Friday, 22 March 2013

Azzimudie Mungkin Mati Dibunuh MNLF??? #PrayForSabah

Semalam pasukan keselamatan negara kita menafikan laporan kami tentang kematian Pengganas Azumudie. Kami tidak ingin mengulas kenyataan pihak keselamatan, namun kami akan terus memberikan sumber kami sendiri.

Pada 9 Mac 2013
Pasukan Keselamatan kita yang terdiri daripada pasukan VAT69, komando Angkatan Tentera Malaysia dan pasukan perisai tempur telah memasuki kawasan Kg. Tandou dan Kg. Tg. Batu dalam operasi 'searching' dan 'moping'.

10 Mac 2013
Pertempuran berlaku di antara pasukan keselamatan kita dengan kira-kira 60 anggota pengawal peribadi Pengganas Azumuie. Terdapat kira-kira 4 dan 6 orang askar dari pasukan MNLF yang dipimpin oleh Nur Misuari. Nur Misuari hanya menghantar anggota terlatihnya untuk menjaga keselamatan Pengganas Azumuie.

Di samping itu, terdapat kira-kira 6 pengganas wanita, pada awalnya terdapat 10 orang wanita, tetapi 4 daripadanya telah terbunuh lebih awal.

Dalam pertempuran malam hari tersebut, pasukan MNLF telah mengkhianati Pengganas Azumuie apabila melarikan diri ke kawasan paya dan pantai. Mereka membawa pengganas-pengganas wanita dan rakan-rakan mereka yang cedera. Dengan bot berenjin dua (menggunakan enjin lori yang diubahsuai), mereka meluncur lari menuju ke kampung mereka di selatan Filipina.

11 Mac 2013
Pasukan Tentera Filipina mengesahkan mereka berjaya memintas bot tersebut dan menahan kira-kira 38 Pengganas Kiram tersebut. Tiada Pengganas Azumuide ditemui dalam Bot itu. Tentera-tentera MNLF menyatakan Pengganas Azumuide sudah mati ditembak? Siapa Tembak Pengganas Azumuie?

Sebelum ini, kami dimaklumkan pengawal elitnya, namun boleh jadi tentera MNLF yang dihantar Nur Misuari yang membunuhnya! Bukti di bawah...

JUMLAH SENJATA
Perkara yang tidak dinyatakan oleh pihak pasukan Tentera Filipina yang menahan 38 Pengganas Kiram ialah jumlah senjata yang mereka bawa bersama-sama semasa mereka melarikan diri.

Telah kami sebutkan sebelum ini, Pengganas Azumudie dikawal ketat oleh kira-kira 60 pengawal elitnya. Dalam bot laju itu, 38 Pengganas Kiram itu turut membawa kira-kira 60 senjata M16, senapang patah, pistol, senjata tradisional seperti pisau dan parang.

Jumlah-jumlah senjata tersebut menunjukkan askar-askar MNLF yang melarikan diri itu, dan pengganas-pengganas yang cedera dalam bot tersebut telah meninggalkan Pengganas Azumudie yang cedera parah bersendirian dengan pengawalnya yang semakin sedikit.

Kematian Pengganas Azumudie terjadi pada malam 10 Mac 2013 ketika dia dalam kecederaan melampau, dia ditembak sama ada pengawal elitnya atau pengawal MNLF. Itu yang berlaku.

Kami tidak ingin bertelagah dengan pasukan keselamatan, namun kami ingin membantu.
Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive