Showing posts with label DEBAT PTPTN. Show all posts
Showing posts with label DEBAT PTPTN. Show all posts

Wednesday, 23 May 2012

VIDEO DEBAT PTPTN - KHAIRY VS RAFIZI







Walaupun terdapat banyak percanggahan pendapat seperti yang telah dijangka, apa yang menarik dalam debat antara Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin, semalam, adalah persetujuan secara terbuka berhubung dasar pendidikan negara kedua-dua pendebat.

Debat penuh bertenaga anjuran Sinar Harian itu berakhir dengan persetujuan bahawa apa yang perlu dinilai semula adalah kerangka pendidikan tinggi negara secara menyeluruh.

Debat selama sejam setengah yang berjalan dalam keadaan panas tetapi terkawal itu membuktikan kematangan fikiran kedua pendebat muda terbabit serta penonton dalam membincangkan dasar pendidikan negara secara berilmiah. 

Apa pun pendirian Rafizi dan Khairy, namun apa yang dapat dilihat, kedua-dua pendebat yang kadang-kala menyelitkan unsur jenaka dan sinis dalam hujah mereka boleh dianggap sebagai perintis kepada budaya politik baru negara yang lebih segar dan bebas daripada unsur politik kotor.

BIAR BETUL !!!! RAFIZI LEMAH ILMU HISAB????



Sebagai langkah penjimatan kononnya, Rafizi hendak beri RM5,000 setahun sahaja kepada pelajar IPTA. Cukupkah hendak tampung kos sara diri?. Sila lihat statistik di atas. Cukupkah RM5,000 untuk tampung kos sara diri?

YB Khairy memberi contoh Universiti Sains Malaysia (USM) yang memberi geran RM746 juta pada 2011, kemudian sejumlah RM568 juta pada 2012.

Secara puratanya jika mengambil 10 IPTA, maka jumlah peruntukan yang diperlukan adalah RM31 bilion, bukan RM5 bilion seperti yang disebutkan Rafizi. Sekali lagi Rafizi tersilap angka.

Ketiga, Rafizi menyatakan hendak subsidi yuran untuk 1.4 juta pelajar IPTS. Jumlah yang diperlukan untuk subsidi yuran ini melibatkan RM60 bilion ringgit. Mana Rafizi dan pembangkang hendak dapatkan duit? Petronas?

Sekali lagi matematik mudah Rafizi adalah dengan mengatakan boleh berjimat dengan cara jangan membina universiti. Ini masih lagi tidak cukup untuk memberi semua subsidi kepada IPTS.

Akhirnya kalau kita mengadaikan negara ini ke tangan mereka yang lemah matematik, maka negara ini boleh menjadi papa kedana. Tolak pakatan pembangkang, memang wajarlah dibayar RM1 kepada pegawai khas kepada penasihat ekonomi Selangor ini.

Sumber : Angin Perubahan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive