Showing posts with label Bob Kuman. Show all posts
Showing posts with label Bob Kuman. Show all posts

Wednesday, 9 May 2012

TERPANAS !!! DAVID TEO MINTA MAAF TAPI.....


Salam takziah saya buat seluruh keluarga dan sahabat handai arwah Bob Kuman (Husni Bin Mohd. Rawi). Pemergian beliau sememangnya satu kehilangan buat industri hiburan Malaysia.
Saya sendiri terkejut apabila mendengar berita pemergian beliau namun kita sebagai manusia harus redha dengan segala ketentuan Tuhan.
Allahyarham sebelum ini banyak terlibat dalam produksi saya & beliau sangat komited dengan segala kerja yang dilakukannya. Saya juga sangat menghormati beliau sebagai sahabat dan rakan kerja yang sama sama bekerja dalam industri.
Di kesempatan ini, saya dari lubuk hati yang dalam memohon maaf daripada keluarga Allahyarham sekiranya ada kata-kata atau tindakan saya yang menyinggung perasaan mereka. Bukanlah niat saya untuk mencetuskan sebarang kontroversi.
Saya sedar kata-kata saya dalam rancangan Melodi bertarikh 22 April 2012 saya ada menyebut tentang sumbangan yang telah saya beri di Hospital Tawakal pada tahun 2010 yang lalu semasa beliau sakit.
Dalam kenyataan itu, saya ada menyebut “jika Bob Kuman perlukan sumbangan lebih, saya boleh sedekah”. Di sini saya ingin menjelaskan bahawa kenyataan ini dikeluarkan semasa Arwah masih hidup, BUKANNYA setelah beliau meninggal. Penggunaan perkataan “sedekah” yang saya maksudkan adalah “derma atau sumbangan”.
Apa yang saya faham, “sedekah” bukanlah sesuatu yang hina. Selalu kita dengar “senyum adalah satu sedekah” dan “sedekahkan al-Fatihah” jika ada orang meninggal dunia. Saya anggap perkataan ini sesuatu yang suci tetapi mungkin saya tersalah tafsir.
Saya sedar kata-kata saya ini telah menyinggung perasaan keluarga dan sebilangan masyarakat terutamanya peminat dan penyokong Arwah Bob Kuman. Percayalah, demi Tuhan saya langsung tidak terlintas niat di hati untuk menyakitkan hati mana-mana pihak sedangkan beliau telah saya anggap sebagai sahabat baik saya.
Saya sekali lagi memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki di atas kertelanjuran saya. Saya bukanlah insan sempurna yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Pengalaman ini akan saya jadikan pedoman untuk menempuh hari-hari yang mendatang dengan lebih berhati-hati.
Kepada semua rakan-rakan artis dan peminat, sama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham di-sana. Diharapkan permohonan maaf ikhlas ini dapat diterima dengan hati yang ikhlas juga.

Ikhlas,
David Teo - rotikaya.com

pT
Tapi soal kebajikan semasa arwah Bob Kuman berlakon dalam filem JPBC tidak pula si David Teo memberi ulasan.Peliknyer!!!

BIAR BETUL !!! David Teo Melampau???


Pemergian Allahyarham Bob Kuman ternyata masih lagi belum reda meski pun jenazahnya sudah selamat dikebumikan pada minggu lepas.Kisah hidup Bob Kuman menjadi perhatian umum apabila Allahyarham tampil ke depan mendedahkan sikap David Teo dan syarikat produksinya yang beliau dakwa tidak mengendahkan kesihatan dirinya dan menghulurkan bantuan kewangan walaupun Allahyarham jatuh sakit di lokasi pengambaran.

Malah, isu antara mereka berlarutan sehinggalah David Teo membuat kenyataan Bob Kuman sebenarnya hanyalah meraih simpati dan meminta sedekah dengan mengeluarkan cerita sedemikian.Masalah mereka berdua berlarutan hinggalah Bob Kuman menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Terkini,seorang lagi pelakon dan pelawak tanah air,Saiful Apek pula membangkitkan kontroversi terbaru tentang pemergian Allahyarham Bob Kuman.Saiful Apek telah memuat naik status di laman sosial Facebooknya (FB Fanpage) iaitu kenyataan yang menyindir David Teo.

“HA! HA! HA! Sikalang wa balu aman sbab itu olang talak mule mintak sedekah & aniaya wa lagi! HA! HA! HA!”, kenyataan di FB Fanpage Saiful Apek yang didakwa dari David Teo.



Pada mulanya,tidak dapat dipastikan sama ada kenyataan yang kononnya dikeluarkan David Teo tentang Allahyarham Bob Kuman itu adalah benar atau tidak.Namun,melihatkan balasan Saiful Apek dengan soalan-soalan yang diajukan oleh peminat-peminatnya di laman Twitter dan Facebooknya mengukuhkan lagi kenyataan itu mungkin dari David Teo yang telah mengutuk diri Allahyarham Bob Kuman.
Kenyataan David Teo itu sedikit sebanyak telah pun mengguriskan hati Saiful Apek di mana kenyataan ‘melampau’ penerbit itu seolah-olah tidak menghormati dan menghargai diri Allahyarham.Semoga,isu tentang Allahyarham Bob Kuman tidak perlu diperbesarkan lagi memandangkan tiada lagi insan seni itu di dunia ini.Biarlah rohnya tenang bersemadi di sisi Illahi dan mendoakan kesejahteraannya di sana.Amin...Alfatihah.

Sumber : mynewshub

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive