Saturday, 12 January 2013

#KL112 - STADIUM MERDEKA HAMPIR 'ROBOH' DIPENUHI 200000 PESERTA ???




BERIKUT adalah kronologi Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) yang dijadualkan akan berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada petang Sabtu:
3.13 petang: Sasterawan negara, Datuk A. Samad Said tampil membacakan puisi bertajuk 'Di atas Padang Sejarah'.
3.06 petang: Vokalis kumpulan Blues Gang, Ito tampil menyanyikan lagu bertajuk 'Ubah Sekarang'.
2.45 petang: Pengerusi DAP, Karpal Singh; Setiausaha DAP, Lim Guan Eng dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang tiba di stadium.
Peserta KL112 berjalan di Jalan Ampang menuju ke Stadium Merdeka. 
2.38 petang: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Stadium Merdeka.
2.11 petang: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali tiba di Stadium Merdeka.
2.07 petang: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiba di Stadium Merdeka.
Sebahagian peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) sedang berkumpul di KLCC sebelum menuju ke Stadium Merdeka.
2.03 petang: Wakil mahasiswa, Safwan Anang berucap. Katanya, mahasiswa menerusia 'student power' (kuasa mahasiswa) akan terus berjuang agar PTPTN dan AUKU dimansuhkan.
1.51 petang: Ribuan peserta KL112 membanjiri Stadium Merdeka. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memulakan ucapan.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku.
1.24 petang: Azan Zohor berkumandang di Stadium Merdeka. Separuh stadium sudah dipenuhi dengan para peserta KL112.
1.17 petang: Peserta dari Jalan Sultan meneruskan perjalanan ke Stadium Merdeka.
Keadaan peserta himpunan di Jalan Sultan. 
1.14 petang: Fuziah Salleh berucap di hadapan peserta di depan Stadium Bola Keranjang.
Dalam ucapannya, beliau berkata, perhimpunan itu dianjurkan bertujuan untuk menuntut sistem pentadbiran kerajaan yang adil.
Ini termasuk tuntutan agar kerajaan menghentikan projek Lynas, memberi royalti minyak dan memastikan sistem pilihan raya yang bersih dan adil.
Kumpulan peserta dari Amcorp Mall berjalan melalui Lebuhraya Persekutuan Kuala Lumpur menuju ke Stadium Merdeka. 
Beliau turut menggesa agar semua rakyat turun mengundi pada PRU-13 nanti jika menginginkan perubahan.
1.00 petang: Peserta KL112 diminta duduk di jalan berhadapan dengan Stadium Bola Keranjang.
12.52 tengah hari: Kumpulan peserta KL112 mula bergerak ke Stadium Merdeka.
Kumpulan peserta KL112 memenuhi kawasan di hadapan Pasar Seni. 
12.45 tengah hari: Pemimpin pembangkang dan NGO berucap di hadapan peserta KL112 di Jalan Sultan sebelum bergerak ke Stadium Merdeka.
12.20 tengah hari: Hujan renyai-renyai di Jalan Tun Sambathan. Peserta tetap meneruskan perjalanan ke Stadium Merdeka.
12.15 tengah hari: Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw tiba menyertai peserta di Jalan Sultan.
Peserta berkumpul di jalan menyebabkan kesesakan teruk di Jalan Sultan.
Kumpulan penyokong KL112 berjalan di Jalan Ampang menuju ke Stadium Merdeka. 
12.10 tengah hari: Unit Amal PAS menunggi di Little India, Brickfields untuk bergabung dengan kumpulan peserta dari Amcorp Mall sebelum menuju ke Stadium Merdeka. Keadaan trafik sesak.
12.08 tengah hari: Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Teck berucap menggunakan pembesar suara di hadapan peserta yang berkumpul di Jalan Sultan.
12.02 tengah hari: Peserta KL112 yang berkumpul di Jalan Sultan menyanyikan lagu 'Rasa Sayang' beramai-ramai.
11.50 pagi: Jumlah penyokong bertambah dan membanjiri Jalan Sultan menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Adam Adli (kanan) yang merupakan wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyampaikan ucapan di hadapan peserta di Masjid Ar-Rahman dekat Universiti Malaya (UM). 
11.14 pagi: Kumpulan peserta melepasi Dataran Maybank, Bangsar. Polis trafik mengawal lalu lintas.
11.25 pagi: Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh tiba di Jalan Sultan. Menurut beliau, kumpulan penyokong KL112 di Jalan Sultan akan bergerak menuju ke Stadium Merdeka kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
11.00 pagi: Kumpulan peserta KL112 semakin ramai di sepanjang Jalan Bangsar. Mereka bergerak menuju ke Brickfields. Kumpulan mahasiswa turut kelihatan.
Trafik sedikit sesak namun masih terkawal. Kelihatan juga pegawai pemerhati daripada Majlis Peguam ditempatkan.
Sebahagian peserta KL112 yang duduk di jalan berhadapan dengan Stadium Bola Keranjang. 
10.35 pagi: Kumpulan peserta KL112 dari Amcorp Mall bergabung dengan kumpulan peserta yang berkumpul di UM.
10.20 pagi: Kumpulan peserta mula memasuki Lebuhraya Persekutuan Kuala Lumpur. Mereka berjalan di lorong kecemasan. Keadaan trafik lancar.
10.05 pagi: Pasukan Unit Amal PAS mula membuat kawalan di sekitar Jalan Sultan. Jumlah peserta himpunan semakin bertambah.
10.05 pagi: Peserta mula berjalan menuju ke Universiti Malaya (UM) secara berpasangan. Keadaan terkawal.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bersemangat ketika memberi ucapan di hadapan peserta KL112 di Majid Ar-Rahman dekat UM. 
10.00 pagi: Jumlah penyokong KL112 di Jalan Sultan semakin bertambah. Suasana sekitar kawasan bising dengan tiupan "vuvuzela".
9.00 pagi: Peserta perhimpunan berkumpul di Amcorp Mall, Petaling Jaya untuk berarak ke Stadium Merdeka pada pukul 10 pagi.
Peserta terdiri daripada anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan orang awam, antara yang akan berjalan bersama kumpulan ini termasuk Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Peserta dijangka akan berjalan dari sini yang merupakan lokasi pertama dan paling jauh yang akan dilalui oleh peserta perhimpunan untuk sampai ke Stadium Merdeka.
8.45 pagi: Sekumpulan penyokong KL112 dari Johor mula berkumpul di Jalan Sultan berhadapan dengan Kompleks Selangor.
Kumpulan berkenaan memakai kemeja-T kuning dengan tulisan 'Kuasa Rakyat KL112'.
Tapi yang pelik dan anehnya Stadium Merdeka hanya muat kapasiti 25000 orang tetapi kenapa Malaysiakini melaporkan peserta melebihi 100000 orang ?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive