Wednesday, 2 January 2013

USTAD 'HIJAU' NI LAGI HEBAT DARI OSTAZAH 'PENING ???


“Isu amanat sudah berlalu sejak tahun 1981, tiba-tiba isu ini dibangkitkan semula walaupun sudah berlalu lebih 31 tahun,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Menurutnya, semasa isu itu dibangkitkan, ada di kalangan pemimpin Pemuda Umno masih memakai pampers lagi.

“Isu yang sepatutnya sudah selesai jika Debat PAS-Umno tidak dibatalkan pada tahun 1985,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, tujuan isu itu dihidupkan supaya ia menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu kepada PAS.

Harapan Umno, katanya supaya isu kafir mengkafir akan dihidupkan kembali kerana mereka sedar undi Melayu perlu dipungut dengan apa cara sekali pun.

Menurutnya lagi, undi bukan Melayu nampaknya sudah tidak ada harapan, walau pun Datuk Seri Najib memberikan wang sebanyak RM30 juta kepada sekolah Cina.

“Insya Allah isu amanat akan memakan diri Umno. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang meminta televisyen memberi ruang selama satu jam supaya dapat menjawab isu tersebut.

“Beliau juga bersedia untuk bermuzakarah dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) seperti yang diminta oleh Datuk Seri Rais Yatim. Cuma pertemuan tersebut perlu dirakam oleh pihak PAS sama,” katanya.

Beliau berkata, sepatutnya pihak Jakim juga perlu bersifat proaktif memanggil Tun Dr Mahathir yang mengatakan malaikat juga membuat salah.

PT

Semakin dekat dengan PRU13 semakin ramai para ahli nujum yang terdiri dari pak lebai dan ostad serta ostazah segera meramal tentang masa depan parti mereka. Kehebatan mereka ni melebihi Allah barangkali sehinggakan segala-segalanya mereka mengetahui tentang untung nasib dan perkara yang akan berlaku dimasa akan datang.

Tak tahulah samada puak-puak berstatus ostad dan ostazah ni betul-betul waras atau sebaliknya.Janganlah kita dibuta mata dan hati dengan puak-puak ni. Fikir-fikir dan renung-renungkanlah !!!

2 comments:

  1. salam..mohon pautkan blog saya dalam blog tuan..untuk makluman, blog tuan telah saya pautkan dalam blog saya terima kasih.. http://sangkakalajari9.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasallam. blog tuan dah dipaut diblog saya...salam perjuangan.tq

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive