Showing posts with label Khir Toyo. Show all posts
Showing posts with label Khir Toyo. Show all posts

Tuesday, 10 December 2013

Khir Toyo Mohon Maaf - Kes Saman Fitnah Teresa Selesai

KUALA LUMPUR - Kes saman fitnah RM30 juta yang difailkan anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo selesai selepas Dr Mohamad Khir mengemukakan permohonan maaf secara terbuka di Mahkamah Tinggi di sini.

Hakim Siti Khadijah S.Hassan Badjenid merekodkan penyelesaian itu selepas Dr Mohamad Khir, yang diwakili peguam M.Athimulan, membacakan permohonan maaf itu. Dr Mohamad Khir ketika membacakan permohonan maaf itu berkata:

"Saya, Mohamad Khir, defendan pertama dalam kes saman ini, tanpa pengakuan liabiti, memohon maaf kepada Teresa kerana menyiarkan penerbitan dalam blog saya www.drkhir.com pada 9 Julai 2008 seperti yang dinyatakan dalam pernyataan tuntutan. Saya kesal menyiarkan artikel itu dan bersetuju untuk membayar kos".

Terdahulu, peguam S.N. Nair, yang mewakili Kok memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya itu bersetuju untuk tidak meneruskan samannya terhadap Dr Mohamad Khir.

Mahkamah juga membenarkan saman itu tidak diteruskan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula saman baharu. Pada 23 Disember 2008, Kok memfailkan saman terhadap Dr Mohamad Khir dan Utusan Melayu (M) Berhad berhubung isu laungan azan di Masjid Kinrara di sini, yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 8 September 2008.

Dalam pernyataan tuntutannya, Kok mendakwa pada 26 Jun 2008, Dr Mohamad Khir telah memetik sebuah blog dan membuat tuduhan salah terhadapnya manakala Utusan Melayu telah menerbitkan kata-kata Dr Mohamad Khir berhubung perkara itu dalam akhbarnya yang bertajuk

"Ada usaha larang azan di masjid Selangor". Kok mendakwa tuduhan kedua-dua defendan adalah tidak berasas, berniat jahat dan membawa maksud bahawa plaintif bersifat perkauman, seorang ahli politik yang anti-Islam dan tidak bertoleransi.

Bagaimanapun, kes saman terhadap Utusan Melayu selesai apabila Kok menarik balik saman itu pada 27 November lepas. - Bernama

Tuesday, 20 August 2013

Khir Toyo Hentam Noh Omar???

Bekas MB Selangor dah mula menjadi penasihat sekarang, maklumlah dah tiada jawatan, masa rehat makin panjang dan kali ini mulalah pandai nasihat orang lain. Beliau berkata pemimpin Umno Selangor tak perlulah ghairah bertanding pemilihan Umno di peringkat pusat, utamakan kekuatan Umno Selangor.

“Apa tujuan mereka bertanding? ”“Apa keutamaan mereka, negeri Selangor atau Umno pusat ?” tanya Khir Toyo dihubungi FreeMalaysiaToday. Kata Khir Toyo lagi, peliknya ketika ramai Menteri Besar tidak mahu bertanding, ada pemimpin Umno Selangor yang ingin berbuat demikian.

“Menteri Besar Johor (Datuk Seri Mohamad Khalid Norden), Menteri Besar Pahang (Datuk Seri Adnan Yaakob) tidak mahu bertanding kerana hendak menguatkan parti di negeri masing-masing. Tetapi pemimpin dari negeri yang kalah pula mahu bertanding,” tambah beliau.

Difahamkan dua pemimpin Umno Selangor akan bertanding jawatan Majlis Tertinggi seperti dimaklumkan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Shukor Idrus. Mereka yang akan bertanding ialah bekas menteri kabinet yang juga Pengerusi Umno negeri, Datuk Seri Noh Omar dan bekas Setiausaha BN Selangor, Datuk Satim Diman. - Sumber

PT
Bapak Khir Toyo tak payahlah berkokok lagi dalam UMNO, kamu tu sudah jadi ahli yang terpalit dengan kesalahan...dok diam-diam sudahlah sedara Khir. Kamu tegyr atau bagi pandangan sekalipun orang UMNO takkan pandang dah. Cukup-cukuplah tu....sedar diri sikit....

Thursday, 17 May 2012

PERANG !!! S.MANIKAVASAGAM VS KHIR TOYO


S.Manikavasagam - Khir Toyo tawar RM10 juta
Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam menafikan bahawa beliau pernah meminta RM10 juta daripada bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo pada 2008 untuk keluar PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas, seperti dakwaan sebuah blog, semalam.

Sebaliknya, Manikavasagam mendakwa, beliau yang sebenarnya dipelawa oleh bekas Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) itu secara gurauan di sebuah hotel, di sini, hujung 2008.

“Memang saya akui ada bertemu dengannya (Dr Khir), tetapi secara kebetulan. Ketika itu, saya mempunyai urusan di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di bangunan bersebelahan hotel berkenaan. Saya kebetulan berjumpa dengan Dr Khir ketika minum kopi bersama rakan di situ.

“Beliau tawar saya (wang) untuk keluar parti, tetapi secara bergurau sebab masa itu isu (penyelewengan) pasir sedang hangat diperkatakan. Bukan saya yang minta. Ramai yang ingat saya akan keluar PKR masa itu,” katanya kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas dakwaan sebuah blog yang mendakwanya memerlukan RM10 juta untuk keluar PKR..

Manikavasagam mengingatkan pihak terlibat supaya tidak membuang masa ‘membelinya’ kerana beliau akan terus setia bersama PKR.

Dr Khir - MP Kapar pernah minta RM10 juta 



SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo mendakwa Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam pernah meminta sejumlah wang - RM10 juta seperti yang didakwa sebuah blog untuk keluar PKR.

“Memang ada (Manikavasagam jumpa saya minta wang untuk keluar PKR). Dia bersama dengan tiga rakannya ketika itu. Dia minta wang, tetapi saya cakap saya tidak boleh beri kalau dia hendak keluar PKR.

“Saya beritahunya, BN (Barisan Nasional) tidak amalkan cara begitu. Dia hanya akan dapat peruntukan khas kawasan sama dengan Ahli Parlimen
BN jika dia bebas,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang.

Dr Khir turut mendakwa, beliau pernah berjumpa dengan Manikavasagam sebelum pertemuan itu, namun tiada rundingan.

Semalam, blog http://sel13.com/ menyiarkan artikel mendakwa Manikavasagam bertemu Dr Khir selepas satu ceramah di Kuala Selangor, hujung 2008, meminta sejumlah wang untuk keluar parti.

Dalam pertemuan itu, Manikavasagam dikatakan turut menceritakan masalah beliau dengan beberapa kepimpinan PKR lain yang didakwa terlibat mengutip duit peniaga di Sungai Buloh.

Manikavasagam menafikan bahawa beliau pernah meminta RM10 juta daripada Dr Khir pada 2008 untuk keluar PKR dan menjadi ahli Parlimen Bebas.

pT 
Mainan politik.Sudah menjadi kebiasaan mempertahankan parti politik masing2, kerana masing2 mengaku mereka di pihak yang benar. Sebaliknya yang menjadi mangsa adalah kita, rakyat biasa. Bukan semua ahli politik boleh di beli dengan wang ringgit, hanya pemimpin yang tiada pegangan prinsip perjuangan yang kukuh saja yang menjual maruah diri. Fikir- fikirkanlah!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive