Monday, 14 January 2013

DR YUSUF AL-QARADHAWI PADA KITA TENTANG ISU KALIMAH ALLAH !!!


Dalam khutbah Jumaat 22.1.2010 di masjid Umar bin Al-Khattab di ibu kota Doha, Qatar, Dr yusuf Al-Qaradhawi berkata:

“Peristiwa-peristiwa yang berlaku antara Muslim dan Kristian di beberapa buah negara, sebahagian besarnya disebabkan oleh kejahilan dan sikap tidak bertoleransi seorang Muslim.

Hakikatnya umat Islam adalah umat yang bertoleransi. Al-Quran mengajarkan toleransi, kerana Allah Subhanahu Wa Taala yang menjadikan kesemua umat manusia itu adalah sama.

Beliau menambah: “Jika Allah kehendaki untuk mengumpul semua manusia di atas petunjuk-Nya, nescaya Dia akan berbuat demikian tetapi sebagaimana firman Allah Taala: (Dia-lah yang mencipta kamu semua dan dikalangan kamu ada yang kafir dan ada yang beriman), (Sekiranya Tuhan kamu menginginkan, nescaya Dia menjadikan semua manusia sebagai satu umat dan tidak ada perbezaan * kecuali mereka yang dikasihi oleh Tuhan kami …) Justeru, perbezaan manusia menganut agama adalah kehendak dari Allah Taala dan tidak ada yang dapat menentang kehendak Allah dan memaksa semua orang untuk menjadi Muslim”.

Beliau menjelaskan lagi bahawa “perbezaan manusia menganut bermacam-macam agama tidaklah memisahkan kita (umat Islam) dengan orang kafir di dunia ini, tetapi Allah akan memisahkan (di antara Muslim dan Kafir) pada hari kiamat kelak sebagaimana firman Allah Taala : (Sekiranya mereka (orang-orang kafir) membantahi kamu (wahai Muhammad) maka katakanlah Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan * Allah yang akan menghukum

* Allah yang akan menghukum kamu pada hari kiamat berkaitan apa yang kamu perselisihkan (Allah adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu untuk kami, dan setiap pekerjaan kami untuk kami dan perbuatan kamu adalah untuk kamu, tidak ada hujah di antara kami dan kamu dan Allah mengumpulkan kita semua dan hanya kepada-Nya kita akan dikembalikan). “

Dan tentang Malaysia dan peristiwa serangan di beberapa buah gereja, Dr Yusuf Al-Qaradhawi berkata: “Serangan-serangan yang terjadi pada gereja-gereja di Malaysia adalah tidak tepat,” mencela alasan yang menyebabkan berlakunya peristiwa itu iaitu penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang Kristian dalam penterjemahan.

Beliau berkata: “Wahai saudara, Allah merupakan Tuhan semua alam, Tuhan kepada Muslim, Kristian, orang Arab, Parsi… Oleh itu lihatlah ayat pertama Al-Quran selepas Bismillah dan الحمد لله رب العالمين dan lihatlah pada surah terakhir dalam Al-Quran Allah berfirman “Katakanlah (wahai Muhammad) Aku berlindung daripada tuhan sekalian manusia” bukan Tuhan orang Muslim,bukan juga Tuhan orang Arab atau majikan, atau Raja Arab, bukan juga Tuhan yang orang Arab sembah, “ justeru beliau tertanya-tanya: “Mengapa orang-orang Malaysia sejak kebelakangan ini tidak selasa (penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh Kristian) ?!”.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive