Tuesday, 19 March 2013

Tetap Pertahankan Kedaulatan Dan Hak Di Bumi Malaysia - Rakyat Sabah #PrayForSabah

Rakyat Sabah berazam untuk terus mempertahankan kedaulatan dan hak tanah mereka di bumi Malaysia dari sebarang pencerobohan pihak dan kuasa asing dari negara luar termasuklah sebarang tuntutan sejarah kesultanan Sulu yang tidak lagi relevan kepada kedudukan geografi hari ini.

Malahan juga pungutan suara oleh Suruhanjaya Cobbold 1962 dengan jelas menunjukkan rakyat Sabah mahu berada di dalam Malaysia dan tidak lagi terikat kepada mana-mana sejarah kesultanan lama.

Perkara ini disuarakan oleh Persatuan Kebajikan Pekerja Anak-anak Sabah yang diketuai oleh Presidennya, Zulkarnain Mahdar ketika menghantar satu memorandum bantahan kepada Filipina atas tindakan Jamalul Kiram III yang membuat kekacauan ke atas kedaulatan Malaysia.

Zulkarnain yang menghantar memorandum tersebut sebagai mewakili 112 gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Sabah dan Sarawak turut menggesa keluarga Kiram bertindak bijak berundur daripada wilayah Malaysia.

Walaupun memorandum itu khususnya untuk diserahkan kepada Jamalul, Zulkarnain turut memberi peringatan kepada individu-individu yang menuduh insiden tembak-menembak di Lahad Datu adalah sandiwara..

Peringatan yang ingin diberikan itu adalah untuk Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan beberapa pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang tidak segan menuduh insiden yang meragut sejumlah nyawa anggota keselamatan negara adalah sandiwara dan konspirasi UMNO.

“Tian Chua dan pemimpin pembangkang lain harus bertaubat dan mesti memohon maaf kepada rakyat kerana telah mengeluarkan kenyataan tersebut yang ternyata mengguris hati rakyat Malaysia. Kenyataan tidak bertanggungjawab pemimpin politik seperti Tian Chua bukan sahaja bersifat kurang ajar malah turut merobek hati keluarga mangsa yang terkorban sewaktu bertempur dengan pengganas,” kata Zulkarnain.


Naib Presiden PKR sebelum dilaporkan mendakwa kejadian di Lahad Datu merupakan sandiwara UMNO dan anggota keselamatan yang terkorban sebagai mati katak.

“Penyerahan memorandum juga adalah satu mesej kepada mereka yang mendakwa krisis di Lahad Datu adalah satu sandiwara termasuklah Tian Chua. Saya cabar, sekiranya dia masih ada kejantanan, ikut kami ke Lahad Datu, tengok keadaan di sana yang sebenar. Tian Chua duduk sini (Semenanjung) apa yang tahu. Tian Chua dan pemimpin mereka harus bertaubat! Minta maaf kepada rakyat dan juga kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia dalam pertempuran,” tambah Zulkarnain.

Februari lalu sekumpulan anggota pengganas yang lengkap bersenjata dan memakai pakaian tentera telah menceroboh masuk ke Sabah dan menuntut negeri di bawah bayu tersebut dikembalikan kepada Kesultanan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III.

Satu rundingan damai telah diadakan pada 14 Februari bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu, Kampung Tanduo.Pun begitu, rundingan tersebut tidak dipedulikan oleh kumpulan bersenjata tersebut dan tercetusnya pertempuran antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduoa, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera. Manakala, 12 penceroboh bersenjata itu terbunuh.

Zulkarnain juga mendakwa rakyat Sabah terlalu kecewa dengan kenyataan Tian Chua yang sebenarnya cuba mempolitikkan keadaan tersebut meski pun Tian Chua dan kuncu-kuncunya menuduh kerajaan bahawasanya kejadian itu dipolitikkan oleh Barisan Nasional (BN).

“Saya nak katakan di sini, BN bukan parti yang terdesak untuk mencapai kemenangan dalam PRU13. Tapi tak tahulah kalau Anwar Ibrahim macam mana. Jadi, jangan cuba kaitkan masalah politik dengan isu keselamatan yang serius seperti ini. Isu keselamatan adalah satu isu khusus. Jangan politikkan keadaan, kami rakyat Sabah yang terkena dalam keadaan serius ini, bukannya Anwar atau Tian Chua sendiri,” jelas Zulkarnain.
Zulkarnain turut mengkritik laporan media Filipina yang tidak tepat dan berunsur menghasut pembaca negara ini bahawa Malaysia melakukan kekejaman terhadap pengganas sulu. Ada media di sana melaporkan Malaysia telah melakukan keganasan kepada semua ahli kumpulan bersenjata Sulu itu termasuklah warga Filipina yang berada di Sabah.

Justeru, Zulkarnain berkata, sejajar dengan penyerahan memorandum bantahan itu, mereka juga turut menghantar jemputan media Filipina untuk datang ke Malaysia bagi medapatkan maklumat sebenar mengenai insiden itu.

Ini kerana, setakat ini, terlalu banyak cerita yang tidak benar disampaikan kepada rakyat di sana selain dipercayai, terdapat pihak-pihak tertentu yang sengaja memutar-belitkan isu tersebut hingga menjadi isu yang besar.

Zulkarnain akan menyediakan tiket kapal terbang kepada media Filipina sendiri supaya mereka tidak mudah memanipulasikan cerita yang didengar dari pihak yang tidak sepatutnya.

“Saya beranggapan, saya tidak mahu menuduh, masih lagi ada pengkhianat yang cucuk jarum dengan mereka (media Filipina). Maklumat yang mereka terima dari sumber tersebut, ditukar ceritanya dan dimanipulasi hingga berbeza dengan keadaan sebenar di Sabah. Jadi, silalah datang ke Sabah dan tengok sendiri,” kata Zulkarnain.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive