Teori 'Berakhir di lautan' bukan dari kami Syarikat satelit yang berpangkalan di Britain, Inmarsat, berkata pihaknya tidak terbabit dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi".
Pada malam 24 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi" dengan memetik analisis data satelit Inmarsat.
Bagaimanapun, pengumuman telah membangkitkan kemarahan di kalangan keluarga penumpang China, yang enggan menerima kesimpulan itu sehinggalah pesawat tersebut ditemui.
Jurucakap Inmarsat Jonathan Sinnatt berkata Inmarsat hanya menyediakan maklumat dan terpulang kepada kerajaan Malaysia untuk membuat kesimpulan sendiri, laporan China Daily.
"Kami menyediakan maklumat kita kepada rakyat Malaysia, dan mereka menggabungkannya dengan maklumat yang lain yang mereka ada, yang kita tidak tahu tentangnya, dan kemudian mereka membuat kesimpulan daripadanya dan membuat pengumuman mereka sendiri.
"Kami tidak terbabit dengan apa yang Malaysia umumkan, itu terpulang kepada mereka, kerana mereka melihat gambaran penuh. Kami hanya menyumbang satu set maklumat," jurucakap itu dilaporkan berkata.
Sementara itu, Reuters melaporkan Xinhua hari ini berkata sebuah pesawat China telah mengesan tiga objek yang mencurigakan di kawasan carian baru di Lautan Hindi. Barang-barang itu masing-masing berwarna putih, merah dan oren, kata Xinhua.
Manakala Astro Awani pula memetik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata hari ini bahawa protokol keselamatan baru di pintu masuk negara, terutamanya KLIA, sedang dikaji dan diperbaiki jika perlu. Imigresen akan memasang APSS atau sistem pemeriksaan penumpang yang akan dilaksanakan pertengahan bulan Jun.
Bagaimanapun beliau enggan menjawab ketika ditanya mengenai protokol ruang udara, sambil berkata ia terletak di bawah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Kementerian Pengangkutan.
Mengenai pelanggaran keselamatan ruang udara kita seperti yang berlaku terhadap lencongan penerbangan MH370, Zahid berkata ia adalah satu perkara yang melibatkan Kementerian Pertahanan.
Katanya, ketika beliau menjadi menteri pertahanan, Tentera Udara diberi tanggungjawab untuk memintas apa-apa unsur asing, tetapi bukan pesawat komersial, kerana radar primary dapat mengenal pasti antara sebuah jet pejuang, pesawat tentera dan pesawat komersil. -mk
Kenyataan Syarikat Inmarsat di atas yang pihaknya tidak terbabit dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi", memberi implikasi bahawa pesawat MH370 TIDAK SEMESTINYA berakhir di Lautan Hindi, bertentangan dengan kesimpulan yang dibuat oleh PM Najib sebelum ini.
Akhirnya malam tadi PM Najib menyatakan pesawat MH370 "hilang" di Lautan Hindi. Bererti "terhempas". PM menyatakan di Lautan Hindi, berdasarkan bukti-bukti yang sedia ada, apa buktinya?
Sedangkan Duta Besar Perancis Martine Dorance baru saja membuat kenyataan tiada bukti jelas imej satelit yang dikesan pihak berkuasa negara itu baru-baru ini adalah serpihan pesawat MH370.
Kini timbul pula kenyataan baru pesawat di tengah Lautan Hindi. Itu semacam tanda tak mahu kasi orang cari MH370. Takut jika kotak hitam ditemui kerana ia akan mendedahkan banyak perkara(?)
Sehingga ke hari ini, TIDAK ADA apa-apa yang ditemui di Lautan Hindi KECUALI bertaus-ratus imej yang dikhuatiri berupa "sampah-sarap" yang belum satu pun terbukti ia adalah serpihan dari pesawat berkenaan.
Sekarang dimana sebenarnya MH370 jika Inmarsat sendiri hari ini menafikan bahawa mereka berkesimpulan MH370 di Lauatan Hindi?
Sekalipun ada spekulasi menyatakan pesawat berkenaan ada di Diego Garcia, di Andaman, di Mexico, dan lain-lain tempat,
Kita tetap berpegang kepada prinsip "jika sesat dihujung jalan baliklah ke pangkal jalan". Ertinya di dalam keadaan bercelaru di dalam menentukan dimana sebenarnya kedudukan MH370 hari ini, adalah perlu untuk memulakan pencarian di tempat dimana ia terputus hubungan dengan satelit iaitu di Laut Cina Selatan. Itu pangkalnya.
Carilah sampai ke dasar lautnya. Mengapa terlalu cepat SAR memberhentikan operasinya di Laut Cina Selatan? Mungkin telahan (bahawa MH370 terhempas di Laut Cina Selatan) salah, tetapi proses pengesanan MH370 MESTI bermula dari situ kerana di situ tempat ia mula-mula "hilang".
Jika tidak peluang untuk mengesan pesawat berkenaan semakin tipis. Seperti yang utarakan sebelum ini berlaku jujurlah terhadap pencarian pesawat MH370.
Kasihanilah keluarga mangsa yang telah menunggu lama... Marilah kita sama-sama terus berdoa kepada Tuhan agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan. Hanya DIA yang Maha Tahu dan Maha Berkuasa ke atas segala-galanya.
Sumber
No comments:
Post a Comment