Showing posts with label UMNO Sabah. Show all posts
Showing posts with label UMNO Sabah. Show all posts

Monday, 13 August 2012

MAIJOL LAYU TERKENA PUKAU ANWAR KELUAR DARI UPKO ???



Lepas satu satu yang nak buat hal kat Sabah nie,Mungkin dah kena batu Merah cincin yang telah dipakai oleh Anwar?Polimik ini mungkin akan berterusan jika tidak dibendung awal.PRU dah semakin hampir Sabah memang deposit kepada BN untuk kerusi Parlimen tapi senario ini mungkin ada sebabnya.DS Najib Razak mungkin ada perancangan yang telah diatur serta setelah kembali dari Sabah baru-baru ini.Kita tunggu dan lihat apa perancangan PM?

Senator Datuk Maijol Mahap secara rasmi mengumumkan keluar daripada Kadazansun Murut Organisation (UPKO) semalam. Maijol membuat pengumuman itu di kediamannya di Kampung, Goshen, Kota Marudu. 
Beliau selain itu menambah lebih ramai lagi pemimpin yang akan mengikuti jejak langkahnya. 

Untuk rekod, senator itu secara rasminya berhenti dari Upko dua minggu lalu, dan kini mengikut jejak langkah Timbalan beliau, Datuk Seri Wilfred Bumburing, yang keluar daripada BN pada 29 Jun. 

Maijol pada 29 Julai lalu menimbulkan tanda tanya apabila hadir bersama ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis bersama MP Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing yang keluar parti pada hari itu. 

MP Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin juga mengambil tindakan sama pada hari itu. Maijol pada majlis itu mengumumkan hasratnya untuk meninggalkan parti Upko namun tidak menyatakan sama ada akan menyokong Pakatan Rakyat. 

Beliau menyuarakan rasa tidak puas hati dengan kerajaan Barisan Nasional kerana didakwa gagal untuk menyelesaikan masalah yang dibangkitkan lebih daripada sedekad oleh Sabah terutamanya masalah pendatang tanpa izin. 

"Terdapat banyak masalah yang dihadapi dengan masyarakat Kadazandusun dan Murut dan semua rakyat Sabah. 

"Saya telah berjuang dalam Upko selama 14 tahun dan menyuarakan isu-isu ini melalui pelbagai forum.

"Tetapi saya melihat bahawa kerajaan tidak komited dan tidak serius dalam menyelesaikan masalah-masalah ini," katanya. 

"Oleh itu, saya tidak lagi mempunyai apa-apa keyakinan terhadap kerajaan BN untuk menyelesaikan masalah Sabah dan Malaysia".

Thursday, 9 August 2012

BEBERAPA TOKOH SABAH AKAN LOMPAT KE PKR - ANWAR


PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa seorang lagi pemimpin politik di Sabah akan mengumumkan pendirian menyokong pembangkang ketika lawatannya ke negeri itu pada Ahad ini (12 Ogos).

Tanpa mengulas lanjut, ketua pembangkang itu bagaimanapun menegaskan tidak menjanjikan kejutan besar bakal berlaku pada tarikh itu seperti yang pernah dijanjikannya untuk membentuk kerajaan pada pada 16 September 2008.

"Yang penting kejutan itu daripada rakyat...kebangkitan rakyat. Apa yang kita sebutkan sebagai kejutan itu sebenarnya adalah kebangkitan rakyat.

"Kebetulan beberapa tokoh turut serta (sertai Pakatan Rakyat) dan pada 12 Ogos ini seorang lagi akan umumkan (penyertaan)," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR di sini, Khamis.

Anwar dijadual mengadakan lawatan ke kawasan Parlimen Kota Marudu dan Kota Belud pada Ahad ini.

Kedua-dua kawasan berkenaan kini diwakili Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) iaitu Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Bulan lalu, Datuk Lajim Ukin mengumumkan perleletakan jawatannya dalam Umno manakala Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Bumburing, melepaskan jawatan Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) untuk menyokong pembangkang.

Ditanya sama ada fenomena yang cuba dicetuskan di Sabah hanya sekadar janji palsu seperti 16 September 2008, Anwar bagaimanapun menyangkal pandangan itu sebaliknya menjelaskan pembangkang kini mahu memberi fokus untuk menghadapi pilihan raya umum.

Tuesday, 19 June 2012

KENAPA DAN MENGAPA LAJIN UKIN LETAK JAWATAN?

Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin telah meletak jawatan sebagai ketua Umno cawangan Kerambai Kebatu selepas pendedahan sebelum ini yang beliau tidak akan mempertahankan jawatan sebagai ketua Umno bahagian Beaufort.

Ini, menurut Sabah Times, telah diumumkan Lajim pada hari Sabtu ketika satu majlis menyambut harijadinya yang ke-57.

"Surat peletakan jawatan saya sebagai ketua cawangan Umno telah dihantar kepada setiausaha Umno bahagian Beaufort beberapa hari lalu," beliau dipetik sebagai berkata.

Lajim (kanan), yang merupakan timbalan menteri perumahan dan
kerajaan tempatan di peringkat persekutuan, adalah antara pemimpin Sabah yang dispekulasi akan melompat parti untuk menyertai PKR semasa lawatan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah Ahad lepas.

Lajim telah menafikan dakwaan tersebut selepas ia tidak menjadi kenyataan apabila penerbangan Anwar ke Kota Kinabalu tertangguh berikutan cuaca buruk, tetapi berkata "apa saja boleh berlaku".

Di majlis sambutan harijadinya itu, Lajim berkata terdapat desakan supaya beliau keluar Umno dan kerajaan, tetapi menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada tekanan itu.

Bagaimanapun, menurut Sabah Times, beliau mencabar BN dan kepimpinan Umno supaya memecatnya dan bahawa "rakyat Klias dan Beaufort telah bersedia" untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

"Siapakah mereka untuk menuntut saya berbuat demikian (meletak jawatan). Jika saya telah melakukan kesalahan, maka ia terpulang kepada parti dan kerajaan untuk memecat saya, lagi pun bukan mereka yang menentukan masa depan saya, tetapi penduduk kawasan pilihan raya ini," beliau dipetik sebagai berkata di hadapan kira-kira 5,000 penyokong di kediamannya di Kampung Kaundu Kebatu.

Bagaimanapun, ahli Parlimen Beaufort itu dilihat membayangkan bahawa beliau mungkin tidak lama terus berada dalam parti lama.

"Langkah pertama adalah untuk tidak mempertahankan kedudukan saya sebagai ketua bahagian, langkah kedua ialah untuk meletakkan jawatan sebagai ketua cawangan, apakah langkah ketiga, kita tunggu dan lihat," beliau dipetik sebagai berkata.

Pengumuman itu dibuat pada hari yang sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Sabah.- mK


pT
Semuga ALLAH memberi kekuatan dan petunjuk kepada YB Dato' dalam mengharungi liku-liku perjuangan.  Langkah ke3 yang di maksudkan oleh beliau, harap-harap janganlah jadi seperti Ibrahim Ali. Fikir-fikir dan renung-renungkanlah!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive