Showing posts with label Kangar. Show all posts
Showing posts with label Kangar. Show all posts

Thursday, 29 May 2014

Belum Pun SUKMA Selesai, Bumbung Kompleks Renang Terkoyak Habis!!!

KANGAR: Acara renang Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 diteruskan walaupun sebahagian besar bumbung kanvas Kompleks Renang (KSN) Kangar terkoyak selepas lebih kurang 10 minit hujan turun.


Setiausaha Kehormat Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) Edwin Chong berkata acara renang yang menawarkan 10 pingat emas itu bakal diadakan selepas bumbung kanvas dibuka."Kita akan teruskan acara renang, tidak ada masalah beraksi di kolam renang terbuka ataupun tertutup.

Sukan SEA di Cheras dulu pun dijalankan di kolam renang terbuka."Kolam renang di sini boleh digunakan dan pertandingan boleh diteruskan selepas bumbung kanvas dibuka. Kita akan adakan pertandingan secara terbuka," katanya kepada pemberita sebaik sahaja kejadian itu berlaku.

Bumbung kanvas kompleks renang tersebut mula koyak semasa acara terjun berjalan di kolam terjun, berhadapan dengan kolam renang itu, selepas hujan selama 10 minit dan pemberitahuan kolam renang ditutup dipaparkan pada skrin kira-kira pukul 2.20 petang.


Acara terjun terpaksa dihentikan sejurus sahaja kejadian berlaku namun ia bermula semula setengah jam selepas itu, sebaik sahaja hujan dan angin kuat berhenti.

Bumbung kanvas tersebut mengalami kerosakan selepas lebih kurang empat jam acara terjun berlangsung.

Edwin berkata acara terjun tidak terganggu dengan masalah bumbung kanvas terkoyak dan ia akan diteruskan sehingga acara terakhir."Saya tidak boleh beri komen mengenai acara renang, saya bertanggungjawab untuk bahagian acara sahaja.

Bagi fasiliti seperti kolam, ia tanggungjawab penganjur namun bagi saya kemudahan lain tiada masalah," katanya.

Sebelum ini, acara akuatik yang dijadualkan berlangsung pada Rabu ditunda ke hari ini selepas Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M.Saravanan meminta aspek keselamtan kompleks tersebut diperiksa dengan betul. ~hmetro

Monday, 3 September 2012

TERSUNGKUR DIKAKI SYAITAN !!! AKSI SEKS DI RAKAM DEPAN ANAK2




KANGAR – Neraka dunia. Itu yang terpaksa diharungi seorang penjawat awam wanita berusia 30-an apabila sering dipaksa suaminya yang juga berusia 30-an melakukan aksi seks, termasuk luar tabii di hadapan ketiga-tiga anak mereka di ruang tamu rumah sejak tujuh tahun lalu.


Lebih menjijikkan suami bernafsu binatang itu juga gemar merakam aksi ‘bersama’ mereka sejak malam pertama perkahwinan sehingga kini. Sumber berkata, lebih mengaibkan mangsa, anak perempuan mereka yang berusia tujuh tahun sering melakonkan kembali adegan seks itu bersama abang sulungnya berusia 15 tahun.

Katanya, hati ibu mana yang tidak hancur melihat perbuatan jijik suami yang merosakkan ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh hingga 15 tahun itu.

“Mangsa mendakwa dia sudah diperlakukan sedemikian sejak berkahwin dengan suaminya lebih 15 tahun lalu, malah pada malam pertama aksi mereka di dalam bilik dirakam suaminya menggunakan telefon bimbit dan kamera video.

“Namun, selepas mendapat cahaya mata, suaminya bertambah pelik dengan memaksanya melakukan aksi bersama termasuk di luar tabii di hadapan ketiga-tiga anak mereka,” katanya.

Kata sumber itu, jika si isteri enggan menuruti kemahuan gila suami, dia dibelasah.
Dia berkata, lelaki terbabit baru saja berkahwin lain awal bulan lalu dengan seorang wanita dari negara jiran, namun sikap jijiknya melayan mangsa tidak berubah.

“Suami mangsa juga bukan saja merakamkan aksi seks mereka, malah aksi mangsa yang membuang air kecil di dalam tandas juga dirakam bagi tujuan koleksi.

“Daripada pengakuan mangsa, suaminya sudah mempunyai banyak koleksi rakaman aksi ‘bersama’ mereka dan tidak mengetahui tujuan dia bertindak demikian,” katanya.

Tidak tahan dengan tabiat buruk suaminya, wanita berkenaan memohon fasakh untuk bercerai dan membuat laporan polis awal bulan lalu.

Mengulas kes terbabit, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa. Menurutnya, polis sudah menyerahkan laporan kepada Jabatan Agama Islam Perlis bagi tindakan lanjut kerana ia di bawah bidang kuasa mereka.

“Wanita berkenaan membuat laporan polis, tetapi ia lebih menjurus kepada masalah rumah tangga dengan suaminya,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive