Thursday, 4 October 2012

VIDEO !!! AZALINA OTHMAN AKAN SAMAN MAZLAN ALIMAN ISU RAPID DI PENGERANG ???



Datuk Seri Azalina Othman akan menyaman pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman kerana menuduhnya sebagai dalang Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) yang telah diluluskan di Pengerang, Johor.

Katanya, pihaknya kini sudah mempunyai bukti kukuh dan mahu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu segera memohon maaf secara terbuka sebelum berdepan dengan tindakan saman.Azalina, yang merupakan ahli parlimen Pengerang berkata peguamnya kini sedang meneliti video dan teks ucapan yang dibuat oleh Mazlan semasa Himpunan Hijau Lestari di Pengerang Ahad lepas.

“Peguam saya akan mengeluarkan surat tuntutan maaf daripada Mazlan.

“Jika tidak saya akan saman dia, Harakahdaily dan mana-mana portal atau akhbar yang turut memuatkan ucapan Mazlan kerana ia berniat jahat (mala fide). Kalau hendak buat tuduhan terhadap saya, siasatlah dahulu,” katanya kepada pemnberita semalam.

Bagaimanapun Azalina tidak memberikan tempoh masa kepada Mazlan dan menyerahkan kepada peguam untuk memutuskan tindakan selanjutnya.

Mazlan dalam ucapannya kononnya mendakwa Azalina telah mempengaruhi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjalankan projek RAPID kerana kawasan itu merupakan kubu Barisan Nasional (BN) yang terkuat, justeru tidak akan ada tentangan dalam pembinaan projek multi-billion itu.



Mazlan juga mendedahkan beberapa perkara lain berkenaan projek itu, antaranya mendakwa Syarikat Dialog Group telah menempah tanah dikawasan yang akan dibangunkan itu yang berkeluasa 6,442 ekar dengan memberikan sebanyak 10 peratus saham kepada kerajaan negeri Johor.

Mazlan mendakwa dengan pemberian itu, yang beliau anggap sebagai sogokan, Dialog mahu kerajaan negeri Johor menyelesaikan isu-isu pengambil alihan tanah.

Mazlan menambah lagi, kerajaan Johor sebaliknya, telah memberi 22,500 ekar lebih dari jumlah yang disasarkan.

Sementara itu, Azalina membidas kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat yang dianggapnya tidak menunjukkan pendirian jelas prihatin terhadap nasib penduduk Pengerang.

Katanya, Pakatan jelas gagal menunjukkan kredibilitinya apabila tidak sepakat memberikan kata putus terhadap projek itu sekiranya mereka memerintah Putrajaya.

“PAS kata lain, PKR kata lain. Mereka sebenarnya tak ikhlas nak bantu nasib penduduk,” katanya.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub sebelum ini menegaskan, pembangkang mahu ianya (RAPID) dilaksanakan di kawasan tanah milik kerajaan, bukannya melalui pengambilan tanah kampung tradisi.

Bagaimanapun, dalam ucapan Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng, yang berucap mewakili Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata PR akan menghentikan projek tersebut sekiranya pakatan itu berjaya menguasai Putrajaya.



PT
KALAU dan JIKA dapat menakluk PUTRAJAYA itulah dua perkataan keramat yang sering di sebut oleh setiap pemimpin pembangkang kepada para penyokong mereka di setiap ceramah dan kepada media. Terpulang lah kerana masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renung-renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive