SABTU, 1 MAC 2014 - BR1M 4.0 2015 Naik Lagi (Tambahan BR1M Khas GST RM300) : Gelombang GST 2015 (SEPERTI DI SINI) untuk dirasai bahangnya oleh rakyat Malaysia sudah tidak lama sahaja lagi.
Bersedia atau tidak, kalangan ahli perniagaan, usahawan, rakyat Malaysia perlu menghadapinya. Pejam celik pejam celik, akan menginjak April 2015.
Dan bagi mengurangkan sedikit sebanyak beban yang bakal dihadapi rakyat Malaysia kelak kerajaan Malaysia bersetuju untuk memperkenalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) khas.
Butirannya?
BR1M 4.0 2015 :
BUTIRAN BR1M KHAS GST 2015? Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) khas GST 2015 membolehkan bayaran BR1M 4.0 2015 RM300 yang merupakan tambahan kepada jumlah sedia ada bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah berikutan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015.
Ini bermakna jika anda sekarang telah menerima RM650 (bagi kelayakan isi rumah RM3000 dan ke bawah), anda bakal layak menerima RM650 +RM300 (bayaran khas GST 2015)
Begitu jika anda terima bayaran BR1M 3.0 2014 dengan jumlah RM450 (bagi isi rumah RM3000-RM4000) dan RM300 (bujang berpendapatan RM2000 dan ke bawah), bermula tahun dapat dijangka anda akan menerima bantuan bayaran khas GST 2015 sebanyak RM300 menjadikan BR1M 4.0 2015 anda menjadi RM750 & RM600.
Jelas?
Apa pandangan dan respon balas dengan pengumuman terbaru Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mengenai BR1M 4.0 2015 naik lagi menjadi RM950,RM750 & RM600 dengan adanya bantuan bayaran BR1M khas GST 2015 kelak?
apanya Br1m 3 pun tak dapat lagi ni.kata nak masuk akaun hari 22 lepas. ni dah 1 march.jangan dok gebang sangat la maslan.
ReplyDeleteHahahaha. .takkan tak tahu...kerajaan BN kan suka tipu..
ReplyDelete