Monday, 29 October 2012

LAGI MASALAH PENDUDUK TUMPAT DIABAIKAN OLEH YB PAS ???

TUMPAT - Masalah jeti reput berdekatan dengan penempatan rumah agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), mengundang masalah kepada penduduk di sini.

Jeti tersebut dibina kira-kira tiga tahun lalu, menjadi penghubung kepada 30 keluarga di sini.


Penduduk, Mohd Noor Omar, 54, berkata, jeti tersebut reput disebabkan oleh faktor cuaca.

“Tamabahan pula, jeti tersebut diperbuat daripada besi dan ia mudah berkarat,” katanya.

Menurutnya, tiga bulan lepas atas inisiatif penduduk kampung, diadakan gotong-royong membaiki jeti tersebut.

“Namun, baru-baru ini pelampung jeti pecah, keadaan ini boleh membahayakan penduduk. Berikutan itu, kami sekali lagi bergotong-royong membaikinya,” katanya kepada pemberita.

Menurutnya, sekiranya jeti ini terus dibiarkan berkarat, tidak mustahil ia akan runtuh suatu hari nanti.

“Jeti ini amat penting untuk kami di sini, sekiranya jeti ini roboh kami sukar untuk menaiki bot,” katanya.


PT
Baru sekarang reti kenak susah bila keadaan dah terdesak, tapi semasa PRU yang lepas tak reti nak bezakan mana satu kerajaan yang boleh menjasdikan rakyat hidup dalam keselesaan. Bila kemudahan yang menjadi kegunaan penduduk rosak baru mereka sedar dari kesilapan memilih kerajaan yang tidak ambil tahu pun pasal kesusahan rakyat.

Sebelum membuat pilihan kita yang ada otak dan akal harus  berfikir semasak-masaknya, kalau tidak kita akan rasa seperti yang penduduk Tumpat rasai sekarang. Sampaikan jeti rosak pun terpaksa war-warkan dalam akhbar untuk meminta simpati.
Apa yang para YB Pas buat selain menambah harta dan tambah bini muda. Sudah-sudahlah wahai penduduk Tumpat... Segala perubahan terletak di tangan puak-puak demo !!!!!

2 comments:

  1. Klu umno perintah,lagi teruk bandar tumpat!!!

    ReplyDelete
  2. Piiraahhhhh.....belakon yah lebih,retok buruk mno demo ambik gambar.??

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive