Thursday, 17 January 2013

PATRICK TEOH MOHON MAAF...

KUALA LUMPUR : Pelakon, Patrick Teoh, 65,meminta maaf berhubung kenyataannya menerusi laman sosial, Facebook pada Isnin lalu yang disifatkan telah menghina agama Islam.

Patrick berkata, dia sama sekali tidak berniat mempersendakan Islam dan kontroversi yang tercetus itu menjadi pengajaran berguna untuknya.

“Kepada semua umat Islam, saya dengan ikhlas hati memohon maaf tentang apa yang saya tulis di Facebook sebelum ini dan kenyataan itu telahpun dipadamkan,” ujarnya menerusi Twitter miliknya semalam.

Isu tersebut tercetus selepas pelakon yang pernah membintangi filem Baik Punya Cilok dan Buli itu mempertikaikan garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Kedah berhubung majlis sambutan Tahun Baru Cina di negeri.-kosmo

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive