Showing posts with label AES. Show all posts
Showing posts with label AES. Show all posts

Monday, 24 December 2012

BIAR BETUL !!!! ZIZAN MAHARAJA LAWAK TOLAK AES ???

Blogger pembangkang main cerita lawak macam kisah maharajalawak.Tapi apa salahnya kalau Zizan Razak nie tak sebulu dengan AES nie pun? Tapi blogger sotong Milobasi nie dah kantoi dengan kenyataan Zizan Razak nie....


Gambar Zizan sedang memegang kertas membantah AES mungkin telah diberikan kepada Zizan semasa kesibukan tersebut.

PLEASE SHARE: TUDUHAN BUAT ARTIS DAN PELAWAK POPULAR ZIZAN RAZAK ADALAH FITNAH DAN DISALAH ERTI.

Zizan baru menjelaskan kepada saya sebentar tadi dan meminta bantuan agar kes beliau difitnah memegang kertas AES itu kerana selepas beliau mahu masuk ke Seri Pentas Tv3 untuk mengacara racangan siaran langsung MELODI dan beliau telah lambat kerana di Demonstrasi oleh orang yang merusuh kerana Mazidul Akmal dari 999 memfitnah penunggang motor berkuasa tinggi.

Zizan keluar dari kereta dan mahu masuk ke studio kerana kereta beliau tersangkut di tengah-tengah demonstrasi depan itu dan tidak mahu kelewatan.

Sebagai seorang artis paling popular beliau di datangi dan diserbu oleh ahli demonstrasi yang mengenali beliau dan juga orang berebut untuk bergambar oleh orang yg membuat demotrasi dan tangan Zizan ketika dilihat dalam gambar amat banyak sekali barang dan ketika itu seorang ahli demontrasi itu telah memberi kertas yg Zizan tidak perasan apa itu dan terus mengangkat tangan dan masuk ke Studio tanpa mengetahui apa yg tertulis.

*dalam kenyataan bloger2 pembangkang mengatakan selepas melodi 1.45ptg dan itu adalah fitnah dan kejadian terjadi sebelum mahu mengacara Melodi.

*Mengangkat kertas boikot AES itu adalah tidak benar kerana beliau hanya melambai tangan kerana mahu cepat ke studio dan Zizan tidak mempunyai pegawai keselamatan.

Zizan meminta supaya pihak kerajaan mahupun rakyat tidak memanipulasi gambar itu dan memintanya menyokong dan menganggap ini satu kejadian yang tidak diketahuinya dan kerana populariti beliau telah disalah guna. 

Wednesday, 7 November 2012

AES - PEMUDA UMNO CADANG HENTIKAN SEMETARA ???



PARIT - Pergerakan Pemuda Umno mencadangkan pengeluaran saman terhadap pesalah jalan raya yang dikesan melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dihentikan sementara sehingga pengguna benar-benar bersedia dengan sistem tersebut.

Exco Pergerakan Pemuda Umno Mohd Hisamuddin Yahaya berkata idea penggunaan AES dilihat baik dan mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, namun pelaksanaannya tidak dirancang dengan baik.

Katanya Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepatutnya menjalankan kempen secara berterusan terlebih dahulu bagi memastikan orang ramai benar-benar faham dengan hasrat murni kerajaan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Bercakap kepada pemberita selepas Program Pemuda Prihatin Turun Padang di Kampung Sepakat Jaya, Titi Gantung dekat sini hari ini, beliau menyarankan pihak
kementerian supaya menggunakan sepenuhnya radio, televisyen serta media cetak untuk menjalankan kempen itu.

Selain itu, katanya pihak berkuasa juga perlu meletakkan tanda amaran terlebih dahulu, contohnya kira-kira satu kilometer dari tempat AES dipasang dan beberapa lagi papan tanda peringatan sebelum sampai ke lokasi berkenaan.

"Jika pengguna masih berdegil dan memandu laju, baru lah disaman. Orang ramai pun tidak akan marah lagi dengan kerajaan.

"Biar ia dijalankan dalam tempoh percubaan. Mungkin perlu ambil masa beberapa bulan. Buat masa ini hentikan dulu pengeluaran saman," katanya.

Mohd Hisamuddin berkata bagi meyakinkan lagi pengguna, JPJ juga diminta supaya mempamerkan statistik kadar kemalangan jalan raya di tempat peralatan AES itu dipasang.

"Jadi pengguna tidak boleh mempertikaikan lagi pemasangan AES di kawasan ia ditempatkan," katanya. - Bernama

Saturday, 3 November 2012

PENDUDUK PULAU PINANG MAHU LGE PERCEPATKAN AES !!!




Penyokong-penyokong AES di Pulau Pinang menyeru kerajaan negeri mempercepatkan perlaksanaan system ST1M (Saman Trafik 1Malaysia) untuk mengurangkan kemalangan jalanraya..Rakyat sebagai pengguna jalanraya lebih mengetahui tentang keperluan AES.....

Ini pula alasan yang diberikan oleh si Lim Guang Eng

Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di empat negeri yang diperintah Pakatan Rakyat(PR) akan ditangguhkan. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng(foto) berkata, pelaksanaan AES akan ditangguhkan sehingga kajian mendalam dijalankan dan maklum balas daripada rakyat diperolehi. 

"Kita memang tidak setuju dengan pelaksanaan AES. Kita akan menilai kembali pelaksanaannya di empat negeri PR. Jika dikira sebanyak 331 biji kamera di empat negeri PR daripada 831 kamera yang akan dipasang di seluruh negara. Dengan penangguhan ini pengguna jalan raya akan berasa lega dan tidak stres apabila memandu di negeri PR," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen beberapa hari lalu. 

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata keputusan tersebut diambil bagi memastikan rakyat yang tidak bersalah menjadi mangsa. 

"Sebab itu kita hendak tahu sudah berapa banyak saman yang sudah dikeluarkan dan bila saman ini dihantar kepada pesalah," katanya. Beliau turut mengesahkan bahawa kerajaan Pulau Pinang telah menulis surat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Long See Wool bagi memaklumkantindakan penangguhan itu dan mahu mengadakan perbincangan lanjut bersama kementerian itu mengenai maklum balas pelaksanaan AES. 

Guan Eng berkata setakat ini kerajaan negeri Kedah dan Kelantan sudah pun memaklumkan keputusan menangguhkan pelaksanaan AES dan Selangor dijangka mengumumkannya dalam tempoh terdekat. 

"Kita mahu tangguhkan dulu, sehingga kajian mendalam dijalankan. "Saya juga tidak lihat apa kebaikannya kamera AES ini hendak dikembalikan kepada kerajaan Persekutuan selepas tempoh lima tahun," katanya. 

Jelasnya, kerajaan negeri tidak bersetuju dengan beberapa perkara dalam pelaksanaan AES terutamanya yang melibatkan penetapan had laju. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive