Tuesday, 19 March 2013

Jangan Samakan Kami Dengan Pengganas Sulu #PrayForSabah

LAHAD DATU – Ramai di antara kita masih keliru antara entik Suluk di negara ini dan orang Sulu dari selatan Filipina. Walaupun ada mengatakan mereka dari suku kaum yang sama tetapi budaya dan pemikiran pengganas Sulu yang menceroboh itu jelas berbeza dan bertentangan dengan moral masyarakat Suluk di negeri ini.

Bagi peneroka-peneroka Felda Sahabat di sini yang terdiri dari etnik Suluk, mereka kecewa kerana ramai yang beranggapan mereka juga terlibat dalam mendalangi insiden pencerobohan pengganas militan Sulu itu.

Bagi Datu Datu Ibrahim Datu Abd. Karim, 55, beliau sedih kalau ada yang beranggapan sebegitu hanya kerana ‘darah’ yang mengalir dalam tubuh mereka.

” Ya mungkin keturunan moyang-moyang kita dari selatan Filipina tetapi kami semua lahir di sini, ada kad pengenalan seperti warganegara Malaysia yang lain, kami bersyukur atas nikmat tersebut dan tidak pernah terfikir langsung untuk mengiktiraf sesiapa saja dari sana, malah kami sanggup berjuang demi negara kita yang tercinta.

” Jangan hanya kerana ada orang Sulu dari Filipina membuat angkara, kami hendak dikaitkan sekali, itu tidak adil buat kami.

” Kami gembira kerana kepimpinan tertinggi negara faham situasi tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengerti jadi tidak ada sebab untuk mengaitkan kami dengan apa yang berlaku,” katanya pada Mynewshub.my.

Pendapatnya turut disokong seorang lagi peneroka, Nasib Osup. Menurut Nasib, kesetiaan orang Suluk di Sabah tidak perlu dipertikaikan bahkan ramai pemimpin utama kerajaan negeri dan negara juga dari etnik yang sama.

” Kami perlu bersuara kerana ramai yang tidak faham apa yang sebenarnya berlaku sekarang ini, Tuhan saja yang tahu betapa takutnya kami ketika insiden ini berlaku, pekan jadi sunyi, anak-anak risau ke sekolah, semua rasa nyawa mereka terancam. ”

Mungkin ada satu dua orang yang terlibat, ternyata mereka itu ada agenda sendiri yang hanya mereka saja yang tahu kenapa sanggup sampai jadi sekejam ini, membunuh dan menzalimi pegawai keselamatan kita yang tidak berdosa.

” Kami etnik Suluk tidak boleh menerima apa yang orang Sulu Filipina ini lakukan terhadap mereka dan kami semua secara keseluruhannya,” tegasnya.

Bagi Mumin Abd. Lala, mereka kesal kerana pendatang Sulu itu tidak menghargai tempat di mana mereka datang berteduh dan mencari rezeki. ”

Kita faham hidup di sana susah, mundur…jadi bila mereka datang untuk mencari nafkah maka kita tidak banyak persoal kerana mereka juga perlu wang untuk meneruskan kehidupan.

” Malang sekali kerana ada di antara mereka yang sanggup hendak berperang dengan kita, jadi bila jadi macam ni, bukan kita saja yang susah, pendatang Sulu yang tak tahu apa-apa pun kena menanggung akibatnya,” katanya.

Sumber

3 comments:

  1. aku orang semenanjung. memang betul orang suluk sabah orang malaysia. apa yang aku faham, pada zaman kesultanan sulu, mereka adalah penjajah borneo utara setelah mendapatkanya dari kesultanan brunei. selepas itu. dengan ketamakan kesultanan sulu, borneo utara dilupus hak melalui ceded agreement dengan pembayaran duit perlindungan. sekarang mereka menuntut kembali hak yang telah mereka lupuskan. merekalah yang sebenarnya penjajah yang cuba mengambil hak rakyat pribumi sabah yang telah menetap di sabah sebelum kedatangan kesultanan sulu. hidup sabah untuk sabah bersama malaysia. kami orang semenanjung akan bersama-sama orang sabah mempertahankan bumi sabah dari dijajah kesultanan sulu. pribumi sabah yang menentukan masadepan sabah bersama malaysia.

    ReplyDelete
  2. Sku pernah ke kk tahun lepas..tapi ada beberapa kerat penduduk sabah tidak nenyukai gagasan 1Malaysia. ..mereka kata bukan 1Malaysia ..tapi 1Sabah....kita semenanjung saja yang beria2 mahukan 1Malaysia tapu mereka?

    ReplyDelete
  3. harap yang di atas tu adalah PENGAKUAN IKHLAS dari etnik sulu sabah......tapi bukankah mungkin mereka ada hubungan saudara dengan sebahagiann dari pengganas kejam itu ? jika etnik sulu benar - benar setia kepada Msia, buktikan ! tentang n halau pengganas sulu kejam yang Islam pada nama tapi suka berbunuhan sesama Islam n jenis x fikir cara ke arah kemajuan masyarakatnya tp HANYA TAHU REKRUT PENGGANAS , SUKA AMBIL NYAWA SESAMA INSAN X KIRA MUSLIM AT NON MUSLIM , YANG HOBI PEGANG SENAPANG.. ETC.... TU, SEDARKAN KAUM SULU FILIPINA TU KE ARAH PERDAMAIAN, KEAMANAN, KEMAJUAN EKONOMI, PENDIDIKAN, KESIHATAN DAN LAIN-LAIN KAT PUAK X RETI AMAN SULU FILIPINA TU, SEDARKAN MEREKA , SUPAYA MENJADI MUSLIM YANG SEJATI, MUSLIM YANG BERTAMADUN, BERTAMADUN, BERTAMADUN ! SEDARKAN MEREKA HINDARKAN PEPERANGAN ! JAUHI BERBUNUH - BUNUHAN SESAMA UMAT MANUSIA ! SEDARKAN PUAK PENGGANAS SULU FILIPINA TU SUPAYA MEREKA BELAJAR TERIMA HAKIKAT , REDA BAHAWA SABAH SUDAH MENJADI HAK MALAYSIA SECARA RASMI DAN PERUNDANGAN YANG SAH . SEMUA BUKTI SABAH MILIK MALAYSIA ADA DI MAHKAMAH ANTARABANGSA. ITULAH POINT PENTING N CONTOHI MALAYSIA DALAM MEMBINA NEGARA ISLAM YANG BERDAULAT !. SINGAPURA PERNAH JADI SEBAHAGIAN DARI MALAYSIA SEWAKTU DULU, TETAPI MALAYSIA SUDAH REDA DAN TERIMA HAKIKAT BAHAWA SEKARANG SINGAPURA SUDAH TERPISAH DENGAN MALAYSIA ....APE TERRORIST SULU TIDAK MAMPUKAH MENCONTOHI MALAYSIA DALAM MEMAJU N MEMAKMURKAN NEGARA !!!!!!! RENUNG- RENUNGKAN LAH DENGAN HATI YANG BERSIH N JIWA YANG LAPANG....BERLAPANG DADA DAN REDA.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive