dan penganggur yang tidak mempunyai pekerjaan dan berusia 21 tahun ke atas layak menerima bantuan tersebut.

Pengumuman BR1M 2.0 oleh Perdana Menteri

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan dalam pembentangan Belanjawan 2013 pada Jumaat lepas memaklumkan bahawa di bawah projek BR1m 2.0, hanya isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah layak menerima bantuan sebanyak RM500. Bantuan itu kali ini turut dipanjangkan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, mereka layak menerima bantuan sebanyak



Saturday, 29 September 2012

BAJET 2013 !!! PEMIMPIN PEMBANGKANG TIDAK DAPAT MENERIMA BAJET 2013 YANG TERBAIK INI ???



Pembangkang terpaksa terima dengan perasaan yang gundah gulana  pembentangan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak semalam.

Berikut petikan beberapa pemimpin utama pembangkang berhubung pembentangan semalam :

 Anwar Ibrahim

"Belanjawan biasanya memberikan unjuran berdasarkan senario antarabangsa dan keupayaan domestik.

"Kedua-dua ini nampak tak disentuh sangat tapi nampak beberapa gimik politik yang agak keterlaluan."

"Tentunya ada beberapa isu kita boleh jawab umpamanya disentuh tentang perumahan yang besar tetapi tidak pernah dicapai seperti kita harapkan."


Lim Guan Eng

"Jelas bajet ini bajet pilihan raya kerana ia tidak mengambil kira keadaan fiskal atau keadaan kewangan negara.

"Kalau kita lihat belanja tahun lepas ia telah lebih belanja RM20 bilion.... Kalau kita lihat. Hutang naik 456 bilion tahun lepas kepada 502 bilion untuk akhir tahun ini."

"Jadi jelas ia bajet pilihan raya untuk beli undi tapi kita harap bukan sekadar beli undi tapi menjadikan kroni-kroni kaya sahaja."

"Kita lihat di sini yang dapat manfaat kroni-kroni dengan projek yang dijanjikan. Kita lihat kalau tahun depan Pakatan menang ini mungkin akan buat kita lebih susah lagi." 


 Khalid Ibrahim

"Ia (belanjawan) masih berkisar soal isu makro dan bukan isu-isu berkaitan rakyat." 

Salahuddin Ayub 

"Asas kekuatan ekonomi tidak disentuh secara kukuh dalam bajet kali ini. Banyak fokus yang menjurus kepada pemberian undi. Kena kembali kepada asas dan pecahkan sistem monopoli." 

"Bajet yang sangat jelas menjurus kepada pemberian undi yang tidak dapat dielakkan ekoran terlalu banyak pengumuman pemberian tunai."

"Bajet Pakatan lebih bersifat fundamental dan punya objektif yang kukuh untuk menyelesaikan masalah rakyat jika memilih Pakatan." 


 Mahfuz Omar

"Ini bajet panik kerajaan kerana ia berasaskan pemberian yang diumumkan dan di akhirnya memang menyeru harapan rakyat supaya bagi peluang kepada Umno-BN sekali lagi.

Kerajaan panik dengan gelombang kebangkitan rakyat. Bajet yang tidak mengetengahkan reformasi kepada struktur ekonomi.

Ada lagi unsur ketirisan dan nak kayakan kroni bukan untuk rakyat.

Dengan hutang negara telah mencecah RM476billion hutang negara, kerajaan masih tidak mengemukakan langkah untuk membawa pulang semula RM1.08 trilion ke dalam negara." 


Anthony Loke 

"Ia untuk membeli pengundi dari pelbagai sektor. Gula-gula paling jelas ialah rebat pembelian telefon pintar RM200. Ia jelas mensasarkan pengundi pertama kali. Begitu juga dengan baucar dan sebagainya.

Penjawat awam dengan bonus sebulan setengah... Ini pertama kali bonus untuk penjawat awam naik kepada sebulan setengah.

Tujuannya untuk mendapatkan sokongan kelompok ini dalam pilihan raya." 

Dr Dzulkefly Ahmad  
"Jelas bahawa bajet PM seolah-olah tidak mengambil latar belakang fizikal dan hanya disusun untuk mendapatkan undi.

"Ini kita sudah jangkakan. Perbelanjaan sepatutnya bertanggungjawab dan ini berlaku sebaliknya."

"Segala pemberian one-off bermakna Najib hanya mahukan undi untuk pilihan raya umum."

"Ringkasnya, walaupun bajet PM dan belanjawan Pakatan bersifat popular dan populis - opular untuk memenuhi kesejahteraan rakyat - populis hanya memberikan beban pada rakyat."


Liew Chin Tong  
"Belanjawan ini tiada idea baru dan hanya mengulangi dasar memberikan wang di sana sini serta membeli undi."

"Kenapa saya kata tiada idea? Ia seperti memberitahu pelajar "saya beri kamu wang untuk tuisyen" daripada memperbaiki kualiti pendidikan."

PT
Bangkitlah Rakyat Malaysia Semua.Bangun Jangan Asyik Khayal & Leka Dengan Janji Palsu Pakatan Rakyat.Lihatlah Bukalah Mata Hati & Akal Semua Yakinlah Bahawa Kerajaan Barisan Nasional Kini Sentiasa Menjaga Kesejahteraan Kepada Semua Rakyat Malaysia.Hidup UMNO/BN !!!

Apapun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat, fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

BAJET 2013 BUAT ANWAR JADI SASAU DAN PAKATAN TERUS NAZAK !!!



Bajet 2013 dibentangkan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam dilihat sebagai satu bajet yang lebih seimbang buat pertama kali dan dalam masa sama, tidak membebankan rakyat.Bertemakan Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah Janji Ditepati.

* Pertumbuhan ekonomi diunjur berkembang kukuh pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus.

* KDNK nominal dijangka melepasi paras RM1.0 trilion.

* Peruntukan RM251.6 bilion bagi program dan projek pembangunan, dengan fokus terhadap kesejahteraan rakyat.

* Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan 2013 dianggarkan meningkat kepada RM208.6 bilion.

* Pelaburan swasta dijangka meningkat kepada RM148.4 bilion.

* RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.

* Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.

* Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.

* SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.

* Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.

* Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.

* Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.

* Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.

* Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

* DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.

* Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

* Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.

* Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.

* Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.

* RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.

* Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.

* Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.

* RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.

* Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.

* Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.

* Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil dan sederharna diberi peruntukkan RM350 juta termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India.

* Skim Dana Pembiayaan Harta Intelek berjumlah RM200 juta akan ditawarkan oleh Malaysia Debt Ventures dengan kerajaan memberi subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus dan jaminan 50 peratus melalui Credit Guarantee Corporation bagi membolehkan PKS menggunakan harta intelek sebagai nilai komersial dan instrumen untuk mendapatkan pembiayaan.

* Peruntukan sebanyak RM19 juta bagi program latihan penilai harta intelek tempatan kendalian Perbadanan Harta Intelek serta mewujudkan platform pasaran harta intelek.

* Syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan.

* Syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100 peratus ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun.

* Potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatannya.

* Dana Skim Pembiayaan Teknologi Hijau akan ditambah sebanyak RM2.0 bilion lagi dan tempoh permohonan skim ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015

* Kerajaan akan memastikan hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi paras 55 peratus kepada KDNK dan defisit fiskal terus berkurangan kepada tiga peratus menjelang 2015

* Sistem percukaian negara akan diperkukuhkan dengan sistem cukai yang menyeluruh dan saksama

* Perolehan kerajaan dan pembelian adalah berdasarkan prinsip "nilai untuk wang"

* Peruntukkan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi. Antara projek yang dikenal pasti termasuk membaik pulih dan menyelenggara sekolah, klinik kesihatan, projek perumahan, projek tangki air, rancangan tebatan banjir dan penyediaan kemudahan sukan.

* Peruntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 unit rumah pada harga berpatutan di kawasan strategik, dan akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Bhd dan Jabatan Perumahan Negara.

* Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas keuntungan pelupusan hartanah yang dibuat dalam tempoh tidak melebihi dua tahun mulai tarikh perolehan dikenakan pada kadar 15 peratus, bagi tempoh pegangan melebihi dua hingga lima tahun dikenakan pada kadar 10 peratus dan bagi tempoh pegangan melebihi lima tahun tidak dikenakan CKHT.

* Peruntukan RM100 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dijangka dapat memulihkan 30 projek rumah terbengkalai

* Insentif cukai pemulihan rumah terbengkalai untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta

* Kadar cukai pendapatan diturunkan satu mata peratusan bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 sehingga RM50,000.

* Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan antara satu dan tujuh mata peratusan bagi semua kumpulan pendapatan bercukai.

* Felda akan membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan Felda, membaiki rumah-rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran.

* Yayasan 1MDB akan menyediakan RM300 juta bagi pemberian geran pendidikan, bantuan kewangan, pembinaan rumah untuk pelajar prasekolah di kawasan pedalaman Sarawak, Klinik Bergerak 1Malaysia dan program membaiki rumah bagi golongan miskin dan daif.

* Syarikat GLIC dan GLC akan memperuntukkan RM500 juta untuk menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat dalam bidang pembangunan komuniti, biasiswa, pendidikan, sukan dan alam sekitar.

PT
Syukur kepada Allah. PM Najib memang terbaik. Bajet 2013 buat Anwar meroyan sakit otak! Pakatan tiba-tiba terus nazak! Siapa yang ingat 1998, Anwar lah menteri kewangan. Nyaris2 tak terlingkup negara dibuatnya. Berapa ramai orang mati bunuh diri waktu tu sebab nak lari daripada hutang. Berapa ramai orang Melayu lari ke luar negara sebab takut kena kejar dek Cina. Apa bodoh kita nak ambil dia (Anwar) balik??

Sumber

Friday, 28 September 2012

170,000 TIDAK PERLU MEMBAYAR CUKAI - TERMASUKLAH PENYOKONG PEMBANGKANG !!!

KUALA LUMPUR - Kira-kira 170,000 individu tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan berikutan penurunan kadar satu mata peratusan bagi golongan tersebut mulai tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penurunan kadar cukai itu akan menguntungkan kumpulan dengan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 hingga RM50,000.

Beliau berkata langkah itu akan turut memberi manfaat kepada pembayar cukai sedia ada untuk menikmati penjimatan bayaran cukai mereka.

"Sebagai contoh, golongan profesional muda yang belum berkahwin dengan pendapatan bulanan RM5,000 akan menikmati penjimatan cukai pendapatan sehingga RM425 seorang," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat di
sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan telah menyediakan sebanyak 20 jenis pelepasan cukai individu dan dua rebat cukai yang menjadikan hanya 1.7 juta orang sahaja yang perlu membayar cukai berbanding keseluruhan guna tenaga iaitu seramai 12 juta orang.

Pada masa ini, kadar cukai pendapatan individu pemastautin adalah progresif iaitu antara kosong peratus hingga 12 peratus ke atas pendapatan bercukai RM2,500 hingga RM50,000.

Najib berkata kerajaan turut mencadangkan penurunan kadar cukai pendapatan koperasi antara satu hingga tujuh mata peratusan di semua kumpulan pendapatan bercukai.

"Dengan ini seramai tujuh juta ahli koperasi akan menikmati manfaat sebagai galakan untuk meningkatkan keupayaan keusahawanan dalam bidang perniagaan," katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata bakal haji yang mencarum di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh mengeluarkan simpanan dari Akaun Dua masing-masing bagi menampung kekurangan kos tambang ke tanah suci Mekah.

"Inisiatif ini terhad kepada jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran sehingga RM3,000," katanya. - Bernama

PESARA PUN TURUT MERASA IMBUHAN DARI BAJET 2013



KUALA LUMPUR - Kadar pencen minimum bagi pesara kerajaan yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan dinaikkan daripada RM720 kepada RM820, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pelarasan pencen itu akan mengambil kira bayaran pencen bermula 1 Jan 2012.

"Kerajaan tidak akan lupa jasa pesara yang pernah mencurahkan khidmat bakti dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada negara.

"Langkah ini melibatkan seramai 50,371 pesara, termasuk penerima pencen terbitan, dengan peruntukan tambahan sebanyak RM60 juta setahun," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Sementara itu, kerajaan turut mencadangkan pengurangan caj bayaran pemprosesan pasport berkuatkuasa Januari 2013 dalam usaha mengiktiraf golongan warga emas.

Najib berkata caj bayaran pemprosesan pasport untuk tempoh sah laku selama lima tahun bagi warga emas akan dikurangkan sebanyak 50 peratus daripada RM300 kepada RM150.

"Manakala, bagi caj bayaran pengurusan pasport untuk tempoh dua tahun dikurangkan kepada RM80," katanya.

Tambahnya, pengurangan caj bayaran pasport itu turut diperluaskan kepada kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah. - Bernama

BAJET 2013 !!! "ANWAR HANYA PANDAI BERKOKOK SAHAJA KETIKA DALAM KERAJAAN " - PM





Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil peluang ketika membentangkan belanjawan terakhirnya dalam penggal pentadbiran kali ini untuk menyerang pemimpin pembangkang.

Tanpa menyebut nama Anwar, beliau berkata ketua pembangkang itu "tidak melaksanakan apa yang dikokokkan" ketika berada di dalam kerajaan.

"Kalau hari ini mereka menjanji itu dan ini, rakyat Malaysia harus bertanya, apabila pemimpin berkenaan, ketika masih berjawatan dulu, kenapa tidak melaksanakan apa yang dikokokkan.

"Hakikatnya, jika ketika berpeluang, tidak melaksanakan segala yang dijanji, apatah pula jaminan mereka akan melunaskannya jika diberi kuasa sekarang?," katanya.

"Bukankah apabila berhadapan dengan krisis kewangan Asia, hampir ranap negara ini dibuatkanya?," katanya dalam ucapan di Dewan Rakyat.

Walau tidak menyebut mana-mana individu, serangan itu dilihat ditujukan kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan menteri kewangan ketika krisis kewangan Asia melanda.

Najib juga mendakwa, Pakatan Rakyat masih belum menunaikan janji di negeri yang dikuasai mereka.

"Jika kini, di negeri yang ditadbir mereka, apa yang terkandung dalam manifesto mereka sendiri pun masih tinggal janji, mana mungkin mereka boleh dipercayai dengan amanah dan kuasa?," katanya.

Beliau turut menyelar pembangkang apabila mengumumkan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia yang menurutnya "tidak membahayakan masa depan orang ramai".

"Bukan seperti sesetengah pihak, yang sanggup mengatakan apa sahaja, ini percuma, itupun percuma, hutang pun tak bayar," kata Najib.

Katanya, bayaran bantuan berkenaan bukanlah pemberian subsidi secara pukal tetapi disasarkan kepada kelompok yang memerlukan. - malaysiakini





BR1M 2.0 SEBANYAK RM250-RM500 - PM


Kerajaan mengumumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia Kedua (BR1M 2.0) iaitu antara RM250 dan RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, RM500 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 manakala RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan

pemberian BR1M sebanyak RM250 kepada rakyat yang masih bujang akan diberikan bermula awal tahun hadapan.

Katanya, "Rakyat bujang yang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan diberikan bantuan sebanyak RM250."

"Hakikatnya, bantuan kepada isi rumah dan individu bujang ini bukanlah satu langkah populis malah manifesto sebuah kerajaan bertanggungjwab dan mampu mengurus kewangan negara dengan berhemah," katanya pada perbentangan Bajet 2013 hari ini.

Sumber : sinarharian

SYUKUR SANGAT2 !!! BONUS PENJAWAT AWAM DITAMBAH 1 BULAN - TERIMA KASIH KERAJAAN




SHAH ALAM - Bajet 2013 menyediakan bonus satu setengah bulan gaji bagi kakitangan awam, demikian diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Kerajaan telah pun membayar bonus setengah bulan kepada kakitangan awam, jumlahnya 1.3 juta orang, sempena sambutan Aidilfitri lalu.

Bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.

"Sebagai kerajaan yang mengenang budi, suka saya mengumumkan pemberian bonus sebanyak satu setengah bulan gaji. Dari jumlah tersebut, setengah bulan telah pun diberikan menjelang Aidilfitri yang lepas," kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

Kerajaan pada Ogos lepas memberikan bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500 kepada semua penjawat awam, manakala pesara menerima RM500 bagi menyambut Aidilfitri.

Najib berkata, pemberian bonus tersebut diharap dapat mengurangkan beban penjawat awam terutamanya yang berkeluarga, bagi menghadapi musim persekolahan yang akan bermula Januari depan
. - sinarharian

MUHYIIDDIN TERGELAK MELIHAT BELANJAWAN PR !!!



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah Pakatan Rakyat mengumumkan belanjawan alternatif hanyalah bertujuan untuk meraih keuntungan politik.

Sedangkan Pakatan Rakyat tidak mempunyai locus standi untuk membentangkan belanjawan bertemakan "Ekonomi Rakyat, Negara Berkat" itu, katanya.

"Dia tak ada lokus standi. Tawar untuk menang pilihan raya untuk dapat keuntungan politik.

"Tetapi kerajaan memberi penekanan kepada semua perkara mengikut prinsip perbelanjaan... (Mengikut) perkara yang dikehendaki oleh rakyat jelata.

Katanya lagi, Pakatan boleh "janjikan bulan dan matahari", namun belanjawan sebenar adalah yang dibentangkan kerajaan. "Mereka bukan kerajaan... Banyak komen daripada pakar ekonomi (yang mendakwa) bahawa bajet (mereka) tidak realistik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup program Festival Bahasa dan Sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka hari ini.

Tambahnya, kandungan belanjawan Pakatan itu juga bukan satu perkara baru kerana tawaran memberi kenaikan imbuhan dan gaji telahpun disentuh dalam manifesto Buku Jingga.

PT
Bila PR jadi kerajaan, pakar ekonomi tersebut akan u-turn, semuanya realistik, Bajet terbaik, dan macam-macam lagi... Ini namanya pakar ekonomi cari makan...ulasan dari pencacai PR...yang peliknya 'bila' PR jadi kerajaan? Mungkin pada 16 Sept 2008 barangkali.. sebab itulah ketua pencacai telah membentangkan bajet mereka. 

Ada juga la manusia gila yang sanggup sokong bajet mereka, tak tahu lah nak kata apa sebab tanpa kerajaan pun PR boleh berangan dengan bajet mereka. Apapun masing-masing ada akal dan fikiran. Janganlah kita dibutakan hati dengan mengikut membabi buta kumpulan manusia yang terlalu laparkan kuasa dan jawatan PM. Fikir-fikir dan renung-renungkanlah !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive