Showing posts with label AKSB. Show all posts
Showing posts with label AKSB. Show all posts

Thursday, 9 August 2012

SIAPA MSO @ MOHD SAYUTI OMAR HENTAM NIK AZIZ ???



Kalau ikut komen MSO, jika AKSB gagal.. mereka patut ramai2 letak jawatan. Setuju sebab Menteri Besar Kelantan paling cepat kena letak jawatan sebab dia serba tak tahu. Menteri Besar paling bangang dalam sejarah Kelantan. Dah lebih dua puluh tahun masalah air negeri sendiri tak selesai2 lagi, ada hati mau pegang kerajaan pusat?

Monday, 6 August 2012

KRISIS AIR KELANTAN !!! AKSB TIDAK MAMPU BEKAL AIR DI PASIR MAS ???



Krisis air Kelantan menjadi semakin serius. Sudah lebih 22 tahun Pas memerintah Kelantan yang di ketuai oleh Tok Guru Nik Aziz yang di sayangi ramai, tapi sayang....kemelut air di sana masih berterusan, seolah-olah Tok Guru buat dok jah
Sepatutnya, isu air mestilah di ambil serius oleh seorang Ketua negeri seperti Nik Aziz ni, apatah lagi seorang yang bergelar ULAMA, dihormati ramai pulak tu. 

Ini yang  musykil, kenapa sampai ke hari ini, jika di ajukan masalah air ni, Nik Aziz akan memberi bermacam-macam alasan. Kesian rakyat Kelantan. Mereka sebenarnya telah di tipu oleh kerajaan Pas dan lebih 22 tahun. Kalau dengan kecek orang Kelantan gak...menipu rakyat atah darat.

Untuk itu, apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan negeri Kelantan, terutamanya orang no 1 negeri, Pok Nik?...tak berdiam diri begitu sajo. Terkini, krisis bekalan air di Kelantan, mula melanda daerah Pasir Mas. Difahamkan, krisis bekalan air yang melanda daerah Pasir Mas dijangka berlarutan ekoran Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) mengakui tidak mampu untuk menyelesaikannya dalam masa terdekat ini. Terbaru beberapa penduduk di sekitar Pasir Mas meluahkan perasaan tidak puas hati akibat dari tiada bekalan air seperti sepatutnya. 

Mengikut kata Pengurus Besar AKSB, Ir. Mohamad Hanapi Mahmud ketika dihubungi mengakui masalah tersebut akan hanya dapat diselesaikan sekiranya hujan dalam masa terdekat ini kerana segala usaha yang dilakukan mereka tidak mencukupi. Bagaimana kalau hujan tidak turun?.....tidakkah AKSB mempunyai kaedah yang lain bagi mengatasi masalah air ini?

Beliau berkata, Loji Rawatan Air Kelar yang menyalurkan air bersih ke kawasan Pasir Mas dan Tanah Merah ketika ini tidak dapat menyedut air dari Sungai Kelantan berikutan paras air rendah akibat kemarau di kawasan hulu Kelantan sejak seminggu lalu. "Masalah sekarang kita tidak dapat menyedut air sungai untuk diproses dan kita telah mengambil tindakan segera dengan meletakkan saluran tambahan untuk menyedut air, tetapi ia masih tidak cukup untuk menampung permintaan pengguna. Juga akibat aktiviti menyedut pasir yang dilakukan oleh kontraktor untuk projek Pembangunan Lembah Sireh.

Kesimpulannya, apa jua alasan yang diberi oleh AKSB dan juga kerajaan Pas, ianya tidak dapat menyelesaikan masalah air di Kelantan. Elok benarlah kerajaan Pas yang ada sekarang ini di tukar pada kerajaan yang baru di PRU ke-13 nanti.  Nik Aziz GAGAL, gagal menjalankan tugas  sebagai Menteri Besar Kelantan. . Berihatlah. Berilah pada orang lain yang boleh memimpin dan membuat perubahan baru kepada negeri Kelantan. Rakyat Kelantan pun dah tak sabar nak ubah dan beri mandat kepada kerajaan baru, iaitu, Barisan Nasional (BN).

Apa jadahnya Nik Aziz, kalau nak ambik air sembahyang pun tak ada air? Nak buat 'Tayyamum' pun tak ada pasir yang berdebu di Kelantan. Ternyata  gagal Nik  Aziz .Gagal Kepada rakyat Kelantan, bersedialah untuk mengubah corak hidup anda sekiranya BN mengambil negeri Kelantan. 

Tuesday, 3 July 2012

BIAR BETUL !!! MSO TEGUR AKSB???


Oleh : MSO

Kes pencerobohan pejabat seorang pengurus syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) minggu lalu tidak boleh disepikan begitu saja. Pihak bertanggungjawab terhadap syarikat itu perlu membuat penjelasan. Menyelesaikan isu dengan menyepakkan ke bawah karpet bukan cara sepatutnya. Apa-apa isu atau kes yang menimbulkan kemusykilan rakyat perlu dijelaskan dengan sejelas-jelasnya.

Bukan bererti kerana kejadian itu tiada dalam pengetahuan umum bermakna ia boleh disenyap sunyikan begitu sahaja. Kalau kejadian itu buruk lama kelamaan bau busuknya akan merebak ke luar juga akhirnya dan menyumbat lubang hidung rakyat. Amalan menyepakkan sampah busuk bawah karpet bukan amalan yang baik.

Jalan terbaik kes atau kejadian itu kena diperjelaskan untuk pengetahuan umum dengan telus dan terbuka.

Apa yang saya catatkan beberapa hari lalu dari Kota Bharu, pejabat pengurus bahagian odit diceroboh sebenarnya bukan mimpi. Ia bukan cubaan, tetapi ia benar-benar berlaku. Malahan kejadian menceroboh itu disaksi sendiri oleh pengurus berkenaan yang bergegas ke pejabatnya bila diberitahu ada sesuatu yang pelik berlaku di biliknya. Dan pengurus itu juga melihat sendiri empat orang yang terdiri dari kaki tangan AKSB yang sedang mengelidah bilik berkenaan. Bahkan pengurus itu sangat kenal dengan keempat-empat orang penjenayah itu?

Paling merujakan lagi katanya pengurus itu sempat merakam gambar biliknya yang bersepah dan juga pegawai yang diberkas di dalam biliknya.Rakaman itu katanya macamlah telivesyen PB buntut merakam mat rempit atau pun GRO yang melarikan diri dalam lubang sempit ketika disebut polis?

Kejadian ini serius dan perlu diteliti apakah motifnya. Ia boleh merosakkan integriti syarikat Air Kelantan. Jarang berlaku kejadian menceroboh pejabat sendiri. Dan paling memelikkan lagi kononnya pencerobohan itu di atas arahan orang besar syarikat itu sendiri. Tindakan ini terdedah apabila orang besar di AKSB membuat report dan meminta report polis oleh pengurus yang biliknya itu di 'lembel' di tarik balik?

Kononnya report pengurus berkenaan tersalah dan tersilap. Tersilap tekniklah katakan. Apa yang tersalah dan tersilapnya. Apakah sebelum membuat report polis pengurus berkenaan tidak terlebih merujuk kepada bosnya, orang besar AKSB? Kalau ikut prosuder biasa apa-apa yang berlaku di dalam pejabat sebelum dibawa ke pengetahuan polis perlulah dilaporkan dulu kepada ketua di pejabat itu.

Seperti yang saya bimbangi sebelum wujud berbagai persepsi buruk terhadap kejadian ini yang boleh merosakkan intergriti AKSB dan juga pentadbiran kerajaan Kelantan, baik pihak berwajib tampil menjelaskan kronologi kejadian. Satu laporan terperinci mengenai kejadian itu berlaku juga hendaklah dibuat. Laporan itu perlu dibentangkan kepada pihak pengurusan tertinggi termasuk MB sebagai Pengerusi dan Ahmad Yaacob sebagai timbalannya. Mereka berdua ini perlu diberikan penjelasan yang tuntas.

Untuk tujuan ini mungkin sebuah jawatankuasa penyiasatan khas perlu dibentuk. Anggota jawatankuasa khas ini biarlah terdiri daripada mereka yang berwibawa dan tidak ada kepentingan dalam AKSB. Misalnya wakil rakyat yang mempunyai kepentingan dan menggunakan AKSB untuk kepentingan diri tidak boleh menganggotai jawatankuasa ini. Saya mendapat tahu ada beberapa orang wakil rakyat dikatakan ada kepentingan dengan AKSB kerana itu ada usaha melindungi sesuatu yang berlaku di syarikat berkenaan. Sejauh mana kebenarannya ia sedang disiasat.

Jawatankuasa ini perlu ditubuh segera sekiranya bos AKSB tidak berani untuk membuat penjelasan apa yang sebenarnya berlaku di AKSB. Sudah tentu pihak pihak lembaga atau badan tertinggi mengenai AKSB termasuk badan pengurusan di mana salah seorangnya Exco berada di situ juga perlu mengetahuinya dan perlu menjelaskan kepada umum. Sesuatu jenayah yang berlaku dalam mana-mana syarikat (GLC) milik kerajaan terutamanya tidak boleh dibiarkan begitu saja.

Megenai kejadian itu jangan hendaklah ada apa-apa pembohongan di dalam laporan itu nanti. Buatlah secara telus, adil dan saksama. Laporan itu mesti berasaskan kepada keutamaan AKSB bukan soal-soal lain misalnya masalah kroni dan sebagainya. Sebaba apa yang saya diberi tahu ada juga masalah kroni berlaku di AKSB di mana ada kakitangan yang diambil tidak mengikut prosuder biasa tetapi diambil kerana dia anak-anak orang tertentu.

Saya dan orang ramai menanti apa cerita dan sandiwara yang berlaku dalam AKSB terutama kejadian menceroboh bilik rakan sendiri itu. Penjelasan segera kerana lamat membuat penjelasan ia boleh menyebabkan 'aliran air paip di Kelantan menjadi 'anju' dan ini menyusahkan rakyat. Rasanya rakyat Kelantan juga sedang menunggu penjelasan sebenar dan jelas mengenai kejadian berkenaan. Sumber : Merah Tinta MSO

Friday, 8 June 2012

BIAR BETUL !!! BEBERAPA SIRI 'BELAWOK' AKSB KEPADA RAKYAT KELANTAN


Rungutan rakyat Kelantan mengenai perbekalan air yang dibekalkan kepada mereka sejak 13 tahun lalu kini semakin memuncak malah terdapat di kalangan mereka sudah serabut perut dengan apa yang berlaku. Perkara ini berpunca dari penyelewengan dalaman tentang kontrak infrasruktur air Kelantan.

Mari kita lihat beberapa siri 'belawok' Kerajaan Pas Kelantan berkaitan dengan masalah air :

1. Pada  2003, AKSB dilaporkan memberi jaminan bahawa semua masalah air di negeri ini akan dapat di selesaikan sepenuhnya menjelang Oktober 2004.

2. Pada sidang DUN 14 November 2006, Anizam dilaporkan berkata, Kerajaan Pas Kelantan menjangkakan seluruh rakyat akan dapat menikmati bekalan air bersih sepenuhnya 2010.

3. Pada 22 Mei tahun 2009, sekali lagi Anizam menyatakan bahawa AKSB sedang mengenal pasti kawasan yang mengalami tekanan air rendah terutama di kawasan pendalaman untuk dibina pam air yang diimpot dari Denmark.

4. Pada 10 November 2010, Anizam menyatakan maslah air di Kelantan akan selesai sepenuhnya pada tahun 2017, maksudnya 17 tahun lagi.

Lihat juga beberapa siri 'kegagalan' AKSB serta Kerajaan Pas Kelantan

1. Kegagalan Projek Air Tidak Berhasil (Non Revenue Water / NRW) yang menelan kos sebanyak RM 130 juta, di mana projek yang bermula pada Julai 2008, dan berakhir pada Ogos 2011, gagal menterjemahkan sebarang impak positif terhadap sistem bekalan air secara menyeluruh.

2. Kegagalan projek penukaran meter air kepada ‘Smart Meter’ berjumlah 80,000 unit dalam Projek NRW, melibatkan kos hampir RM 12 juta, namun penukaran hanya setakat 40,000 unit sahaja, setelah diakui kegagalan fungsi meter tersebut.

3. Kegagalan projek pembinaan Telaga Jejari di jajahan Jeli, yang dicanangkan teknologi terkini, dan diwar-warkan jajahan tersebut akan tiada lagi masalah bekalan air, namun hasil sebaliknya berlaku, di mana masih terdapat kawasan di Jeli yang dicatu bekalan air.

4. Kegagalan mengatasi krisis kecemasan bekalan air secara total, dan bayangkan, AKSB hanya mempunyai 6 buah lori tangki air untuk digerakkan dalam satu-satu masa kecemasan atau ketika berlakunya krisis bekalan air.

5. Kualiti dan tekanan air yang masih membelenggu rakyat secara amnya, malah di kawasan bandar juga masih terdapat kualiti dan tekanan air yang tidak memuaskan.

6. Kekerapan kerosakan pam di loji-loji air utama, seperti Loji Rawatan Air Bukir Remah di Tanah Merah, Loji Rawatan Air Pahi di Kuala Krai, dan Loji Rawatan Air Merbau Chondong namun kegagalan tersebut diletakkan ke atas pihak lain untuk mengalih perhatian pengguna / rakyat.

7. Kos tinggi menaiktaraf Loji Rawatan Air Pintu Geng, yang menelan kos sebanyak RM 58 juta, dan difahamkan, kos sebenar hanyalah RM 35 juta sahaja. Kenaikan mendadak kos ini telah pun dipersoalkan di peringkat tertinggi AKSB, namun terdapat tangan-tangan ghaib yang menidakkannya.

 



pT
Tapi segala apa yang di janjikan serta di nyatakan semuanya tidak menjadi kenyataan. Mana pam air yang dikatakan diimpot dari Denmark.Sehingga sekarang nampaknya tidak akan selesai dan ditambah pula dengan janji untuk membina lebuh raya rakyat. Nampaknya seluruh rakyat Kelantan kenyang dengan 'janji manis' yang di ciptak oleh MB serta exco2nya.

Maka bertepatanlah dengan kemasukan penyanyi 'Janji Manismu' ke dunia politik Pas. Tersangat sinonim barangkali. MB dan Anizam lah yang kena tanggung kalau ada rakyat Kelantan tidak boleh mandi wajib selepas berjimak. Untuk memaklumkan kepada seluruh rakyat Kelantan bahawa, rakyat terpaksa menunggu selama 15 tahun lagi untuk melihat 100% liputan air bersih di seluruh negeri terlaksana oleh AKSB Fikir-fikirkanlah!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive