Thursday, 31 January 2013

MINYAK KELUAR TANPA DIKOREK DI PASAR SITI KHADIJAH ???

Notis itu berbunyi "peniaga dan penjaja Pasar Siti Khadijah dan kawasan sekitarnya hendaklah mengosongkan kawasan ini di dalam tempoh 60 hari. Arahan ini bagi membolehkan bangunan ini dirobohkan supaya aktiviti mencarigali minyak dapat berjalan lancar. Arahan Yang Dipertua Kota Bharu Bandar Raya Islam " didapati telah dilekatkan di beberapa lokasi di Pasar Siti Khadijah.

Notis itu dipercayai dibuat sebagai mengambil kesempatan di atas pengumuman Husam beberapa hari lalu berhubung penemuan minyak di atas daratan di beberapa buah lokasi di bandar Kota Bharu dan Tumpat.

Sementara itu, pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah mengadakan sidang media pagi ini memberi penjelasan dan menafikan pihaknya mengeluarkan notis tersebut.


PT
Hebat betul penangan Husam Musa dalam menentukan perjalanan dan susun atur Kerajaan Negeri Kelantan sekarang. nampaknya Husam mendahului Nik Aziz dalam segala hal. Biso molek Huse !!! Mung korek molek huse... sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive