Friday, 21 March 2014

MH370 - Australia Yakin Serpihan Dapat Disahkan Dalam Waktu Terdekat!!!!

Kerajaan Australia yakin dapat memberi pengesahan berhubung status serpihan yang dikesan satelit sebaik sahaja pihak tenteranya berjaya menjejak objek yang dimaksudkan. - Gambar Reuters.Australia menjangkakan dapat memberi pengesahan segera berhubung sama ada serpihan dilihat adalah daripada pesawat MH370, kata satu laporan.

Bagaimanapun, usaha pertama pesawat peninjau untuk menjejak objek berkenaan gagal disebabkan cuaca buruk.

Pihak berkuasa akan mengetahui kemungkinan serpihan itu daripada pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) MH370 dalam masa "dua atau tiga hari", Australia Associated Press memetik Menteri Pertahanan David Johnston berkata di Jakarta.

Namun, pesawat Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), Orion P -3C dihantar hari Khamis untuk menyiasat kemungkinan bangkai Boeing 777 gagal mengesan sebarang serpihan, kata Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA).

Pesawat pemerhati P -3C Orion dihantar ke zon carian Lautan Hindi lebih kurang 2,500 kilometer barat daya Perth selepas Australia mendedahkan kehadiran dua objek di laut yang berkemungkinan ada hubungan dengan pesawat MH370.

"Anak-anak kapal P3 RAAF tidak dapat mengesan serpihan. Awan dan hujan mengehadkan penglihatan," kata AMSA pada status Twitter. "Pesawat akan dihantar untuk meneruskan pencarian #MH370."

Tiga buah pesawat lagi – dari Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat – akan memeriksa kawasan di mana imej satelit yang diambil Ahad menunjukkan dua objek, salah satunya bersaiz 24 meter.

Perdana Menteri Australia, Tony Abbott memberitahu parlimen imej mewakili "maklumat baru dan boleh dipercayai " tetapi menegaskan sebarang kaitan dengan pesawat MH370 masih perlu disahkan. Malaysia juga berkata maklumat yang diberi adalah boleh “dipercayai” tetapi menegaskan masih terlalu awal diberitahu.

Ia "memerlukan semalaman untuk kami mengesahkan dan menyokong pernyataan itu", kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein kepada pemberita di Kuala Lumpur, sambil menambah usaha mencari dan menyelamat menyeluruh akan berterusan pada masa yang sama.

Pada masa ini, terdapat 18 kapal, 29 pesawat dan enam helikopter dikerahkan dalam pencarian bersama-sama ke dua koridor yang meliputi selatan Lautan Hindi ke Asia Tengah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive