Tuesday 23 October 2012

SELAGI ADA UMUR BERTANDING TETAP BERTANDING - NIK AZIZ


Hasrat untuk mengundurkan diri dari arena politik hanyalah polemik sahaja. Sedangkan hakikatnya Nik Aziz masih lagi bernafsu besar menawarkan diri untuk bertanding pada PRU13. Beliau dilihat tidak serius apabila diajukan isu pengunduran. Malah mendakwa parti yang mendesak beliau agar terus bertanding.

Sebagai seorang yang sudah tua dan selalu mengalami masalah kesihatan, tidak mempedulikan suara-suara dikalangan ahli parti sendiri yang menginginkan beliau berundur. Mesej yang disampaikan oleh Dewan Ulama Pas Kedah, Pas Kedah, bekas-bekas orang kanan Pas misalnya hanya layak dibakul sampahkan sahaja.

Nik Aziz tidak mahu mengambil pusing pandangan ahli parti yang memintanya agar berundur walaupun demi kebaikan parti, selagi ada suara yang mahu beliau bertanding, maka suara itulah akan didengarnya. Nik Aziz seolah-olah ingin meniru corak pemerintahan diktator Lim Guan Eng di Pulau Pinang.

" Saya tak pernah sebut saya nak bertanding tapi Setiausaha Agung (Datuk Mustafa Ali) dok buat kenyataan dah Nik Aziz wajib bertanding. Bila parti suruh bertanding dan saya boleh bertanding, kena bertandinglah". Itulah jawapan ego seorang pemimpin yang sering uzur. Untuk apa memimpin jika hanya sebagai lambang dan boneka, sedangkan kata putus semuanya ditentukan oleh orang lain.

Presiden Perkasa mendakwa bahawa Nik Aziz seorang yang tidak sedar diri. Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan banyak menimbulkan kontroversi dan sering tersasar dari prinsip perjuangan parti sekaligus membuktikan beliau sudah tidak layak meminpin. Cabaran agar Mahathir meletakkan jawatannya disusuli dengan perletakan jawatan beliau pada sembilan tahun lalu telah bersahut, namun Nik Aziz sahaja yang masih bacul dan dayus menyahut cabaran itu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive