Showing posts with label tnb. Show all posts
Showing posts with label tnb. Show all posts

Friday, 20 December 2013

Tarif Elektrik - Siapa Terkesan Dengan Kenaikan???

Betulke pengguna yang bil dibawah RM70 tak terkesan dengan kenaikkan tarif elektrik???

Dalam usaha mereka untuk meredakan kemarahan majoriti rakyat berikutan pengumuman kenaikkan tarif elektrik oleh Menteri Tenaga, Teknoligi Hijau dan Air baru-baru ini beberapa orang pemimpin UMNO bertaraf Menteri cuba untuk memperbodohkan rakyat.

Berbekalkan ayat yang hampir sama mereka mempertahankan tindakan Kerajaan Barisan Nasional yang bercanggah dengan akujanji mereka sebelum PRU13 iaitu mengurangkan kos sara hidup.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek, menyifatkan kenaikan tarif elektrik sebanyak 15 peratus yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari tahun hadapan sebagai rasional dan tidak banyak memberi kesan kepada orang ramai.

“…ramai dari kita sebenarnya yang tidak terkesan pun! Jadi , bertenanglah,” katanya yang dipetik menerusi laman mikro Twitternya.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan pula berkata kenaikan tarif elektrik yang berkuat kuasa Januari ini, tidak akan menjejaskan pengguna biasa terutama yang mempunyai bil RM70 dan ke bawah sebulan.

Beliau berkata kenaikan itu hanya memberi implikasi ke atas pengguna yang bil elektrik bulanannya RM150 dan ke atas sahaja. Kesemua mereka hanya mengulas tentang kenaikkan tarif yang bakal dihadapi oleh pengguna domestik tetapi kenapa mereka tidak mengulas apa implikasi kenaikkan tarif itu terhadap industri pengeluaran?

Walaupun segelintir persatuan perniagaan seperti Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia menyatakan kesanggupan mereka untuk menanggung peningkatan kos akibat kenaikan tarif elektrik ini kerana tidak mahu membebankan pengguna.

Tetapi Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) dan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) memberi amaran tidak dapat tidak, ahli mereka akhirnya terpaksa memindahkan kenaikan kos ini kepada pengguna. Kesannya akan tetap dirasai oleh pengguna walaupun menurut kata Menteri-menteri di atas pengguna tidak akan terkesan.

Perlu kita ketahui, suatu masa dulu Malaysia menjadi pilihan para pelabur kerana negara kita mampu membekalkan tenaga buruh yang murah, air dan elektrik yang murah selain berbagai faedah untuk pelabur.

Kini untuk membekalkan tenaga buruh yang murah negara terpaksa membawa masuk para pendatang dari Bangladesh, Myanmar, Indonesia, Vietnam dan juga Indonesia. Tetapi bila tarif elektrik dinaikkan hingga 15% kebanyakkan para pengeluar terpaksa menaikkan harga keluaran mereka sekurang-kurangnya 15% juga bagi membolehkan mereka terus beroperasi tanpa kerugian.

Masaalahnya ialah bilamana produk keluaran mereka terpaksa ditingkatkan harganya 15% atau lebih para pengeluar itu akan kehilangan daya saing diperingkat antarabangsa.. Dan apabila ini berlaku.. apa pilihan yang para pelabur itu ada?..

Hendak kekal setia dalam negara ini, negara ini bukanlah milik mereka.. Jadi inilah pilihan mereka... Sebahagian pelabur Jepun di Malaysia dijangka pindah ke negara lain Agensi perdagangan Jepun, JETRO Kuala Lumpur menjangkakan sebahagian pelabur Jepun akan berpindah dari Malaysia ke negara lain ekoran pelaksanaan gaji minimum dan kenaikan kos operasi pada tahun depan.

Pengarah Urusan JETRO Kuala Lumpur, Joji Ikeshita juga melihat kenaikan tarif elektrik akan memberi impak kepada pelabur dari negara tersebut. Beliau berkata, dua keadaan itu sudah semestinya akan menambahkan kos yang perlu ditanggung syarikat Jepun sekali gus mendorong mereka memikirkan destinasi pelaburan alternatif.

"Walaupun belum berlaku, tetapi saya boleh katakan bahawa keadaan semasa pasti akan menakutkan segelintir pelabur, terutamanya kerana kenaikan tarif elektrik adalah agak tinggi.

"Jika kos gagal dikurangkan, pasti akan ada pengilang yang berpindah keluar dari Malaysia.

"Anda (media) mungkin akan terkejut apabila mendengar nama syarikat yang akan berpindah dari Malaysia, keadaan ini bagaimanapun tidak dapat dielakkan," katanya kepada Sin Chew Daily.

Menurutnya, banyak pengilang sedang berfikir cara untuk mengurangkan kos operasi dan jalan penyelesaian terakhir ialah berpindah.

"Pengilang bagaimanapun akan mempertimbangkan suasana baik yang ditawarkan oleh Malaysia.

"Jika berpindah ke negara Asia Tenggara lain, negara berkenaan mungkin gagal menyediakan suasana dan kemudahan yang setanding Malaysia," katanya.

Menurutnya, kerajaan sepatutnya memberi tempoh lebih panjang kepada pengilang untuk menyesuaikan diri sebelum melaksanakan kenaikan tarif elektrik.

Tambahnya, terdapat 700 pengilang Jepun melabur di negara ini ~
MalaysiaGazette Tidak terkesankan pengguna yang bil elektriknya di bawah RM70 jika para pelabur berpindah keluar dari Malaysia sedangkan ramai mereka yang bekerja dengan industri-industri yang dibangunkan oleh para pelabur itu?

Sumber

Wednesday, 10 October 2012

ALKISAH !!! TEMUDUGA TNB...



Bagi sesiapa yang nak ke temuduga ada niat hendak menipu masa temuduga tu, ingat- ingatlah cerita ni. Kisah benar ni tau bukan rekaan!!!


Beberapa hari yang lepas, satu temuduga kenaikan pangkat telah dibuat oleh salah sebuah anak syarikak TNB. Biasalah kan kalau nak naik pangkat mestilah duduk ujian bertulis dan lepas tu barulah ujian bercakap pulak (temuduga lah tu) test suara lah pulak. Dan dalan ramai-ramai yang terpilih tu ada tiga kawan kita dari Terengganu telah dipilih untuk di temuduga. Kebetulan pulak tiga kawan kita ni adalah peserta ketiga yang pertama. Apa lagi berdebarlah kawan tiga orang nih. Kawan yang nombor satu mula la merungut, (kena baca ikut loghat Terengganu!) .......

"Baru je sapa sini, letih tok hilang lagi, doh bale baru sapa pulok".

Sampuk pulak kawan yang kedue ni.... "mapuh kite kalu lagu ni... aku doh kecuk perut ni".

Dang bersuare la pulok kawang yang ketige ni dengang berlagok macho seraye berkate "Mu nok takut bende gok awang eh... Kalu die tanye, mu jawap je la. Kalu mu tok tahu, mu bahang gi la jawap bende pun.... Janji mu jawap doh. Hok mu due ekor ni takut sangat bak pe.... Bukangnye tukang interbiuw tu nok makang mu. Cer mu tengok aku nih, rilek je. Siap buleh control macho lagi".

Tibe mase yang ditunggu-tunggu, make name kawang kite yang pertame ni pun dipanggil.

Dalam 15 minit kemudian, kawang yang pertame ni pun kuor lah. Ape lagi macang kera kene belacang la kawang nombor due ni dok tanye ape soalan yang di tanye oleh tukang interbiuw tadi.

"Eh awang! menatang bende tukang interbiuw tanye mu tadi???". awang nombor satu tadi pong jawap, "Susoh jugok soalan die, tapi aku tok ingak doh bende yang die tanye tadi, tapi se je yang aku ingak die tanye.... pengerusi TNB yang baru sape name. Aku pung jawaplah Datuk Jamaluddin Jarjis".

Kawang nombor due pulok menyampuk "Ah sudoh! aku tok reti starang nok sebuk name tu. Guane nih awang? Aku rase nok terkecing doh ni. Ah! aku tulih kat tangan je la awang. Kalu die tanye senang le sikit aku nok jawak."

Pastu sapok le pulok kawang nombor tige yang berlagok panda nih, "Bak pe yang mu jadi bodo sangak nih. Jangang tulih kat tangang, nanti tukang interbiuw tu napok mu tulih situ. Mu tulih kat getoh spenda mu tu. kalu die tanye, mu selok la sikit spenda mu, mu buat-buat la gatal kat perut. Pah tu mu kerling la sikit name pengerusi TNB tu".

Ape lagi... kawang nombor due ni pong suke la dengor idea bernas kawang die tu. Tapi die tok tahu yang kawang die nombor tige tu pong panik gok, sebab die pong tok tahu nak sebut macang mane.

Name kawan nombor due pun dipanggil... . Dalang 20 minit kawang nombor due tok kuor2 lagi. Kawang yang nombor tige panik doh nape kawang die tu tok kuor2 lagi. 5 minit pah tu, kuor la kawang nombor due ni dengang muke tersenyum. Kawang nombor tige pong tanye la, amende soalang yang kuor, jawap la kawan no due ni, "Susoh gok soalang die tapi soalang pengerusi TNB tu aku buleh jawap... aku sempak selok spenda aku. Tukang interbiuw tok nampok aku selok tadi".

Kawang nombor tige ni pong panik la. "Ah sudoh awang! aku pong sebenor nye tok tahu jugok nok sebuk name pengerusi TNB tu".

Jawap lah kawang no due tadi. " Mu tulih pade getoh spenda mu tu macang aku buat nih"

Kawan no tige pulok jawap," Aku nok tulih macam mane aku tok pakai spenda"

Ape lagi kelang kabut le kawang kite. Tibe-tibe kawang no satu yang dari tadi berdiam diri tadi bagi idea..... "Ape bende yang susoh sangat ni awang, mu beri je spenda mu kat die kejap."

Ape lagi bergegas la kawang2 ni pegi toilet untuk berpindoh suor dalang. Tok lame lepah tu name kawang no tige ni pong dipanggil. Dengang semangak berkobor-kobor dan rase confident yang amat sangat kawang kite ni masuk dalam bilik interbiuw tu. Tok sapa 10 minit kawan nombor 3 ni kuor sambil tergaru-garu kepale dengang muke kepelikkang. Kawang2 die yang dok luor ni tanye la kenape kuor awal sangat?

Kata kawang nombor tige, mase ahli panel tanye name pengerusi TNB tu, die jawap je la. Tapi, tok pasa-pasa semue ahli panel suke sampai kang ade yang mengalir-alir air mate tok tahang sangat. Pastu kawang2 ni tanye la, mase ahli panel ni tanye name pengerusi TNB tu, ape mu jawap. Dengang confident die bagitahu dengan kuat dan lantang..... ......... ... "Datuk Calvin Klien".

Rupe-rupenye mase kawang ni berpindoh seluor dalang tadi, kawang yang sorang ni dah terpakai terbalik rupenye yang belakang ke depang, yang depang ke belakang. Name pengerusi TNB kat belakang, name jename spenda tu pulak kat depan. Tergelok besorlah kawang2 yang due orang lagi tu.....Gitulah cerite nye.... !!! 

Sumber : myemail

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive