Monday, 7 January 2013

KANANG TAK LAYAK MENERIMA PENGHIORMATAN NEGARA - PEMBANGKANG

Tindakan portal pembangkang menafikan pengorbanan mendiang Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau sebagai Pahlawan Negara adalah satu penghinaan terhadap seluruh anggota tentera dan keluarga mereka.

Malah laporan yang mendakwa 'Kanang Bukan Hero Sebenar' dianggap biadab dan buta sejarah.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkefli Mohd Zin berkata adalah sesuatu yang menyedihkan jika ada pihak tidak menyedari pengorbanan mendiang.

Tegasnya, keputusan kerajaan memberi penghormatan tertinggi ke atas Pahlawan Negara itu dibuat kerana sumbangan mendiang yang tidak ternilai sepanjang bertugas mempertahankan negara.

Beliau meminta agar mereka yang bercakap mengenai Kanang membaca kembali sejarah dan sedar bahawa Kanang banyak berkorban, malah peristiwa itu ada tercatat dalam buku sejarah. Adalah menyedihkan apabila ada kelompok tertentu mengambil kesempatan kematian mendiang bagi menafikan sesuatu yang sudah diketahui rakyat.

Kelmari, portal milik pembangkang mempertikaikan tindakan kerajaan memberi penghormatan negara ke atas Kanang yang dikatakan sudah menerima gaji dan elaun ketika menjadi anggota tentera.

Penulis portal Suara Pakatan Rakyat itu juga mendakwa 'Kanang Bukan Hero Sebenar'. Berikutan itu satu laporan dibuat Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera (PBB), Datuk Idris Buang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching yang mendesak siasatan dilakukan ke atas fitnah yang diterbitkan di laman web itu. Sementara itu, Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri, Abdullah Saidol, menyifatkan penulis portal berkenaan yang mendakwa "Kanang bukan hero sebenar' sebagai biadab dan buta sejarah. Artikel itu bukan sahaja ditulis secara membuta tuli tetapi tidak bertanggungjawab dan menyinggung perasaan pelbagai pihak terutama kaum Iban yang juga kaum majoriti di Sarawak.

Penulis terbabit sepatutnya lebih peka dengan sensitiviti rakyat Sarawak dan tidak membuat kenyataan yang menafikan apa yang tercatat dalam sejarah.Beliau yang juga Adun Semop, berkata Kanang bukan saja seorang pahlawan sejati tetapi juga simbolik dan lambang pengorbanan dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Presiden Persatuan Veteran Renjer Sarawak, Lt Kol (B) Robert Rizal Abdullah, menganggap orang yang mengeluarkan kenyataan itu tidak pernah melihat bagaimana perut mendiang Kanang terburai. Beliau hairan bagaimana seorang yang waras boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu. Kanang sendiri pernah mengatakan dia sudah mati dan hidup semula dan terus berjuang.


Pengerusi Kelab Sayangi Perdana Menteri, Mohd Shahar Abdullah pula menyifatkan tindakan portal pembangkang itu adalah penghinaan dan penderhakaan ke atas Yang Dipertuan Agong. Menurutnya, setiap pingat yang diberikan kepada mendiang disampaikan sendiri oleh Yang Dipertuan Agong, mengapa perlu ada pihak yang mempertikaikannya. Ini merupaka satu penghinaan ke atas seluruh rakyat Malaysia. - Sumber

2 comments:

  1. Semuanya allah punya,,,
    Tiada engkau punya~~~

    ReplyDelete
  2. Pandai + bijak hang...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive