Showing posts with label NFC. Show all posts
Showing posts with label NFC. Show all posts

Tuesday, 7 August 2012

'LEMBU' TIDAK TERLIBAT DALAM SKANDAL NFC ??



KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata beliau tidak terlibat dalam proses kelulusan atau pentadbiran National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd.

Shahrizat, 59, yang memberi keterangan pada prosiding saman fitnah terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin dan pengarah strategi parti itu, Mohd Rafizi Ramli, turut menyifatkan siaran akhbar dan kenyataan defendan sebagai serangan peribadi terhadapnya sebagai menteri serta Ketua Wanita Umno.

"NFC seolah-olah hanya satu alat yang digunakan untuk menyerang saya secara peribadi. Yang Arif boleh nampak bagaimana defendan sering merujuk NFC sebagai 'syarikat milik keluarga Shahrizat', 'syarikat milik suami Shahrizat' atau 'anak Shahrizat'.

"Defendan telah memutarbelitkan cerita ini sepenuhnya semua ini dalam percubaan jahat mereka untuk menyerang saya sebagai menteri dan Ketua Wanita Umno serta Ketua Wanita Barisan Nasional," katanya ketika disoal peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah.

Shahrizat berkata beliau percaya pembangkang telah merancang untuk menjadikannya sebagai sasaran utama serangan mereka dan tidak berminat mencari kebenaran dalam isu NFC.

"Ia merupakan muslihat mereka untuk menjatuhkan serta memburuk-burukkan saya sebagai seorang ahli politik, menteri dan pemimpin Barisan Nasional.

"Jika Yang Arif kaji kenyataan dan dakwaan yang dibuat berkaitan NFC, defendan kelihatan seolah-olah tidak ingin mendengar maklum balas daripada NFC sendiri, sebaliknya lebih berminat untuk mendapatkan maklum balas saya hanya kerana saya ialah isteri pengerusi NFC," katanya.

Shahrizat berkata nama beliau telah dibersihkan daripada mana-mana salah laku atau mempengaruhi proses membuat keputusan NFC selepas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 31 Mei.

Shahrizat berkata Rafizi telah membuat rumusan yang mendakwa beliau bertanggungjawab atas segala-galanya yang melibatkan NFC dan mencadangkan beliau memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas salah laku atau jenayah.

"Ini adalah tidak adil dan hanya menambahkan kebencian dalam kempen terhadap saya. Pada asasnya, hampir setiap orang yang saya temui memaklumkan perkara itu dan tuduhan tidak berasas terhadap saya ini hingga menjadi topik perbualan di Internet dan rangkaian sosial," katanya.

Shahrizat juga berkata Zuraida pula secara tidak langsung mendakwa beliau meraih keuntungan secara tidak sah.

Pada 19 Jan lalu, Shahrizat memfailkan saman terhadap Zuraida dan Mohd Rafizi berhubung kenyataan yang didakwa memfitnah beliau dalam isu NFC.

Shahrizat menuntut ganti rugi am RM50 juta dan RM50 juta lagi sebagai ganti rugi teladan dan teruk daripada defendan.

Beliau juga memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada terus mengeluarkan kenyataan sama ada secara lisan atau penerbitan terhadap beliau berhubung NFC atau syarikat bersekutu.

Prosiding di depan Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera bersambung Jumaat ini. - BERNAMA

Saturday, 4 August 2012

Rafizi Mengaku Bersalah Abai Akta BAFIA !!!


Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli telah mengaku bersalah kerana mengabaikan peruntukan Akta BAFIA (Bank dan Institusi Kewangan) 1989 dalam pendedahannya berkaitan dakwaan penyelewengan dana NFC (National Feedlot Corporation).

“Saya mengaku saya tidak melihat secara terperinci tentang BAFIA masa itu. Sebab pada tanggapan kita, ianya benda biasa. Namun apabila saya teliti dan kaji, andai Yang Dipertuan Agong mendedahkan sesuatu lebih kurang sama untuk kepentingan awam, Agong juga harus masuk penjara,”katanya.

Pada 26 April lalu, Datuk Seri Dr Mohammad Salleh (Pengerusi NFC) Ismail telah membuat laporan polis berkenaan pendedahan maklumat peribadi perbankan dirinya.

Mohamad Salleh mendakwa Rafizi menyebarkan butiran perbankan dan penarafan kredit syarikat NFC dan juga 4 lagi syarikat berkaitan (National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd, Real Food Company Sdn Bhd dan Agroscience Industries Sdn Bhd).

Selain itu, dalam masa yang sama Rafizi juga didakwa telah mendedahkan butiran perbankan peribadi pengarah dan pemegang saham syarikat berkenaan tanpa keizinan mereka.

Tindakan itu didakwa melanggar peruntukan undang-undang bawah Akta BAFIA (Bank dan Institusi Kewangan).

Katanya, Rafizi telah “memperdaya media dan orang ramai dengan sengaja memutarbelit fakta” dengan mengatakan bahawa pengarah NFC menggunakan pinjaman mudah oleh kerajaan bagi mendapatkan pinjaman untuk membeli hartanah KL Eco City di Kuala Lumpur.

“Tidak pernah apa-apa pinjaman dibuat untuk pelaburan KL Eco City,” jelas Mohamad Salleh menyangkal dakwaan Rafizi.

Dalam masa yang sama, Mohamad Salleh juga turut membuat laporan kepada BNM (Bank dan Institusi Kewangan) ekoran Rafizi yang didakwa melakukan 21 kesalahan mengikut Akta BAFIA 1989.

Rafizi didakwa melakukan kesalahan terbabit kepada media untuk tujuan politik.

Beliau turut menyenaraikan nama Public Bank kepada BNM kerana bank tersebut gagal mematuhi perjanjian melindungi hak peribadi dan keselamatan pelanggannya.

Sementara itu, Johari Mohamad (Bekas kerani Public Bank) yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat sulit perbankan NFC kepada Rafizi mengaku telah meletakkan jawatan daripada bank itu pada 2 Mei lalu apabila majikannya memberi surat tunjuk sebab.

“Saya telahpun melalui proses perbicaraan disiplin di Public Bank dan akibat tekanan di tempat kerja dan pelbagai tindakan yang diambil terhadap saya, saya telah membuat keputusan untuk berhenti kerja,” jelas Johari. - Sumber

Wednesday, 9 May 2012

BIAR BETUL !!! Ramai Setuju Keluarga Kak Ijat Bayar Balik Wang NFC

KUALA LUMPUR: Kajian yang dijalankan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati majoriti dari responden bersetuju agar keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memulangkan semula wang Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) kepada kerajaan.

Daripada 2,282 responden, 66 peratus adalah bersetuju agar wang pinjaman RM250 juta dikembalikan, 29 peratus tidak pasti dan hanya 5 peratus tidak bersetuju.

Hasil kajian juga menunjukkan kesemua bangsa bersetuju bahawa isu skandal NFC telah menjejaskan imej Umno..

Kajian itu merekodkan Melayu 68 peratus bersetuju ianya memberi gambaran Umno mengamalkan rasuah, Cina 80 peratus dan India 45 peratus.

Selain itu, 48 peratus pula bersetuju isu skandal NFC ini sukar diselesaikan kerana Shahrizat merupakan ketua wanita Umno, manakala 13 peratus tidak setuju dan 35 peratus tidak pasti.

Kajian bagi melihat kecenderungan politik menjelang pilihan raya umum ke-13 itu dibuat pada 13 Mac hingga 15 April di seluruh Malaysia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive