Sunday, 7 October 2012

SIAPA BOS PELITA NASI KANDAR ???





The Star 24/09/2012 pg 22, melaporkan bahawa pemilik Pelita Nasi Kandar, Datuk D.Ramesh performing temple ground breaking for construction.


Dengan tersebarnya laporan ini maka para pengemar dan pengunjung Restoran Pelita Nasi Kandar sudah mula sangsi akan kehalalannya.

Perlu pihak JAKIM mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai status Restoran Pelita Nasi Kandar bagi menggelak rasa sangsi umat Islam yang berkunjung dimana-mana rangkaian Restoran Pelita Nasi Kandar.





8 comments:

  1. Namun ramai jugak org melayu islam yg pertahankan Pelita Nasi Kandar ni. Diorg kata mulakan dgn bismillah akhirkan dgn alhamdulillah. Siap marah2. Adoiyai..... Bukan setakat halal atau tidak, duit kita byr makan tu dibuat kenduri/naiktaraf kuil. Sori la kita letak anonymous. Takmo nanti org buta ilmu kacau blog kita pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Wahai saudara yg mula publhed dan timbulkan isu ini. Semoga anda dirahmati Allah dan tidak dilaknatiNya kerana anda cuba menyebarkan fitnah. .. Duit yg disumbang ke kuil tu milik bos india... Lantak dia la nk bg duit dia kat mana pun.. Yang pentingnya kalau depa sdh ada halal cukup lah.. Kita juga beli makanan kat McDonalds, KFC, Subway, Old Town, Secret Recipe tapi tak tahu utk apa diapa belanja duit kita.. Kebanyakan factori di negara kita miliki oleh kaum cina dan org putih.. Kita juga tak tahu utk apa mereka gunakan duit kita... Itu duit diapa punya lah dan kita tak ada hak utk bagi tau utk apa mereka kena belanja.. Saya ingat ini isu selalu diungkitkan oleh kedai mamak yg lain yg cemburu kat pelita krn pelita lah leader utk kedai mamak yg lain:p... Tadi saya duk cari kat laman web jakim.. Byk kedai mamak belum menerima sijil halal jakim.. Yang pentingnya sebelum mkn kat mana-mana kedai kena tanya sijil jakim dulu..

      Delete
    3. kamu ni pon taw nasihatkan orang...dah kena najis si india 2 ae? ?ada otak pikir..naik kaum sendiri bkn naik kaum lain...dasar LEMBAB...MELAYU BOLEH MAJU KLAU ORANG2 MCM KAMU NI XDE...SBB KAMU NI JENIS SUKA SMBIL LEWA JE..

      Delete
  2. KENYATAAN AKHBAR OLEH ANSARCOMP (M) SDN BHD
    www.ansarcomp.com.my

    • Adalah wajib bagi setiap individu Muslim untuk makan makanan yang baik dan sihat bagi mengelakkan semua yang dilarang seperti yang diperintah oleh Allah dalam kitab Al-Quran dalam surah Al-Maidah ayat 88.

    • Pengalaman bekerjasama dengan Pelita Samudra Pertama (M) Sdn.Bhd. (Nasi Kandar Pelita Sdn. Bhd.) selama lebih kurang 2 bulan : Pihak Pelita telah memberikan sepenuh komitmen dan kerjasama yang baik untuk memastikan permohonan Sijil Halal ini mematuhi keperluan seperti yang dikehendaki oleh Agama Islam.

    • Kami berurusan dengan pihak Pelita dari peringkat pengarah syarikat sehinggalah kepada pekerja seperti Dato’ Shamsuri Ahmad (ahli lembaga pengarah yang juga pengerusi eksekutif syarikat) En. Azeem Qusyairi (ahli lembaga pengarah) dan En. Uswath Khan (ahli lembaga pengarah) dan juga Eksekutif Halal bagi rangkaian restoran-restoran Pelita seperti En. Nazreen, En. Rafikul dan En. Anuar.


    Ringkasan lanjut mengenai isu Halal Restoran Pelita Nasi Kandar :

    • Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd. (Restoran Nasi Kandar Pelita) telah melantik pihak AnsarComp sebagai konsultan bagi mendapatkan sijil Halal JAKIM di mana projek telah bermula pada 1 Mac 2012.
    • Pra-Audit dari pihak AnsarComp telah diadakan sebelum audit dari pihak JAKIM sehinggalah Restoran Pelita Nasi Kandar telah sah mendapat sijil halal pada 1 Mei 2012.

    ReplyDelete
  3. Sebagai pihak konsultan yang bertauliah, AnsarComp sangat mementingkan kualiti dalam kerja termasuk ketika proses audit
    dijalankan di Restoran Nasi Kandar Pelita berdasarkan senarai semak yang telah ditetapkan.

    • Dalam prosedur pensijilan Halal, AnsarComp membantu semua pelanggan kami termasuk Restoran Nasi Kandar Pelita dengan mengamalkan polisi ‘Tiada jalan singkat’ untuk mendapat sijil Halal.

    • Sepanjang dua bulan AnsarComp bekerjasama dengan Restoran Nasi Kandar Pelita, segala prosedur dalam pensijilan Halal JAKIM telah mereka patuhi sehingga membolehkan mereka mendapat sijil Halal JAKIM. Kesungguhan pihak mereka untuk mendapatkan sijil Halal wajar dicontohi dan dipuji bukan untuk dipersoalkan tanpa mendapatkan penjelasan daripada pihak yang berkaitan.
    • Perkara-perkara yang selalu menjadi isu dan digembar-gemburkan di laman sesawang adalah bersifat fitnah dan tuduhan melulu serta bertujuan jahat. Bahkan pihak kami sebagai konsultan yang bertauliah menafikan sekeras-kerasnya semua tuduhan yang tidak berasas itu.

    • Selain Nasi Kandar Pelita, pihak Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd juga telah mendapatkan sijil halal bagi beberapa buah anak syarikat yang lain iaitu Ayam Pelita Sdn. Bhd., Hotel Palm Inn (M) Sdn Bhd. serta Pelita Hotel Catering Sdn. Bhd.

    • Bahkan kami ingin menegaskan bahawa kriteria-kriteria di bawah termasuk di dalam audit pihak AnsarComp serta menepati kriteria Halal JAKIM:
    - Kebersihan
    - Sekurang-kurangnya 2 orang tukang masak Muslim yang bertugas di setiap restoran pada satu-satu masa.
    - Kesemua sumber bahan mentah dalam penyediaan makanan dan minuman wajib diperolehi atau diambil daripada pembekal yang mempunyai sijil Halal JAKIM atau Badan Islam Antarabangsa yang diiktiraf oleh JAKIM.

    • Untuk makluman, berdasarkan Profil Pengurusan yang pihak Restoran Pelita Nasi Kandar telah serahkan kepada kami bagi tujuan maklumat syarikat, mereka mempunyai 7 orang pemegang saham dalam syarikat ini iaitu Dato’ Shamsuri bin Ahmad, Dato’ Murugan Doraisamy @ Ramesh, Uswath khan bin Kirudu Mohamed, K. K. Sihabutheen bin Kirudu Mohamed, Syed Abbas Ali bin Abdul Rahman, S. Prebagaran Subramaniam dan Azeem Qusairy bin Bardril. Berdasarkan Profil Pengurusan ini, jelas menjawab isu yang mengatakan Restoran Nasi Kandar Pelita dipunyai oleh orang yang bukan beragama Islam. Ini kerana 5 orang pemegang sahamnya yang lain adalah beragama Islam. Ingin ditegaskan di sini, bahawa pihak JAKIM tidak meletakkan syarat pemilik syarikat mestilah beragama Islam sebagai syarat untuk mendapatkan sijil Halal JAKIM. Oleh itu, isu ini sememangnya tidak wajar diperbesarkan sama sekali.

    • Jika terdapat mana-mana pihak yang masih mahu mendapatkan kepastian mengenai isu ini, sila hubungi pihak kami di talian: 03-519-22185/ 86

    Sebarang pertanyaan sila hubungi kami atau layari www.ansarcomp.com.m

    ReplyDelete
  4. Salam... Sila baca link ini utk pencerahan... www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hentitaburfitnah/Article/index_html

    ReplyDelete
  5. salam... Sila rujuk link dibawah... Kepada pembuat fitnah anda bertanggung jawab setiap patah perkataan yg anda tulis... Akhurnya kemenangan tengelamkan kebatilan..
    www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hentitaburfitnah/Article/index_html

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive