Thursday, 14 March 2013

#LahadDatu : Video Potong Tangan Bukan Anggota Keselamatan #PrayFor Sabah

Polis berkata video yang tersebar secara di media sosial dan Youtube bagaimana seorang lelaki diseksa bukan anggota keselamatan Malaysia. Video tersebut menunjukkan seorang lelaki dipotong tangan dan kemudian kepalanya dipenggal.


Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sangkal kesahihan video tersebut dan bertegas ia bukan anggota keselamatan Malaysia.

“Daripada penelitian kami mendapati video berkenaan sebenarnya melibatkan seorang lelaki dari negara asing. Insiden itu berlaku di luar negara. Lelaki dalam video itu memang pasti bukan anggota keselamatan pasukan kami. Tambahan pula, lelaki dalam video itu tidak memakai pakaian seragam anggota keselamatan Malaysia,” katanya kepada mStar.

Beliau juga berkata polis akan mengambil tindakan terhadap mereka yang menyebarkan video tersebut kerana ia boleh melemahkan anggota pasukan keselamatan Malaysia.

Maksudnya insiden penggal kepala anggota keselamatan Malaysia sememangnya wujud seperti mana yang disebut Zahid Hamidi di atas cuma video tersebut kesahihannya disangkal. - Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive