Showing posts with label Shila Amzah. Show all posts
Showing posts with label Shila Amzah. Show all posts

Sunday, 30 March 2014

Tragedi MH370 Bukan Salah Saya - Shila Amzah

TATKALA seluruh dunia masih terkejut dengan tragedi kehilangan kapal terbang Malaysia Airlines (MAS) MH370, muncul pula pihak yang seperti mahu mengeruhkan hubungan dua buah negara, Malaysia-China.

Tidak semena-mena, selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa penerbangan pesawat itu berakhir di Lautan Hindi, timbul kemarahan dalam kalangan segelintir penduduk China yang tidak berpuas hati dengan pengumuman itu.

Lebih parah, apabila ada rakyat Malaysia yang tinggal di negara itu menjadi bahan tohmahan mereka. Mungkin angkara perasaan sedih, marah selain belum dapat menerima kenyataan, ada pihak yang mengeluarkan kata-kata yang kurang enak didengar seperti yang terjadi dalam industri hiburan di Beijing.

Lebih menyedihkan apabila aktres filem Memoir of Geisha, Zhang Ziyi, turut memuat naik status berunsur negatif apabila menuding jari kepada kerajaan Malaysia. Pelakon berusia 35 tahun itu memberitahu, dia tidak berpuas hati dengan cara Malaysia mengendalikan operasi mencari dan menyelamat pesawat berkenaan.

Perkara itu diluahkannya menerusi laman sosial yang popular di China, Sina Weibo. "Kerajaan Malaysia bersalah. Gagal untuk bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Kerajaan Malaysia lebih mementingkan urusan politik berbanding nyawa mangsa... kami mahukan kebenaran," tulisnya yang dikemas kini sehari selepas penerbangan MH370 disahkan berakhir di Lautan Hindi.

Bukan itu sahaja, ketika Malaysia dan banyak negara lain termasuk China bertungkus-lumus menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengacara televisyen, Yang Lan seolah-olah memperlekehkan usaha tersebut.

ZHANG ZIYI tidak berpuas hati dengan cara kerajaan Malaysia menangani isu kehilangan MH370 "Hati saya berbaur dengan rasa sedih dan marah. Apa yang syarikat penerbangan Malaysia dan pihak tentera negara itu cuba sembunyikan?" tulisnya di laman sosial tersebut.

Artis tempatan yang menempa nama di Beijing, Shila Amzah tidak terkecuali daripada menerima tohmahan dan cercaan baru-baru ini. Komen yang diberikan peminat di sana seolah-olah mahu 'menolak' semua bintang yang datang dari negara ini.

Sudah pasti keadaan itu sedikit sebanyak mengganggu emosi penyanyi berusia 23 tahun ini yang kini sedang menyertai program realiti terbitan saluran Hunan TV, I am a Singer.

Sebelum ini, Shila cukup dikenali dan diterima baik peminat di Beijing, namun keadaan berubah sebaliknya. Kecewa dengan apa yang berlaku, pelantun lagu Patah Seribu itu kemudian memuat naik sekeping foto yang memaparkan ekspresi wajah sedih dan sayu di laman Instagram miliknya.

Gambar itu disertakan dengan keterangan dalam bahasa Mandarin yang bermaksud: "MH370 bukan salah saya..." Gambar tersebut mendapat lebih 15,000 maklum balas termasuk komen daripada pengikutnya. Biarpun dilontar dengan kata-kata nista, masih ada peminat Shila di Beijing yang memberikan kata-kata semangat.

"Shila hanya seorang penyanyi. Dia bukanlah wakil kepada kerajaan Malaysia. Janganlah mengaitkan isu ini dengan dirinya," tulis seorang pengikutnya.

Selain Shila, artis Malaysia lain yang terkena tempias ialah Fish Leong dan Gray Chaw, serta Lee Sinje dan Ah Niu. (Kosmo).

Sunday, 10 February 2013

[VIDEO] ANAK ND LALA DI TEMUI DI KEMAMAN


Polis mengesahkan penyanyi popular, Shila Amzah, 23, telah ditemui semula, beberapa jam selepas dilaporkan hilang sejak enam hari.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, pihaknya dimaklumkan tentang penemuan itu oleh bapa Shila, ND Lala sendiri semalam.

“Dah jumpa pukul 4 petang, semalam. Saya dimaklumkan oleh ayahnya (ND Lala),” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mengesahkan tentang laporan yang dibuat ND Lala berhubung kehilangan penyanyi itu pagi semalam.

ND Lala dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung kehilangan Shila selepas pencipta lagu Patah Seribu itu tidak pulang ke rumah selepas pulang dari Shanghai, minggu lalu.

Usaha mendapat kenyataan ND Lala gagal berikutan beliau tidak menjawab panggilan telefon sejak semalam.

Rabu lalu, juara Asian Wave ini mengemas kini status di laman mikro Twitter miliknya yang memberitahu tentang keberadaannya di suatu tempat untuk mencari ketenangan.

“Sha sendirian sekarang di sesuatu tempat mencari ketenangan. Tidak bersama keluarga lagi ataupun abang (Sharnaaz). Doakan Sha selamat,” tulisnya.

Kisah cinta Shila dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad menjadi panas ekoran kenyataan yang dibuat ND Lala melalui sebuah akhbar sebelum ini.

Selasa lalu, Shila menulis e-mel kepada semua media mengenai situasi yang dilaluinya sekarang manakala klip video berdurasi empat minit, yang turut menggambarkan perasaannya, dimuat naik di YouTube kelmarin.




Ini lah orang Melayu yang beragama Islam ada masalah sikit (lari,bunuh diri dan sengkatan dengannya) hendak sedirian lah kononnya. Bukannya masalah boleh selesai pun. Susah payah ibu bapa bersarkan (Bagai Menatang Minyak Yang Penuh) senang-senang saja kita rosakan. Cuba fikir-fikirkan kita kenal ibubapa kita bermula roh ditiupkan (dalam kandungan lagi kita sudah kenal melalui pendengaran serta sentuhan). Teman lelaki @ bf berapa lama lah sangat pun. Yang penting bersolat/baca al-quaran untuk mencari ketenangan.

Saturday, 7 July 2012

SHILA AMZAH JUGA MAHU BERTUDUNG

Shila Amzah berkata dia menyimpan impian untuk berhijab tidak lama lagi dan sedang berusaha ke arah itu.

"Siapa yang tidak mahu bertudung. Dalam jiwa mana-mana wanita sekalipun, pasti akan mempunyai impian seperti ini. Cuma menunggu masanya saja. Insya Allah masanya akan sampai juga.

"Lagipun sekarang, saya sedang berjinak-jinak ke arah itu. Saya sudah mula memilih dalam soal berpakaian. Biarlah apa juga yang saya pakai selepas ini kelihatan sentiasa sopan, seperti yang saya pakai hari ini," katanya dengan penuh senyuman.

Sharnaaz Ahmad yang turut menemaninya pada majlis berkenaan, Shila Amzah berkata antara individu yang selalu menyokong dirinya ke arah itu ialah ibunya dan juga buah hatinya itu.

Malah ketika ditanya mengenai khabar angin yang mengatakan Shila Amzah akan berhijab, ibu kepada penyanyi berkenaan melahirkan rasa gembira dan juga cukup positif sekiranya suatu hari nanti anaknya itu akan menyarungkan tudung.

"InsyaAllah. Semua itu kerja Tuhan. Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik buat Shila Amzah. Mudah-mudahan khabar angin berkenaan akan menjadi kenyataan. Tetaplah mendoakan demi kebaikan dirinya.

Walaubagaimanapun dapat dilihat keikhlasan dan ketelusan hati pada wajah kedua-dua anak beranak itu. Sama-samalah kita mendoakan terbaik buat Shila Amzah. - Murai

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive