Thursday, 14 March 2013

Terkini !!! Tian Chuak Si Mulut Busuk Didakwa Kes Sandiwara Lahad Datu #PrayForSabah


Kata-kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada hari Selasa ' mana boleh lepas ' Tian Chua nyata bukan cakap kosong.


Pagi tadi Naib Presiden PKR yang membuat kenyataan celupar dakwa insiden Lahad Datu sandiwara UMNO akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dibawah Akta Hasutan.

Ahli Parlimen Batu itu tiba di komplek Mahkamah Jalan Duta jam 9 pagi diteman peguamnya.

Dia kemudian masuk ke kamar mahkamah sesyen pada jam 10 40 pagi.

Lebih 300 laporan polis dibuat seluruh negara terhadapnya oleh rakyat pelbagai lapisan kaum yang marah sangat pada gelagatnya.

Tian Chua dijangka akan diwakili oleh peguam N Surendran yang juga Naib Presiden PKR. Seterusnya baca SINI


Akibat dari kenyataan yang menuduh peristiwa berdarah di Lahad Datu Sabah sebagai sandiwara, Naib Presiden Keadilan Tian Chua akan didakwa dibawah Akta Hasutan.

Kes Tian Chua dilaporkan akan dihadapkan ke Mahkamah Jalan Duta pada pukul 9 pagi esok. Ini disahkan sendiri oleh Timbalan Ketua Penerangan AMK Malaysia, Rozan Azen Mat Rasip didalam laman Twitter beliau sebentar tadi.

Rozan juga menyeru seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan supaya hadir beramai-ramai bagi menyatakan sokongan kepada Tian Chua demi menegakkan kebenaran.



Naib Presiden Keadilan tersebut sebelum ini dengan pantas mendakwa insiden pencerobohan di Lahad Datu Sabah merupakan sandiwara Umno walaupun pada ketika itu ia telah mengorbankan 2 nyawa anggota Komando Vat69.

Tian Chua juga dilaporkan sebagai berkata bahawa semua peristiwa di Lahad Datu hanyalah semata-mata strategi Najib Razak untuk menangguhkan Pilihanraya Umum ke 13.

Sehingga kini, beratus-ratus laporan Polis telah dibuat keatas pemimpin PKR tersebut dan kemarahan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat semakin menebal dengan tindakan biadap beliau.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive