Tuesday 9 October 2012

VIDEO !!! HADIAH DARI SIFU M.NASIR DI ATAS KERAKYATAN YANG DIBERI KEPADANYA ???


Sekian lama kita tidak mendengar kisah selebriti menyertai parti politik. Terbaru ini kisah sifu industri muzik Malaysia,Datuk M. Nasir yang kini dikatakan semakin aktif dalam aktiviti berpolitik bersama-sama barisan parti pembangkang.

Sementara itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerusi akaun Youtube Azmin Ali telah memuatnaik sebuah video bagi lagu berjudul Panji Keadilan yang dinyanyikan oleh M. Nasir.


Walaupun tidak dinyatakan pada penerangan video, ianya jelas merupakan suara ikonik M. Nasir serta lagu tersebut dicipta oleh Buddhi Hekayat, rakan kepada pencipta bagi lagu Awan Nano.

Bukan apa M.Nasir merupakan warga Singapura yang berhijrah ke Malaysia mencari makan dalam dunia hiburan seterusnya diberikan taraf kerakyatan Malaysia dan dianugerahkan pula darjah kebesaran Dato kerana sumbangan beliau dalam industri muzik.



Lagu Ini lebih kurang sama dengan lagu DAP. Bagus la  semua pakat sokong DAP. Ingat kata Tunku Aziz, bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan yang telah mengatakan bahawa beliau menyesal menerima jawatan dan bersama dalam DAP kerana DAP sebenarnya tiada agenda utk membantu apatah lagi menaikkan kecemerlangan orang Melayu dan Islam. Saya suka PAS tapi saya membenci PR kerana ada PKR yang tidak jelas agenda perjuangan dan DAP yang dikuasai Cina Komunis. PKR pula milik keluarga Anwar manakala DAP milik Dinasti Lim.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive