Showing posts with label Culik. Show all posts
Showing posts with label Culik. Show all posts

Saturday, 29 December 2012

DRAMA YANG TERKENA DIRI KITA JIKA TIDAK HATI2 !!!

Penipuan dan ugutan terbaru yang sangat melampau. Awas dalam dunia ni banyak cara untuk menipu dan banyak cara juga anda tertipu jadi waspada laa dengan keadaan sekeliling. Ini bukan perkara main-main jadi perlu ambil perhatian dengan perkara di bawah ni.


Saturday, 6 October 2012

VAN PUTIH KEMBALI - JAGA ANAK GADIS DARI MENJADI MANGSA !!!!


KUALA LUMPUR: Tindakan seorang remaja perempuan berpura-pura pengsan selepas dipukul tiga lelaki yang menculiknya dalam sebuah van menyelamatkannya daripada menjadi mangsa rogol, bunuh dan bakar dalam kejadian di Bandar Sri Permaisuri, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa yang berusia 17 tahun berjalan keseorangan ke sebuah sekolah di kawasan berhampiran untuk menjemput sepupunya berusia lapan tahun pulang apabila tiba-tiba van putih berhenti dan terus menariknya masuk ke dalam kenderaan itu.

Bagaimanapun, selepas 500 meter perjalanan, mangsa berpura-pura pengsan sejurus dipukul sebelum berjaya melarikan diri ketika tiga lelaki terbabit keluar untuk menculik seorang lagi gadis berhampiran jambatan laluan komuter di Salak Selatan.

Menceritakan kejadian itu, mangsa yang ingin dikenali sebagai Iqa berkata, setiap hari dia menghantar sepupunya itu ke sekolah.

Menurutnya, pada hari kejadian, dia berjumpa dengan rakan lelakinya di kawasan berhampiran selepas menghantar sepupunya itu ke sekolah sebelum datang semula ke sekolah itu kira-kira jam 1 tengah hari untuk menjemputnya pulang.

“Tiba-tiba sebuah van putih datang dan seorang lelaki tidak dikenali terus keluar lalu menarik tangan saya, Saya cuba melawan dan seorang makcik yang menyedari kejadian itu cuba membantu.

“Namun lelaki itu berbohong kononnya dia teman lelaki saya menyebabkan wanita itu enggan campur tangan dan terus beredar,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.



Mangsa menceritakan detik cemas kepada wartawan Harian Metro. Pix: Harian MetroIqa berkata, ketika di dalam van itu, lelaki berkenaan turut mengacu pisau dan cuba mengambil kesempatan ke atasnya menyebabkan dia meronta.

“Kebetulan ketika itu telefon bimbit saya berbunyi dan tertera panggilan daripada ibu saudara saya yang bimbang selepas saya masih tidak pulang ke rumah. Bagaimanapun saya tidak sempat menjawab apabila ia dirampas mereka.

“Lelaki itu juga terus memukul belakang badan sehingga saya terjatuh. Bimbang dicederakan saya berpura-pura pengsan. Ketika itulah saya menyedari di bahagian bawah kerusi ada parang, pisau, dan pistol,” katanya.

Menurutnya, ketika itu dia juga memasang telinga mendengar perbualan mereka yang ingin membawanya ke hutan untuk dirogol, bunuh sebelum dibakar.

“Saya menggigil ketakutan dan seluruh badan berpeluh. Mujur selepas 500 meter dari tempat kejadian mereka tiba-tiba berhenti dan keluar kerana menculik seorang lagi gadis.

“Saya kemudian bertindak pantas mengambil kunci kereta membuangnya di kawasan semak sebelum melarikan diri,” katanya.

Iqa berkata, dia bersyukur kerana mereka gagal menangkapnya semula dan dia terus berlari semula ke sekolah sepupunya sebelum ditemui ibu saudara yang ketika itu mencarinya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan.

- Harian Metro

Wednesday, 4 July 2012

TERSUNGKUR DI KAKI SYAITAN !!! GADIS DISAMUN,DICULIK & DIROGOL

SHAH ALAM: Malang bertimpa buat seorang gadis berusia 23 tahun apabila tetap dirogol sekumpulan lelaki bernafsu binatang walaupun datang haid dalam kejadian samun dan rogol di sebuah rumah sewa di Jalan Haji Termidi, Rantau Panjang, Klang, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa yang juga pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) diculik di Seksyen 7, di sini, oleh sekumpulan lelaki berusia 20 hingga 33 tahun dipercayai Geng Nuar Rantau Panjang yang menjadikan pelajar IPT sebagai mangsa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, mangsa yang berasal dari Kelana Jaya dibawa ke rumah sewa berkenaan sebelum dirogol bergilir-gilir.

“Mangsa ketika itu berjalan kaki sendirian berhampiran hentian bas didatangi lelaki terbabit yang menaiki kereta Toyota Vios berwarna perak sebelum mangsa ditarik memasuki kereta berkenaan,” katanya.

Zahedi berkata, mangsa ditinggalkan berhampiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, jam 3 pagi Sabtu lalu dalam keadaan mata tertutup selain tangan turut diikat.

Katanya, selepas ditinggalkan, mangsa yang membuka ikatan terus mendapatkan bantuan seorang pengawal keselamatan masjid yang bertugas sebelum membuat laporan polis jam 7.30 pagi hari yang sama.

Beliau berkata, mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendapatkan rawatan lanjut dan laporan perubatan mendapati mangsa memang dirogol berdasarkan terdapat kesan luka kecil pada kemaluannya.

Beliau berkata, berdasarkan laporan, sejam kemudian sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam menahan seorang lelaki berusia 21 tahun di Persiaran Masjid, Seksyen 2, di sini.

“Dalam masa yang sama, tiga lagi lelaki yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri tetapi dua daripadanya ditahan manakala seorang lagi meloloskan diri dengan lari ke dalam semak berhampiran rumah,” katanya. Beliau berkata, polis kini mengesan dua lagi suspek yang masih bebas iaitu Anuar Mohamad, 33, atau dikenali dengan nama Bro dan Muhammad Nashazrin Abd Rahsid, 21, yang turut dikenali sebagai Tiger.

“Saya ingin menasihatkan wanita terutama pelajar sekitar Shah Alam sentiasa berhati-hati. Jangan sesekali keluar bersendirian terutama pada waktu malam dan kalau terpaksa keluar dalam kumpulan yang besar supaya jika berlaku sesuatu rakan membantu,” katanya. - HM




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive