Sunday, 10 August 2014

Kedudukan MB Khalid Akan Dibincang Oleh Penasihat Diraja Esok???

Majlis penasihat diraja kepada sultan Selangor akan membincangkan kedudukan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim esok.

Khalid berkata, sebuah mesyuarat akan diadakan oleh badan itu di Istana Kayangan esok bagi membincangkan perkara itu ekoran pemecatan Khalid oleh PKR semalam.

Khalid juga berkata beliau “dinasihatkan” peguamnya untuk tidak membuat kenyataan lanjut berhubung perkara itu. Khalid hari ini bertemu dengan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di masjid negeri di Shah Alam untuk merasmikan kursus haji peringkat negeri.

Selepas acara itu beliau memberitahu pemberita akan mengadap sultan esok selepas majlis berbincang bagi menentukan pendirian istana dalam isu itu.

Khalid tidak menunjukkan tanda-tanda akan merayu terhadap keputusan PKR. Katanya, keutamaannya sekarang untuk berkhidmat kepada negeri sebagai menteri besar.

Wednesday, 6 August 2014

Sepakatkah Kita Untuk Boikot McDonalds Sampai Tutup???

TUESDAY, AUGUST 5, 2014 Himpunan Boikot McDonalds Sampai Tutup..Haha... Bengong.memang betul-betul beri tekanan ni pada McDonalds...siang himpunan boikot..malam tutup....PT nak kata jangan hangat-hangat  tahi ayam sudah...esok lusa McD buat promosi buy 1 free 1...berpusu..pusu amek... 

 Ni baru McD..kalau semua produk  zionis yahudi pakat buat macam ni comfem havoc!sebelhm nak boikot pastikan kita ada penganti...maksud aku..nak boikot kedai makan milik Israel..kita perlu ada kedai makan yang standard sama juga... Nak boikot Astrow..kita kena ada teknologi sama macam tu..comfomlah terangkat yahudi laknatullah! 

Jangan hangat2 taik ayam macam gambar di bawah ni sudah! Untuk yang kaki boikot ni..meh baca bawah ni... 

 ISU BOIKOT : "CARA HIDUP YAHUDI VS PRODUK YAHUDI " 

 Soalan: yang mana lebih utama,boikot cara hidup yahudi atau boikot produk yahudi? 

Jawab: dua-dua afdal.. 

 Soalan: tapi yang mana lebih utama? 

 Jawab: boikot cara hidup mereka... 

 Soalan: kenapa? 

Jawab: Seluruh kehidupan Nabi S.A.W memboikot kehidupan yahudi dan nasrani,kalau Nabi S.A.W nampak yahudi pakai kopiah,Nabi S.A.W arahkan para sahabat pakai serban,Nabi S.A.W nampak orang arab jahiliah pakai jubah meleret,Nabi S.A.W arahkan para sahabat potong jubah dan seluar mereka hingga terdedah buku lali,Nabi S.A.W dpt tahu yahudi puasa 10 muharam,Nabi S.A.W arahkan para sahabat puasa 9 dan 10 muharam,dan banyak lagi pemboikotan Nabi S.A.W terhadap cara hidup yahudi nasrani. 

 Soalan: Tapi kenapa zaman sekarang orang sibuk nak boikot produk yahudi je tapi kehidupan mereka tak ubah/sama seperti yahudi? 

Jawab: itu salah faham agama yang besar sebab Nabi S.A.W dulu tak boikot produk yahudi bahkan banyak hadis menceritakan Nabi S.A.W dan sahabat bermuamalah dengan yahudi nasrani...

Tapi zaman sekarang kita boikot produk yahudi JUGAK kerana kebencian kita terhadap kezaliman mereka membunuh saudara kita,bahkan juga kerana tidak mahu menyumbang wang kepada mereka untuk beli senjata dan bunuh saudara kita tapi boikot produk tanpa boikot cara hidup mereka ialah khilaf sunnah Nabi S.A.W yang besar. 

 Soalan: Jadi apa patut kami buat? 

 Jawab: Buatlah dua2,tapi yang lebih penting dan yang lebih diutamakan baginda Nabi S.A.W ialah memboikot cara hidup yahudi nasrani....pahala memboikot cara hidup yahudi insyaallah lebih besar kerana ia perjuangan Nabi S.A.W dari mula hidup sampai wafat berbanding boikot produk mereka yang kita tahu secara logiknya nampak memberi kesan tapi sebenarnya mereka sudah bersedia untuk hadapi pemboikotan seluruh dunia. 

Dalam masa yang sama yahudi sangat gerun jika umat islam kembali kepada Allah, penuhkan masjid, hidupkan malam dengan nama Allah,hidupkan amalan sunnah,menjaga aurat,menjaga pergaulan lelaki perempuan dan yahudi tidak dapat bertahan jika itu yang DISIBUKKAN OLEH UMAT ISLAM SEDUNIA..

Baca qunut nazilah yang diajar Nabi S.A.W ketika dapat khabar berita penderitaan saudara islam yang jauh lebih berganda2 dapat menarik nusratullah (pertolongan Allah) kerana ia diajar Nabi S.A.W...tapi apa2 pun,semua usaha yang baik itu baik dan kita jangan tinggalkan kebaikan,cuma kita UTAMAKAN yang Nabi S.A.W ajar dulu kerana Nabi S.A.W itu imam kita...

 ‪#‎TAHU_FAHAM_AMAL‬ Orang Islam hari ini tidak amal sunnah tidak suka sunnah PETANDA yahudi dah lama racun halus org islam. Lihatlah dalam : Pakaian di pejabat atau luar pejabat - Jumaat pakai jubah itu pun janggut di repair atau di potong terus. 

Makanan - Bermegah dan berlumba-lumba dalam majlis keraiaan. Rumah - tidak ada suasana Taqwa. Banyak gantung gambar dan majlis Lalai-TVdan Radio. Ha baca bawah ni juga... �� 

Tatacara n tatasusila boikot [Nasihat Buat Pemboikot McD dan sebagainya] Ini merupakan nasihat daripada seorang saudara kalian yang turut memboikot semampu beliau produk-produk yang menyokong pembinaan negara Zionis Israel. 

 1- Hendaklah kalian fahami bahawa produk-produk itu adalah halal, tidak haram. Jangan sesekali mengeluarkan perkataan produk itu haram, dan sebagainya. 

 2- Jauhilah mengeluarkan perkataan-perkataan seperti 'Pekerja McD bekerja dengan pembunuh, tak ada perkemanusiaan dan sebagainya..' Sesungguhnya perkataan sedemikian adalah perkataan hawa nafsu. Mereka bekerja mencari rezeki yang halal, dan bukan hak kita berkata sedemikian kepada mereka. 

 3- Jauhi sifat-sifat buruk seperti pergi bawa makanan lain dan makan dalam McD, atau saja-saja masuk McD untuk guna tandas mereka atas alasan untuk naikkan kos operasi mereka, atau berkumpul di hadapan kedai mereka. 

Sesungguhnya mereka membayar sewa untuk premis perniagaan itu, dan tindakan mengganggu kehadiran pelanggan mereka adalah tindakan yang melanggar akhlak Islami dan melanggar hak orang yang sudah membayar sewa untuk premis tersebut.  

4- Fahamilah, boikot ini satu ijtihad politik. Ia bukan satu perkara yang qathie/pasti wajibnya. Ia akan sentiasa ada pro dan cons kerana ia satu ijtihad dalam bab keduniaan. 

 5- Ingatlah, saudara-saudara kita bukan hanya di Gaza, bahkan yang sedang mencari rezeki bekerja itu. 

 6- Memboikot adalah hak seorang pengguna. Kita sebagai pengguna berhak boikot, dan ajak orang boikot. Tetapi kita tiada hak mengganggu perniagaan orang yang sah dengan berdiri di depan kedai mereka, di pintu kedai mereka, apatah lagi masuk ke dalam premis mereka, atau mensabotaj supaya kos operasi mereka meningkat. 

 7- Saya memilih boikot, kerana itu hak saya sebagai pengguna. - Sumber

Tuesday, 5 August 2014

Gadis Kebaya Di Pencakar Langit Dengan Mesej Gaza

Beberapa keping gambar seorang gadis lengkap berpakaian Muslimah dan bertudung di atas sebuah pencakar langit dengan memegang mesej keamanan di Gaza berjaya mencuri perhatian ramai untuk tempoh 24 jam yang lalu dan ramai yang bertanyakan sama ada ianya benar diambil dari sudut bangunan tinggi atau sekadar helah suntingan Photoshop.

Bercakap kepada SAYS.com hari ini, jurugambar Keow Wee Loong menceritakan pengalaman beliau memanjat sebuah bangunan yang enggan didedahkan lokasinya di Kuala Lumpur bersama seorang gadis bernama Fatin Ilani.

Keow Wee Loong mendedahkan yang beliau terkejut dengan keputusan gadis itu untuk bersama memanjat kerana berdasarkanpengalaman beliau sebelum ini, kebanyakan mereka yang mengikuti beliau sangat takutkan ketinggian namun ianya berbeza dengan Fatin Ilani.

Fatin Ilani yang turut dutemubual berkata beliau bersetuju untuk menyertai aktiviti ini hanya kerana Keow Wee Loong yang juga merupakan jurugambar rasmi untuk ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dan tidak akan sesekali bersetuju jika diajak orang lain.

“Saya pun tidak percaya yang saya mampu untuk memanjat sampai ke puncak,” ujarnya yang turut memberitahu ‘pendakian’ mengambil masa 45 minit dan dilakukan dalam persalinan kebaya penuh.

Meninggalkan komen di ruang Facebook rasmi kami, Fatin Ilani berkata tindakan beliau itu adalah sebagai respons kepada perhimpunan Save The Children Of Gaza yang dianjurkan di Dataran Merdeka pada 2 Ogos lalu yang mana beliau melihat ramai anak muda turun hanya untuk mengambil gambar bersama selebriti sebelum terus meninggalkan lokasi.

Kami puji keberanian gadis ini untuk memanjat pencakar langit demi menyampaikan mesej positif kepada seluruh rakyat Malaysia dan dunia. Wajar dicontohi dan bukan hanya berani melaungkan pendirian di laman sosial tanpa tindakan. - rotikaya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive