Showing posts with label Majlis Syura Pas. Show all posts
Showing posts with label Majlis Syura Pas. Show all posts

Sunday, 10 February 2013

ANWAR TAK LAYAK JADI PM - MAJLIS SYURA PAS

Soal siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dikatakan kembali menjadi tumpuan apabila tercetusnya khabar bahawa Majlis Syura Ulama Pas menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menduduki jawatan berkenaan.


Menurut sumber, walaupun kesahihan mengenai pendirian majlis syura itu masih belum dipastikan namun ia didakwa dibuat dalam satu perbincangan tertutup melibatkan beberapa ahli majlis berkenaan.

"Kalaupun benar pendirian Majlis Syura Ulama tersebut, ia bukanlah satu kejutan kerana sentimen dalam kalangan sebahagian besar pemimpin dan ahli parti itu, mereka sememangnya tidak mahu Anwar yang juga Ketua pembangkang menjadi Perdana Menteri.

"Ia dapat dilihat dalam muktamar lalu, apabila ada ahli Pas secara terbuka menyatakan sokongan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menduduki jawatan nombor satu negara tersebut," kata sumber berkenaan ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada Khamis lalu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa, rakan-rakannya di dalam Pas memberitahu, penolakan Majlis Syura Ulama Pas terhadap Anwar semakin kuat.

Beliau berkata, keadaan itu berlaku ekoran percanggahan pendirian kepimpinan pembangkang dengan majlis itu dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Sebelum ini, ketika Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu, wakil Dewan Ulama, Hairul Nizam mahu Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri dan bukannya pemimpin pembangkang yang lain. Kenyataan beliau itu kemudiannya disokong oleh beberapa lagi pemimpin Pas yang turut berada dalam majlis syura.

Malahan ketika masih di dalam Pas, bekas Naib Presiden parti itu, Datuk Dr. Hasan Ali pernah menyatakan secara terbuka bahawa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Ketika ditanya, apakah benar dakwaan pihak-pihak tertentu yang menyatakan ada pertemuan antara Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dengan Anwar baru-baru ini bagi membincangkan perkara tersebut, sumber itu menjelaskan, ia tidak dapat disahkan kerana Haron setakat ini tidak membuat sebarang kenyataan.

"Namun apa yang pasti, dalam kalangan ahli Majlis Syura Ulama Pas memang mereka mahukan Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri.

"Dalam masa sama ada khabar yang menyatakan kalau pembangkang menang mungkin orang di luar pakatan akan dilantik ke jawatan tersebut," kata sumber itu.

Ditanya siapakah pemimpin itu, sumber tersebut berkata, hanya pemimpin-pemimpin tertentu di dalam Pas sahaja yang mengetahuinya.

"Tetapi saya percaya, kalaupun majlis syura atau mana-mana juga pemimpin Pas menolak Anwar ia pasti ada kaitan dengan pelbagai isu yang melibatkan ketua pembangkang itu," kata sumber itu lagi.

Bagaimanapun sumber itu berkata, 'kekuatan' Pas untuk menentukan siapakah bakal menjadi Perdana Menteri pembangkang akan menghadapi kesukaran kerana parti itu bukanlah dominan dalam kerjasama dengan PKR dan DAP.

"Malahan, biarpun Pas tidak bersetuju namun mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana DAP dikatakan tetap menyokong penuh Anwar menjadi Perdana Menteri," kata sumber itu lagi. 

Saturday, 2 February 2013

SEPATUTNYA HJ HADI YANG DIBUANG DARI MAJLIS SYURA ...!!!


Langkah drastik PAS memecat keanggotaan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dari Majlis Syura Ulama parti itu terus menarik perhatian umum sehingga memaksa ramai pimpinan PAS terpaksa tampil dengan pelbagai kenyataan untuk menjustifikasikan logik tindakan tersebut.

Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat misalnya dalam usaha mengurangkan kegusaran ahli dan penyokong bawahan, cuba memberi gambaran isu pemecatan itu hanya proses biasa seumpama hubungan suami isteri yang bila-bila masa sahaja boleh bercerai berai.









Manakala Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pula menganggap Ustaz Nasharudin kini hanyalah ahli biasa yang tidak berpengaruh dan jika bekas Timbalan Presiden PAS itu menyertai UMNO sekalipun tiada kesannya pada PAS.

Ulasan sedemikian yang buruk nadanya bukan satu perkara baru bagi Hadi, sudah menjadi tabiat semulajadinya memperlekehkan maruah orang lain. Sebelum ini Hadi pernah menghina rakyat Sarawak sebagai golongan yang tiada pendidikan dan masih memakai cawat. Yang terbaru dihinanya guru sekolah merendah kononnya hanya layak mengajar ABC sahaja.

Hakikatnya kenyataan dari kedua-dua pimpinan tertinggi PAS itu mahupun pelbagai lagi kenyataan dari pimpinan PAS yang lain, sebetulnya tersirat kegusaran yang mendalam, kerana itu seboleh mungkin mereka cuba membina gambaran pada ahli dan penyokong PAS supaya memandang remeh saja isu pemecatan Ustaz Nasharudin.

Mereka seperti baru tersedar wujudnya impak buruk dari kes pemecatan itu yang mampu menjejaskan kelancaran jentera parti serta kesan sampingan yang akan menggugat kepercayaan ahli dan penyokong terhadap PAS itu sendiri.

Namun segalanya sudah terlambat, PAS tidak mengambil iktibar peristiwa lepas yang melibatkan pemecatan bekas Naib presiden PAS, Dr Hasan Ali dan bila kini kesilapan sama diulangi ke atas Ustaz Nasharudin, ia seumpama PAS sengaja menempah keranda sendiri.

Sekarang kalangan ahli dan penyokong PAS tidak hanya mempertikaikan kenapa Ustaz Nasharudin dipecat tanpa diberi peluang pembelaan diri tapi mereka juga teramat ingin tahu mengapa Mursyidul Am PAS yang terkenal paling kerap gagal menghadiri mesyuarat badan tertinggi PAS itu terkecuali dari tindakan yang sama.

Malah bukan satu rahsia pun, ramai ahli PAS memperkatakan kelesuan Majlis Syura Ulama PAS paling ketara kelihatan sejak ia dipengerusikan oleh Nik Aziz. Sepanjang penggal yang lalu pula, langsung tiada mesyuarat diadakan bagi membincangkan isu yang bersangkut paut dengan dasar parti termasuklah membabitkan isu negara Islam dan hukum hudud yang menjadi pertikaian DAP serta PKR.

Dalam masa yang sama sudah banyak kedengaran rungutan mempersoalkan kenapa seorang lagi ahli Majlis Syura iaitu bekas Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mohamed Daud Iraqi yang juga jarang hadir ke mesyuarat masih terus diberi peluang menganggotai badan tersebut.

Paling utama ahli bawahan serta penyokong parti tertanya-tanya mengapakah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang terus menerus bebas dari tindakan disiplin?

Umum mengetahui Hadi telah secara terbuka mendahului keputusan Majlis Syura Ulama apabila dalam mesyurat tertinggi pemimpin PR yang disertainya, beliau telah bersetuju membenarkan kalimah Allah s.w.t digunakan dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Tindakan Hadi yang membuat keputusan songsang dan bertentangan dengan keputusan rasmi Majlis Syura Ulama PAS bukan sahaja melanggar kebiasaan malah ia meninggalkan tidak sedikit impak yang memalukan sekaligus menjejaskan kredibiliti dan kewibawaan PAS.

Dilihat dari segi kesalahan yang telah dilakukan oleh Hadi, sewajarnya beliau sudah layak untuk dipecat dari Majlis Syura Ulama PAS. Demikian halnya tindakan yang sama juga sepatutnya sudah diambil terhadap Nik Aziz dan Mat Iraqi. Namun kenapa ketiga-tiga mereka terselamat?

Walau apapun persoalan yang khalayak umum lontarkan serta apa sahaja yang ahli PAS pertikaikan, satu hakikat yang pasti PAS kini sudah cukup sinonim dengan corak kepimpinan diktator dan ruang kebebasan juga semakin sempit. Itu hakikatnya.- Sumber

Thursday, 31 January 2013

"SAYA DI HUMBAN TANPA PROSEDUR YANG DITETAPKAN" - USTAD NASHA

Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa mendakwa penggugurannya daripada Ahli Majlis Syura Ulama parti itu tidak mengikut prosedur yang ditetapkan. 

Beliau mendakwa pemecatan itu bukan saja tidak dimaklumkan melalui prosedur biasa, malah mengakui tidak pernah menerima sebarang surat tunjuk sebab berhubung perkara berkenaan. 


Ahli Parlimen Bachok itu berkata, walaupun digugurkan daripada jawatan itu, perjuangan untuk mendaulatkan Islam tidak akan terpadam dan beliau akan bergerak dengan mana-mana pihak yang memperjuangkan Islam di negara ini. 

“Saya tidak terima sebarang surat sehingga kini, saya tidak tipu. Saya hendak tengok hitam putih mungkin disebut alasannya (pemecatan), tapi kalau ikut prosedur ia (cara pemecatan) tidak berapa kena. 

“Kalau ikut prosedur ia kena ada surat tunjuk sebab misalnya dan diikuti beberapa prosedur lain, tetapi sehingga kini saya tidak dimaklumkan apa-apa, saya hanya mengetahuinya melalui media,” katanya ketika ditemui selepas sesi taklimat penubuhan ‘Sekretariat Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Persekutuan’ di sini, semalam. 

Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat 13 Januari lalu menggugurkan Nasharudin daripada jawatan selaku ahli majlis itu dengan alasan beliau gagal memberikan komitmen termasuk tidak menghadiri banyak mesyuarat.

Ditanya sama ada akan bertindak meninggalkan parti itu, Nasharudin berkata beliau hanya digugurkan daripada jawatan Ahli Majlis Syura namun menyifatkan wujud usaha untuk memecatnya daripada PAS. 

Katanya, beliau tidak menolak kemungkinan lawatannya ke Gaza bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi punca utama PAS untuk menyingkirkannya daripada memegang sebarang jawatan dalam parti. 

“Ada kemungkinan, kerana penyataan terbuka (PAS) selepas saya pulang dari Gaza, sedangkan sebelum ini saya pernah pergi banyak tempat dan saya pernah mewakili Speaker (Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia) berucap pada persidangan di luar negara. 

“Malah, saya pernah menyertai banyak rombongan bersama kerajaan sebelum ini, tetapi kemungkinan isu Gaza ini dijadikan penyebab (untuk dipecat),” katanya. 

Sementara itu mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa beliau tidak akan dicalonkan, Nasharudin berkata: 

“Menjadi calon pilihan raya bukan agenda besar saya menyertai PAS, bagaimanapun saya bersyukur dan lega kerana akan terlepas satu tanggungjawab dipikulnya apabila tidak lagi dicalonkan bertanding.”

PT
Gelak sakanlah para pengikut Anwar dan juga Dap kerana berjaya menghumban keluar Ustad Nasha dari Majlis Syura. Nampaknya semakin hari semakin kuranglah ulamak yang berada dalam Pas...Pas semakin hancur !!!!

Monday, 28 January 2013

USTAD NASHA SUDAH DIHUMDAN DARI MAJLIS SYURA PAS !!!

Akhirnya Ustaz Nasha di pecat dari keahlian dari Majlis Syura. Malah beliau sekarang menjadi ahli biasa Pas. 

Seperti dijangka, bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa akhirnya dipecat daripada keahlian Majlis Syura – badan tertinggi parti PAS atas alasan melanggar peraturan berjamaah.



Tindakan terhadap ahli parlimen Bachok itu diputuskan dalam mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Untuk rekod, dalam mesyuarat itu juga majlis tersebut membuat keputusan mengenai kalimah Allah setelah isu itu menjadi polimek hangat.

Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh yang mengesahkan pemecatan Ustaz Nasha berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti ditetapkan Majlis Syura.

Selain dikatakan tidak hadir mesyuarat, Nik Zawawi enggan mengulas sebab-sebab lain sehingga mendorong Majlis Syura mengambil tindakan tersebut.

Katanya, surat pemecatan sudah diserahkan kepada Nasharudin selepas mesyuarat berkenaan.

Nasharudin mencetuskan polemik dalam PAS berhubung beberapa kritikannya terhadap keputusan parti itu yang kerap tunduk terhadap desakan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang terutama DAP.

Antaranya tentangan Nasharudin terhadap kenyataan Pengerusi DAP,Karpal Singh yang disifatkannya bukan sahaja anti hudud tapi anti Islam. - Agendadaily

Beliau juga menggesa PAS mengkaji semula hubungan parti itu dalam pembangkang.

Ekoran itu, Karpal mengatakan akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Nasharudin.

Ketika isu tersebut masih panas, Majlis Syura pada mesyuaratnya 9 September 2012 dijangka mengambil tindakan terhadap Nasharudin.

Bagaimanapun,selepas mesyuarat berakhir, Presiden PAS, Datuk SeriAbdul Hadi Awang berkata, perkara mengambil tindakan terhadap Nasharudin tidak dibincangkan.

Apapun, Nasharudin sudah dianggap ‘habuk dalam mata’ oleh sesetengah pemimpin PAS yang pro kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka kerap mengaitkan ahli parlimen Bachok itu dengan usaha membincangkan kerjasama kearah perpaduan antara PAS dan UMNO.

Manakala, Nik Aziz pula dilihat mempunyai masalah peribadi dengan Nasharudin malah krisis mereka meruncing ketika pilihanraya kecilManik Urai apabila penyokong dan pengundi PAS mahu ustaz Nasha hadir berkempen tetapi dikatakan mendapat tentangan PAS Kelantan.

Ketika dilihat seakan disisihkan PAS, Nasharudin menyertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertemuan dengan beberapa pemimpin dan ulama tersohor di Mekkah, sempena persidangan luar biasa OIC tahun lalu.

Ketika Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke majlis perkahwinan anak Nasharudin, timbul desas desus beliau akan menyertai UMNO tetapi Nasharudin menegaskan tidak sesekali akan meninggalkan PAS.

Sunday, 27 January 2013

TERCAPAILAH HAJAT PUAK2 SYIAH PAS BILA USTAD NASHA DIGUGURKAN ....



“Malahan media-media Arab memuji keberanian Perdana Menteri yang menjadi pemimpin Islam bukan dalam kalangan negara Arab masuk ke zon perang.”

“Kehadiran Perdana Menteri bukan sahaja untuk melihat sendiri penderitaan rakyat Palestin tetapi juga memberikan sumbangan-sumbangan bagi membantu mereka,” antara kata-kata Nasharudin kepada Utusan Malaysia. Bukan main lagi Nasharudin memuji Najib selepas kembali dari Gaza. Nampaknya kepulangan Nasharudin disambut dengan berita berikut;

Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa digugur anggotai Majlis Syura Ulama PAS January 26, 2013.

Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyuaratnya pada 13 Januari lalu telah memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya. Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS, lapor Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013 pada muka belakangnya.

Setiausaha Majlis Syura, Dato’ Nik Muhamad Zawawi Salleh menjelaskan, selain itu, Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini merugikan parti. Menurut beliau, selain itu, gelagat bekas Timbalan Presiden PAS itu juga didapati telah menimbulkan suasana yang keroh di kalangan ahli-ahli parti.

Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini telah menimbulkan fitnah bagi jamaah, di samping bercanggah dengan kaedah-kaedah dan pendirian yang dibuat oleh parti, tegasnya kepada Harakah 25 Januari lalu.

Bagaimanapun, tegas Ustaz Nik Zawawi, keahlian Nasharudin dalam PAS masih dikekalkan, tetapi kedudukannya sebagai ahli biasa sahaja.

Ustaz Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat menjelaskan, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS hanya menggugurkan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS, bukannya menggugurkan beliau daripada parti. 

Tuesday, 15 January 2013

[VIDEO] HARON DIN - KUFUR JIKA MENYOKONG #KALIMAH ALLAH OLEH BUKAN ISLAM !!! @KHALID SAMAD



Walaupun agak terlewat untuk menyedari hakikat ini kerana terlalu mengikut rentak politik songsang dalam pakatan mereka, keputusan terbaru oleh Majlis Syura PAS
mengenai isu KALIMAH ALLAH boleh dianggap satu kisah 'pulang ke pangkal jalan' yang sungguh dramatik.

Penjelasan Dr. Haron Din & Mufti Johor Datuk Nooh Gadot boleh dianggap benar tanpa sebarang prejudis... KUFUR SIAPA YANG MENYOKONG PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH BUKAN ISLAM!! - Sumber




Jika diukur dari ilmu Profesor Dato Dr Harun Din dan 'Profesor' Hj Hadi dan 'Profesor' Nik Aziz. Dato Harun Din tinggi ilmunya. Beliau pandang dari berbagai sudut dan tolak kepentingan politik. Berbeza dgn Hj Hadi & Nik Aziz mereka pandang satu sudut sahaja dan cenderung berkepentingan politik.

Friday, 14 September 2012

MAJLIS SYURA TIDAK BINCANG ISU USTAD NASHA, NIK AZIZ TAK PUAS HATI SANGAT2 !!!


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikatakan tidak berpuas hati dengan Majlis Syura Ulama yang mengambil ketetapan tidak mengenakan tindakan ke atas bekas Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa sehingga menyebabkan beliau meninggalkan mesyuarat majlis itu lebih awal, Ahad lalu.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh seorang pemimpin ulama parti itu yang juga ahli Majlis Syura Ulama.

Beliau menyifatkan Nik Abdul Aziz benar-benar mahu melihat Nasharudin dihukum kerana mengambil pendirian bertentangan dengan dasar parti apabila mendesak Pas mengkaji semula kerjasama dengan pakatan pembangkang.Menurut sumber dalaman Pas, Nik Abdul Aziz mula menunjukkan reaksi tidak selesa dan tidak berpuas hati apabila mendapati agenda mesyuarat pada malam tersebut yang sepatutnya membincangkan isu Nasharudin langsung tiada dalam senarai sebagaimana diharapkan.

"Reaksi Tok Guru (Nik Abdul Aziz) begitu ketara selepas beliau meneliti agenda mesyuarat. Beliau nyata tidak berpuas hati dengan ketetapan majlis syura untuk tidak membincangkan isu Nasharudin, malah, sepanjang 
mesyuarat, beliau begitu kerap melihat jam tangan sebagai tanda tidak selesa.

"Terdahulu semasa Nasharudin bersalam dengan beliau sebelum mesyuarat, Tok Guru dilihat bersikap dingin. Nik Abdul Aziz turut memberi alasan terpaksa meninggalkan mesyuarat awal kerana tidak tahan dengan kesejukan pendingin hawa di bilik itu," kata sumber itu yang juga pemimpin kanan Pas kepada Utusan Malaysia.
Menurut sumber sama, Nik Abdul Aziz meninggalkan majlis kira-kira pukul 9 malam dan mesyuarat itu kemudian dipengerusikan Timbalannya, Datuk Dr. Haron Din.

Selepas itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ditemui pemberita memberitahu isu Nasharudin tidak dibincangkan dalam mesyuarat tersebut, selain menegaskan bekas timbalannya itu masih kekal sebagai ahli parti dan ahli Majlis Syura Ulama.

Keputusan itu dilihat sebagai satu tamparan kepada golongan Anwarina' yang ternyata tidak senang dengan tindak-tanduk Nasharudin termasuk terbaru apabila beliau membantu pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan ulama tersohor Arab Saudi di Mekah baru-baru ini.

Dalam perkembangan berkaitan, sumber sama memberitahu golongan Anwarinas sebenarnya berharap Nasharudin tidak hadir pada mesyuarat malam tersebut bagi membolehkan tindakan disiplin diambil tetapi hajat mereka terbantut apabila bekas Timbalan Presiden Pas itu muncul kira-kira 10 minit sebelum majlis syura bermula.

"Mereka (golongan Anwarinas) sebenarnya sudah maklum dengan pendirian golongan ulama dalam majlis syura yang tegas mempertahan Nasharudin dan sebagai jalan terakhir untuk 'mengenakan' anak didik Allahyarham Datuk Fadzil Noor ini ialah berharap beliau tidak hadir mesyuarat.

Monday, 10 September 2012

SEHINGGA SAAT INI USTAD NASHA MASIH LAGI SELAMAT ???


KUALA LUMPUR - Majlis Syura Pas, yang menjadi tumpuan banyak pihak - dari dalam dan luar parti itu sejak sebulan lalu, selesai bersidang tanpa membincangkan isu berkaitan dengan bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa.

Sehubungan itu, Nasharudin yang turut menghadiri mesyuarat malam ini yang berlangsung lebih dua jam, kekal sebagai ahli Majlis Syura.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Perbincangan kali ini (malam ini) hanya mesyuarat bulanan seperti biasa. Dan perbincangan kami menjurus kepada calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13)," ujar Abdul Hadi.

Jelas beliau, oleh kerana tiada sebarang masalah yang timbul berkenaan dengan kedudukan Nasharudin, maka tiada keperluan bagi Majlis Syura untuk membincangkannya.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang mengadakan mesyuarat pagi tadi menyerahkan kepada Majlis Syura untuk menentukan kedudukan Nasharudin.

"Mesyuarat tak bincang isu Ustaz Nasharudin dan dia pun ada dalam mesyuarat tadi.

"Tidak berbangkit untuk bincang isu Ustaz Nasha kerana tiada masalah yang timbul. Siapa kata ada masalah?" kata beliau sekitar 11.20 malam tadi.

Sehubungan itu Abdul Hadi juga berkata, kedudukan Nasharudin kekal sebagai anggota Majlis Syura Pas dan tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap Ahli Parlimen Bachok itu.

"Beliau kekal sebagai ahli Majlis Syura seperti biasa dan tiada apa-apa tindakan sebab tiada apa-apa masalah," kata beliau lagi.

Sementara itu, apabila ditanya pemberita sama ada Nasharudin, yang tewas pada pemilihan tahun lalu, akan bertanding atau tidak di kerusi Parlimen Bachok, Abdul Hadi berkata: "Tunggu sajalah PRU13 nanti."

Nasharudin yang turut hadir pada sidang media yang diadakan di luar pintu masuk utama ibu pejabat Pas enggan memberi sebarang komen.

Apabila diajukan soalan mengenai kedudukan beliau, Nasharudin hanya menuding tangan ke arah Abdul Hadi sebagai syarat agar mengemukakan soalan kepada presidennya.

Nashrudin berdiri di sebelah kiri Abdul Hadi manakala Naib Presiden Salahuddin Ayub berdiri di sebelah kiri Nasharudin.

Terdahulu Nasharudin tiba di ibu pejabat Pas, di Jalan Raja Laut, jam 8.55 malam tadi

Pemerhati dan kebanyakan pemimpin kanan parti itu yakin beliau akan 'selamat' daripada sebarang tindakan berat.

Media telah menanti kedatangan beliau sejak jam 7 petang tadi.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Syura, dilihat meninggalkan bangunan ibu pejabat Pas jam 9.15 malam, selepas memimpin mesyuarat bulanan badan tertinggi Pas itu selama kira-kira 20 minit.

Sinar Harian Online difahamkan beliau meninggalkan mesyuarat kerana kurang sihat.

Difahamkan, mesyuarat kemudian dipengerusikan oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din.

Nasharudin menjadi tumpuan ekoran gesaan beliau, yang juga Ahli Parlimen Bachok, agar Pas mempertimbang semula keanggotaan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam isu hudud.

Beberapa anggota yang dihubungi Sinar Harian Online enggan mengulas mengenai mesyuarat malam ini atas alasan Majlis Syura hanya memberi kebenaran kepada Abdul Hadi untuk mengeluarkan kenyataan.

"Hanya Presiden Pas boleh bercakap. Ambil kenyataan Presiden... maaf kami tidak boleh bercakap," kata Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

PT

Golongan pyokong anuar didalam pas yang paling kuciwa dengan keputusan majlis syura. Terutama sekali En Nik Aziz sebagai penyokong fanatik anuar yg juga sangat benci ust nasha. Agenda utama sidang majlis surau kali ni adalah untuk membincangkan kedudukan ust nasha.
Berita mangatakan perbincangan hangat dan panas bila masuk saja isu tentang ust nasha. Ugutan demi ugutan di buat hahahaha hingga ada yg ugut turut akan keluar sama ust nasha. ok Nik betul2 bengang dia tak sangka ada orang kuat ahli surau sayang sama ust nasha.

Esok akan dapat butir jelas siapa org kuat yg ugut mau keluar jika ust nasha di singkirkan.Kali ni aku mau gelak serta kasik tabik spring pada ust nasha kerana membuatkan pas kecut telor.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive