Saturday, 26 January 2013

FILEM TAMIL HINA ISLAM ! KENAPA DI SINI BOLEH ???



Ketika Mahkamah Tinggi Madras masih menggantung filem Tamil,Vishwaroopam lakonan Kamal Hassan kerana didakwa menghina komuniti Islam di sana, sedangkan rakyat Malaysia bebas menonton filem itu di sini.

Ekoran itu, sebuah NGO dari komuniti India Muslim akan membuat laporan polis bagi membantah tayangan filem ini. Menurut mereka, selain Madras, filem ini telah di halang untuk tayangan di Singapura, Srilanka dan UAE tetapi di Malaysia kini sedang ditayangkan di seluruh negara. Antaranya di GSC Midvalley, tempat tumpuan anak muda untuk menonton filem.

Filem Tamil ini didakwa mengandungi penghinaan terhadap Islam khasnya komuniti Islam di India.

"Esok (hari ini) kami NGO India Muslim akan membuat laporan polis terhadap penghinaan ini dan untuk menghentikan dengan segera filem ini," kata satu kenyataan.

Mahkamah Tinggi Madras telah menggantung penayangan filem ini sehingga 28 Januari ini. Mahkamah akan menonton sendiri filem itu pada 26 Januari sebelum keputusan dibuat.

PT
Bahagian penapis filem Malayisa kena fikir secara Islam, jangan fikir macam pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak tahu dan tidak sensitif terhadap masalah agama  negara ini dan sanggup bersengkokol dengan Dap tentang isu kalimah Allah. Apakah Mahkamah Tinggi Madras lagi lebih peka dari para ulamak lidah bercabag dalam PR ini?

1 comment:

  1. dalam filem itu seorang terrorist berkata dia berkeliaran selama hampir setahun di tamil nadu,adakah ini dianggap menghina masyarakat islam di sana.Rakyat Malaysia sendiri pernah ditangkap kerana terlibat dengan pengganas,itu bukannya bermaksud seluruh rakyat Malaysia pengganas.Di india ianya hanya gimik politik oleh persatuan islam untuk menarik perhatian.hampir 90% kawan saya beraga islam dan saya boleh beri jaminan 100 % bahawa filem ini hanya anti terrorism dan bukan anti islam,Jangan berfikiran jumud,keluar dari kepompong kejumudan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive