Sunday, 31 March 2013

#LahadDatu [VIDEO] : Datuk Seri Diburu Kaitan Dengan #OpsDaulat

LAHAD DATU: Polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman,dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.

Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat.

"Penama ini amat diperlukan. Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran.

"Penama ini boleh membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini, Ahad.


Sementara itu, Hamza berkata 180 penduduk yang menghuni pusat penempatan telah dibenar pulang ke rumah masing-masing iaitu 101 orang dari Kampung Tanjung Labian dan masing-masing 25 dan 54 orang dari Kampung Tanjung Batu dan Kampung Sungai Merah.

Beliau berkata, tiada pertempuran berlaku sepanjang 24 jam yang lepas dan operasi penggeledahan serta pembersihan masih dijalankan di kawasan Sungai Bilis, Lok Sembuang dan Lok Buani.

Berhubung keselamatan di laut, Hamza berkata selain melakukan penggeledahan dan pembersihan kawasan pertempuran, kawalan di kawasan perairan dilakukan setiap masa membabitkan pasukan polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia.






Sumber

#LahadDatu : Siapa Pemimpin Pembangkang SMS Kepada MNLF Dikesan #TolakPR #Vote4BN


SANGAT MENGEJUTKAN! Rupa-rupanya perancangan "mereka" bukan setakat memberi wang dan menghuru-harakan negara tetapi lebih dari itu.

Kami sungguh terkejut. Penemuan terbaru kami mendapati Individu Pembangkang bukan sahaja menyalurkan sejumlah wang yang besar kepada Militan Kiram, tetapi juga kami mendapat petunjuk baru yang amat-amat 'berat' di mana Individu Pembangkang turut menjanjikan beberapa perkara lain.

Sumber kami menunjukkan kepada kami beberapa sms dalam bahasa Inggeris, di antara Individu Pembangkang dengan pihak Militan Kiram, yang kami percaya dihantar kepada pihak perantara yang kami yakin ialah MNLF.

Daripada sms yang banyak itu, kami dapat bahagikan kepada dua bahagian. SMS dari Individu Pembangkang di Malaysia :

1. Parlimen akan dibubarkan pada hujung bulan Februari. "Kucar-kacir" mesti dibuat pada hari yang sama. Keadaan mesti dihuru-harakan supaya Najib terpaksa mengisytihar "Darurat".

2. Berjanji akan menyalurkan wang. 50% Deposit.

3. Berjanji akan memberikan Pangkat dan Jawatan.

4. Berjanji "kami tidak kenal kamu dan kamu tidak kenal kami".

SMS balas dari pihak MNLF/ Militan Kiram :

1. Beri kami wang dahulu untuk beli minyak, sewa senjata, upah dan makanan.

2. Kami mahu Jawatan dalam Kerajaan jika Individu Pembangkang tersebut berjaya menjadi Presiden! Kami mahu jawatan Ketua Polis Negeri Borneo Utara, District Officer Semporna, Kunak & Lahad Datu.

3. Elaun kepada Sultan Jamalul Kiram III dan waris-waris dibayar setiap bulan.

4. Memberikan "Kewarganegaran" secara percuma kepada semua keluarga mereka yang berada di Sabah secara automatik.

5. Membatalkan Perjanjian dengan MILF.

6. Membenarkan tentera MNLF dan Militan Kiram mendirikan Pos Kawalan di Tunku, Lahad Datu.

Sumber

#PRU13 : Tokoh Agama Serta Pengerusi NGO Tercalon #TukarKelantan #Vote4BN #TolakPR

KOTA BHARU - Barisan Nasional (BN) Kelantan akan menampilkan tokoh ulama serta calon yang mantap untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pemilihan calon sudah di peringkat akhir dan ia akan menampilkan muka lama dan baru.

“Kami mahu setiap calon yang dipilih diterima dan disukai rakyat supaya membawa kemenangan kepada BN di negeri ini,” katanya.

Sebelum itu, beliau meluangkan masa lebih sejam melawat kawasan Karnival Pengajian Tinggi Negara 2013 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV.

Menurutnya, BN akan berusaha sungguh-sungguh dan meletakkan calon terbaik, walaupun sedar bahawa sesiapa pun diletakkan sebagai calon, mungkin ada yang akan mempertikaikannya.

Mustapa berkata, bagi beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mereka yang terpilih adalah barisan terbaik yang dipilih di kalangan tokoh di Kelantan.

Sementara itu, mengulas mengenai pertemuan beliau dengan Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN, di Putrajaya kelmarin, Mustapa berkata, pertemuan seperti itu sudah diadakan sejak enam bulan lepas.

Menurutnya, ia bagi membincangkan perkara berkaitan parti, terutama mengenai senarai calon BN Kelantan.

Ditanya mengapa Najib belum membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU13, Mustapa berkata, beliau percaya Najib mahu hasil transformasi yang dilaksanakan, termasuk dalam bidang ekonomi, dirasai rakyat.

"Ia tiada kaitan dengan apa-apa desakan pembangkang. Ini strategi Najib dalam memastikan rakyat melihat hasil kerja, termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA),” katanya, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Mustapa tidak menolak kemungkinan banyak lagi program peletakan batu asas bagi projek tertentu dilakukan kerajaan Pas Kelantan, dan menyifatkan tindakan seperti itu 'tidak lebih daripada gimik politik' menjelang pilihan raya.-sn

#LahadDatu : Roh Pengganas Berkeliaran Mencari Mangsa Di Kg Tanduo

Ketahanan mental anggota keselamatan yang bertugas di Kampung Tanduo di sini terus diuji apabila mereka dipercayai sering terlihat kelibat tiga lelaki sedang berkeliaran di kawasan tersebut.

Sumber memaklumkan, kelibat tiga lelaki itu dipercayai roh pengganas Sulu yang ditembak mati dalam pertempuran 1 Mac lalu.

Katanya, kelibat lelaki itu hanya dapat dilihat pada waktu Maghrib.

"Perkara ini tidak logik tetapi inilah yang didakwa dialami anggota keselamatan.

"Mereka lihat tiga lelaki berkeliaran dengan seorang daripadanya memakai serban putih," dakwa sumber itu di sini semalam.

Selepas beberapa saat, kelibat tiga lelaki itu akan hilang. "Di kampung tersebut ada tiga lubang kubur yang menempatkan ramai mayat pengganas.

"Kebanyakannya mempunyai tangkal di pinggang yang kononnya bertujuan menjadikan mereka kebal," tambahnya.
Kosmo

Angkara Pengganas Sulu : 49 Rumah Hancur Lebur #LahadDatu

49 rumah penduduk musnah, 61 lagi rosak Sebanyak 26 daripada 140 rumah di Kampung Tanjung Labian disahkan mengalami kerosakan teruk dan tidak lagi boleh diduduki, manakala 16 rumah lagi didapati rosak tetapi masih boleh didiami.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, di Kampung Tanjung Batu pula, sebanyak 23 rumah musnah teruk dan 45 lagi rosak tetapi masih boleh diduduki.

"Pengiraan itu dibuat oleh pasukan penilai yang melawat kedua-dua kampung terbabit bersama lebih 140 ketua keluarga.

"Semua penduduk di Kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,

" katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Mengulas mengenai Ops Daulat, Hamza berkata, ia masih diteruskan sehingga kini kerana operasi itu bukan sahaja tertumpu di Lahad Datu tetapi turut melibatkan dua daerah lain iaitu Semporna dan Sandakan.

Sumber

Bomoh PKR Mengaku Dun Johor Milik Mereka ! #TolakPR #Vote4BN

Dun Johor Jaya milik kami, kata PKR Johor 30 Mac 2013 JOHOR BAHRU - PKR Johor hari ini mengumumkan meletakkan calonnya di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor Jaya, Tangkak dan Pangkalan Rinting serta kerusi Parlimen Segamat.

Selain itu, mereka juga menyasarkan untuk bertanding di sekurang-kurangnya lima lagi kerusi Dun.

"...kita memutuskan kerusi Parlimen Segamat, Dun Johor Jaya dan Dun Tangkak adalah milik PKR.

"Kita juga akan minta lagi lima kerusi Dun sebab Pas bertanding terlalu banyak di Dun iaitu lebih 30 daripada 56 Dun yang mana lebih 50 peratus kerusi Dun yang ada di Johor," kata Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Dr Ahmad Faidhi Saidi pada sidang media, di sini.

Katanya keputusan untuk bertanding di semua kerusi itu dicapai pada mesyuarat MPN 28 Mac lalu yang dihadiri hampir 90 anggota MPN negeri.

Sementara itu, Naib Pengerusi PKR Johor Hasan Karim berkata MPN tidak akan bertolak ansur berhubung kerusi DunJohor Jaya yang sudah 'dikunci' PKR Johor.

"Bagi PKR Johor kita bukan tuntut (Johor Jaya) daripada sesiapa, kita hanya mempertahankan dalam semangat pakatan rakyat di mana penasihat DAP diberi laluan di Gelang patah dan sebagai balasannya Parlimen Segamat," katanya.

Beliau juga mengumumkan Pengarah Biro Guaman PKR negeri Jimmy Puah Wee Tse sebagai calon PKR di kerusi Dun Johor Jaya. Hasan berkata beliau juga sedia bertanggungjawab atas keputusan itu.

Ketua Pembangkang yang juga penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengumumkan kerusi Parlimen Gelang Patah akan ditandingi veteran DAP Lim Kit Siang.

Kerusi parlimen itu menjadi rebutan antara Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng dan rakan sejawatannya daripada DAP Dr Boo Cheng Hau.

Pada masa yang sama kedengaran desas-desus Kit Siang turut 'mengintai' Dun Johor Jaya. Pada pilihan raya umum 2008 kerusi itu ditandingi calon Parti Rakyat Malaysia, namun tewas kepada calon Barisan Nasional. - Bernama

Saturday, 30 March 2013

Bas Pakatan Haram Kena Bakar #TolakPR

Kecoh blog Pakatan Haram sibuk dok canang bas jelajah Merdeka dibakar oleh penyokong2 UMNO... realitinya ia hanya ambar edit dari gambar website Israel.

Sesuai dengan citarasa Anwar menyokong all effort of Israel. Satu lagi kaedah terancang Anwar untuk menagih simpati rakyat, setelah gagal menjawab Isu liwat mahasiswa sebagaimana yang didedahkan oleh Papa Gomo.

Sumber gambar yg diedit di  Timesofisrael.com. Yang peliknya tu bagaimana boleh bersumberkan website Israel?

Pengemar Israel rupanya puak PR  Gambar asal sebelum diedit puak PR yang terdesak menagih simpati rakyat.

Sumber

1010 Suri Rumah Fail Saman RM5.858 Juta Terhadap Khalid G #TolakPR #VOTE4BN

SHAH ALAM – Sebanyak 1,010 suri rumah di Selangor memfailkan saman berjumlah RM5.858 juta terhadap kerajaan Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi menuntut elaun khas yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12.

Tuntutan itu bagi kos RM100 setiap bulan mulai 1 April 2008 sehingga Februari 2013.

Saman difailkan oleh peguam, Kamarudin Ahmad dari Tetuan Kamarudin and Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di sini pukul 9.30 pagi semalam. Plaintif pertama, Norela Abu Bakar, 41, dari Seksyen 7 di sini bersama 1,009 plaintif lagi menamakan kerajaan Selangor sebagai defendan pertama manakala Abdul Khalid sebagai defendan kedua.-kosmo

[VIDEO] Rakaman Hari Kejadian #Memali - Mati Katak Duit Dikebas Pemimpin Pas #TolakPR #Vote4BN




Selepas begitu ramai yang mati sebagai pemberontak; duit tabung Memali pun disonglap. Apa punya parti la perangai macam ni... pura-pura simpati, tapi kebas duit keluarga si mati. Tak percaya? tengok la video kat bawah -




Tabung memali - balu hanya dapat RM20 setahun? Pegi belajar kat Pakistan 
pun kena tipu juga? Sapa tipu? Nampaknya macam Pas tipu...

Haji Hadi Mesti Bertanggungjawab Atas Apa Yang Berlaku.



Lihat gambar di atas dan kenyataan yang dikeluarkan oleh pencacai pakatan haprak. Peristiwa berdarah di Kampung Memali, Baling Kedah pada 19 November 1995 diputarbelitkan fakta oleh puak PAS bahawa pihak Kerajaan ketika itu bertindak kejam pada masyarakat Kampung Memali.

Kanak-kanak dipergunakan dan wanita tidak kira usia diletakkan dibahagian hadapan pertahanan manakala kaum lelaki hanya berselindung disebalik rumah, semak samun dan ada yang hanya duduk di dalam rumah. Dimanakah perginya Islamnya..?? Di zaman nabi dulu, wanita diletakkan di bahagian belakang sebagai pemukul gendang semangat untuk kaum lelaki yang bertarung dihadapan.

Perwatakan mereka juga seperti telah 'DIRASUK HANTU' bertindak seperti tak ada perasaan perikemanusiaan. Inikah ajaran Islam yang sebenar?

Dalam video ini kita dapat lihat dengan jelas Amanat Haji Hadi adalah punca kejadian ini berlaku. Doktrin melampau tentang perjuangan Islam membawa kepada pertumpahan darah.

Ajaran Syiah yang juga menjadi pegangan beberapa orang pemimpin tertinggi PAS juga menjadi antara punca pengikut Ibrahim Libya seperti dirasuk untuk menyertai perjuangan yang tidak pasti kebenarannya.

Saksikan video di bawah PENDEDAHAN SEBENAR (bahagian 2) betapa bahayanya Amanat Hj Hadi yang membawa pertumpahan berdarah yang menghilangkan nyawa mereka yang tidak berdosa ini.

Sekarang ini mereka yang kononnya mati syahid bagaikan mati katak, masakan tidak daripada memperjuangkan negara Islam sekarang ini ditukarnya kepada negara berkebajikan beracuankan Malaysian Malaysia.


Khairulfahmi Matsom Penjilat PR Sanggup Hina Nabi Demi Pertahan Video Raja Goyang #TolakPR #Vote4BN


Penghinaan ke atas Baginda Nabi bukan hanya berlaku dikalangan orang kafir, malah mereka yang mengaku Islam pun tergamak melemparkan kata-kata menghina ke atas junjungan kita SAW.


Kenapa ini semua boleh berlaku? Salah satu sebabnya, penyokong-penyokong pembangkang telah ditanamkan rasa benci yang melampau kepada Umno sejak mereka kecil lagi, sama ada hasil didikkan oleh orang tuanya atau pun yang diajar di tadika yang dimiliki oleh orang Pas. 


Apa sahaja yang kesalahan yang berlaku, dengan pantas tanpa mengkaji terlebih dahulu akan menuding jari..ini kerja Umno. Waima anak mereka kerap kencing malam. Sampai begitu sekali tahap benci yang ditanam ke dalam diri macai pembangkang.

Samalah halnya seperti kenyataan Khairulfahmi. Sampai video seks pun beliau sanggup mengaitkannya dengan Nabi. Apa ke jadahnya mamat ni cakap macam tu. Mulalah penulis nak memaki, tapi jangan salahkan penulis sebab penulis belajar cara memaki dari Nik Aziz yang merelakan hinaan dan makian.


Jangan disebabkan taksub kepada tok guru Nik Aziz, imej dan maruah Nabi sanggup dibelakangkan dan dicemuh. Nik Aziz pun belum tentunya nasibnya di padang masyhar. Janji syurga Nik Aziz hanya sekadar memancing undi saja. Nik Aziz cakap guna otak bukan guna akal, sebab itu kebanyakkan kenyataan dan tindakan beliau sama seperti b*******, yang ada otak tapi tak ada akal fikiran. Baca seterusnya di SINI.

Jika hendak cakap guna ibarat pun janganlah sampai libatkan rasulullah sampai begitu sekali. Parti PAS juga yang buruk buruk nama.

Rasanya berdosa cakap begitu baik kamu istighfar… apa komen pembaca?…

Friday, 29 March 2013

#LahadDatu : Foto - Penduduk Balik Tengok Rumah #HariPolis


Hari ini penduduk kampung yang terjejas akibat pencerobohan di Lahad Datu meninjau rumah mereka yang rata-rata rosak. 11 Foto untuk dikongsi bersama pembaca sekitar lawatan yang dikawal oleh anggota polis dan tentera.

Ketua Kampung Tanjung Batu, Mahmod Mallang, 72, berkata, dia sama sekali tidak menyangka rumahnya yang diduduki sejak 1959 terbakar dan beberapa harta lain turut musnah seperti kereta serta motosikal.

Katanya, ketika pertempuran berlaku di Kampung Tanjung Batu pada 6 Mac lalu itu, dia mempunyai urusan di bandar Lahad Datu.

Katanya, anak lelakinya, Azmain, 35, menghubunginya bagi memaklumkan mengenai pencerobohan di kampung itu dan menasihatkan agar tidak pulang kerana kumpulan pengganas Kiram itu mencarinya.

“Saya mengambil keputusan untuk tinggal di rumah saudara di Fajar Harapan dan hari ini merupakan hari pertama saya bersama lebih 30 wakil keluarga dibawa ke rumah masing-masing untuk melihat sendiri kesan pertempuran,” katanya yang ditemui di sini hari ini.

Dalam lawatan pagi ini, kumpulan penduduk diiringi oleh pasukan keselamatan yang bersenjata lengkap.

Selain wakil keluarga, pihak Pejabat Daerah Lahad Datu dan wakil Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut dibawa bersama bagi menilai kerosakan yang dihadapi penduduk kampung berkenaan.

Mengulas lanjut, Mahmod berkata, dia juga amat terkejut melihat persekitaran perkampungan itu.

Menurutnya, bukan sahaja terdapat beberapa buah rumah hangus terbakar dan tidak boleh diduduki lagi, kesan tembakan boleh dilihat pada keseluruhan rumah di situ.

Tambahnya, kelongsong peluru daripada senjata ringan dan berat masih bertaburan di seluruh kawasan kampung.

Meskipun begitu katanya, hasil perbincangan pihaknya bersama penduduk lain, kebanyakannya masih mahu kembali tinggal di kampung halaman mereka.

Namun begitu katanya, hasrat mereka itu masih bergantung kepada jaminan keselamatan yang akan diberikan oleh pihak berkuasa, malah akan sentiasa mematuhi arahan jika dinasihatkan untuk mencari penempatan baharu.

#PRU13 : Kebebasan Media Auta Pembangkang #tTolakPR #Vote4BN


Senario pada masa kini memperlihatkan banyak maklumat yang disebarkan melalui media komunikasi berlaku dengan agak bebas dan terbuka. Kebebasan dan keterbukaan tersebut kadangkala menjejaskan kredibiliti dan maruah golongan atau individu tertentu yang sepatutnya dipelihara. Atau mungkin pada satu masa akan mengakibatkan berlakunya pendedahan mengenai kelemahan keselamatan negara ini yang amat perlu dipelihara dan dijaga.

Namun masih ramai yang mudah terpengaruh dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang kononnya negara ini telah gagal dalam memberikan peranan yang seluas-luasnya kepada pengamal media.

Malah antara salah satu perkara yang dibangkitkan oleh mereka dalam ‘Manifesto Bukan Janji’ yang dibentangkan baru-baru ini ialah kononnya untuk menghormati kematangan pengamal media bagi menyusun atur industri media supaya bebas dan bertanggungjawab sesama pengamal media tanpa campur tangan kerajaan.

Sedangkan menurut J.C Merrill melalui bukunya ‘Kewartawanan Sejagat, 1977’ mengatakan secara realitinya di seluruh dunia kebebasan media dan komunikasi adalah sesuatu yang terlalu ideal sehinggakan tidak ada sebuah negara pun di dunia ini yang benar-benar mengamalkan kebebasan tersebut.

Namun begitu, Indeks Kebebasan Akhbar (PFI) 2011-2012 yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders mencatatkan Malaysia berada di tangga ke-122 sekali gus memperlihatkan lonjakan berbanding PFI 2010 di mana Malaysia di tangga 144. Dalam PFI terbaru ini Malaysia mendahului negara Asia Tenggara misalnya Singapura di tangga 135, Thailand (137), Filipina (140) dan Indonesia (146).



Mungkin ada bertanya apa maknanya lonjakan Malaysia dalam indeks yang dikeluarkan oleh Reporters Without Borders? Jawapannya indeks ini bukanlah terlalu penting. Tetapi ia boleh memberitahu dunia tentang tahap kebebasan media negara ini. Ia sekaligus menafikan tanggapan bahawa di Malaysia tiada kebebasan media. Itu sahaja.

Sekiranya tidak ada kebebasan media, bagaimana boleh wujud banyak portal berita, blog dan akhbar pembangkang di negara ini? Sebahagian besarnya bukan sahaja mengkritik kerajaan malah menyiarkan laporan palsu. Apakah semua ini masih lagi menafikan wujud kebebasan media?

Harakah sebagai contoh, tidak pernah menyiarkan laporan atau analisis tentang pembangunan rakyat, begitu juga Suara Keadilan, portal Malaysiakini dan Malaysian Insider. Mengikut definisi, Harakah dan Suara Keadilan bukanlah akhbar tetapi buletin yang membawa suara parti. Tetapi berapa orang yang faham definisi ini?

Buktinya banyak membandingkan kononnya Harakah dan Suara Keadilan lebih telus apabila menghentam dasar kerajaan. Apakah makna ketelusan itu mesti menghentam dasar kerajaan? Tetapi apabila akhbar arus perdana mengkritik dasar-dasar pembangkang, itu dikatakan tiada kebebasan media.

Semua ini membuktikan kebebasan media di negara ini cuba diselindungkan. Kebebasan melapor, menyiar dan masyarakat pula ada kebebasan mengakses portal atau membeli akhbar di tempat umum adalah kebebasan media.

Lebih menghairankan di sebalik kata-kata retorik pakatan pembangkang yang kononnya pejuang kebebasan media, di masa yang sama merekalah sebenarnya yang banyak menindas / mengherdik wartawan serta mengenakan pelbagai sekatan terhadap media.

Ironinya pihak mendakwa juara memperjuangkan kebebasan media adalah yang paling banyak menyaman media. Contoh yang paling mudah, cuba kita lakukan sedikit analisa, berhubung siapakah yang paling banyak mengemukakan saman terhadap media selain dari makhluk bernama Anwar Ibrahim?

Betul, mereka memang berhak mengambil tindakan tetapi bukankah ini bertentangan dengan prinsip kebebasan media yang dilaung-laungkan?

Dan siapakah juga yang sering menghalang wartawan dari hadir untuk membuat sebarang liputan? Lihat sahaja di pintu masuk pejabat parti PKR yang secara jelas meletakkan nota, bagi menghalang dan melarang akhbar Utusan Malaysia dan stesyen televisyen TV3 hadir mana-mana program dan sidang akhbar yang diadakan mereka.

Bukankah itu satu bentuk menghalang kebebasan media? Nampak gayanya puak-puak pimpinan makhluk bernama Anwar ini hanya pandai cakap tak serupa bikin! Kalau beginilah caranya, alamat Malaysia akan hancur jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan.

#PRU13 #GE13 : 2/3 Majoriti Milik BN - @NajibRazak Yakin #Vote4BN

Financial Times dan Reuters membawa berita baik untuk rakyat Malaysia iaitu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib, telah menyatakan keyakinannya bahawa Barisan Nasional mampu memenangi majoriti 2/3 di dalam Pilihanraya ini.

Keyakinannya amat bererti bagi kebanyakan golongan peniaga, terutamanya, kerana golongan inilah yang amat gusar dengan kredibiliti dan kebolehan pembangkang dalam menerajui ekonomi.

Hakikat bahawa Anwar Ibrahim juga menyatakan bahawa ini adalah peluang terbaik baginya untuk menang, dilihat sebagai satu kenyataan politik semata-mata daripada seorang yang asyik tertembak kaki sendiri di saat-saat genting ini.

Dengan mengenepikan skandal seksnya, rakyat Malaysia kini memerhatikan Anwar secara ‘dekat’ apabila namanya berkali-kali disebut dalam penyiasatan pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

Sehingga ke hari ini, Anwar gagal menjelaskan kenapa beliau berjumpa dengan pemimpin MNLF beberapa kali dan apa yang dibuat oleh ‘orang-orangnya’ di Filipina beberapa hari sebelum pencerobohan tersebut.

Ia tidak mungkin satu kebetulan untuk Anwar membangkitkan isu Malaysia akan kehilangan Sabah dan membuat bising mengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah tanpa mengikut prosedur, sebelum peristiwa berdarah tersebut tercetus di Sabah.

Tetapi, kesilapan Anwar yang paling besar dalam menangani isu ini ialah beliau cuba menutup mulut media dari mengorek cerita sebenar darinya dengan cara mengugut untuk menyaman jika mereka bertanyakan kenapa beliau tidak menyaman pihak yang pertama sekali mendedahkan pendalangannya iaitu Reuters dan media Filipina?

Beliau mungkin meraih keuntungan politik jika berbuat demikian, tetapi hakikat bahawa beliau tidak melakukannya, menunjukkan yang laporan tersebut pastinya berasas.

Tiada siapa yang waras akan mengundi seorang yang tidak tahu menghargai nyawa manusia. Tiada siapa yang sanggup mengundi seorang yang sanggup menggadaikan sebuah negeri kepada pengganas demi untuk menjadi Perdana Menteri.

Negara jenis apakah yang Perdana Menterinya sendiri seorang pengkhianat? Seperti juga masalah-masalah lain yang menimpa Anwar, tiada siapa yang menganiaya dirinya melainkan dirinya sendiri. Ini adalah masalah biasa bagi seorang yang begitu terdesak, tidak tertahan-tahan, teruja dan tergila-gila untuk berkuasa.

Baca seterusnya di blog Perak Today.

#PRU13 : Putrajaya Sibuk Akhir2 Ini....#Vote4BN


Sejak akhir-akhir ini, pejabat dan juga kediaman rasmi Perdana Menteri sibuk luar biasa.Kereta rasmi Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri, pemimpin-pemimpin parti komponen keluar masuk tak berhenti.

Asal saja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ada di Sri Perdana atau Perdana Putra memang sah-sah mesyuarat demi mesyuarat yang dipercayai berkaitan dengan persiapan menjelang pengumuman bubar Dewan Rakyat.

Najib yang diberikan kuasa oleh Perlembagaan untuk membubarkan Dewan Rakyat bila-bila masa yang beliau suka sebelum tamat tempoh 28 April ini, Rabu turut mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

Difahamkan selepas mesyuarat Kabinet semalam, Najib menemui beberapa menteri besar dalam pertemuan berasingan, termasuklah dengan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Kisah Ali Rustam atau dipanggil 'Tok Ali' dikalangan UMNO agak menarik.Rabu semalam merupakan pertemuan kedua beliau dengan Perdana Menteri dalam minggu ini.Difahamkan pertemuan kedua dibuat tak lama selepas Tok Ali mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri.

Ramai yang tertanya-tanya apakah ini signal Tok Ali hendak ke Pusat? Beliau sendiri sudah membayangkan kesediaannya untuk melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri untuk bertanding Parlimen dalam pilihanraya akan datang.

Hasrat Tok Ali ini semua maklum, cuma kata putus dari Najib saja yang ditunggu-tunggu.

Jika Tok Ali ke Pusat, satu-satunya kerusi Parlimen yang bakal ditandinginya adalah Bukit Katil. Kerusi tersebut kini diwakili bekas setiausaha politiknya, Datuk Mat Sirat, yang sedia maklum memang orang kuat Tok Ali dan tak ada masalah nak bagi laluan bila-bila masapun.

Untuk rekod, PKR menamakan Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai calonnya di Parlimen Bukit Katil.

Semalam, difahamkan, Najib akan menemui sekurang-kurangnya empat lagi Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Yang dalam senarai hari ini, adalah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.

Sementara itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Presiden PPP, Datuk Seri M. Kayveas juga dijadualkan untuk bertemu dengan Perdana Menteri hari ini.

Tugas berat Najib adalah untuk memilih dan memuktamadkan senarai 727 calon BN yang akan bertanding 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi DUN dalam pilihanraya umum ke 13 ini.

Agendadaily difahamkan, senarai calon BN akan diumumkan sehari selepas Parlimen dibubarkan.

Ini bermakna lebih awal dari sebelumnya, kerana mengikut tradisi, calon BN biasanya diumumkan hanya sehari, dua sebelum pernamaan calon. -Sumber

#OpsDaulat :Pengganas Kiram Menyamar Jadi Orang Awam #LahadDatu #HariPolis

Pasukan keselamatan negara akan meningkatkan lagi operasi bagi menghapuskan saki-baki kumpulan pengganas Kiram yang menyamar sebagai orang awam untuk melepaskan diri daripada ditangkap.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain berkata, kumpulan pengganas berkenaan telah berpecah kepada kumpulan kecil dan cuba menyamar sebagai orang awam.

"Ops Daulat masih berterusan dan sebagaimana dalam tempoh empat hari ini, kita dalam usaha untuk membersihkan saki-baki pengganas dalam kawasan operasi.

"Mereka sekarang ini berpecah kepada kumpulan kecil dan cuba melarikan diri, saki-baki pengganas ini juga ada yang memakai pakaian awam dan senjata mereka telah disembunyikan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 di sini hari ini.

Berhubung pertempuran yang berlaku semalam, beliau berkata, sekumpulan pengganas telah dikesan dan pihaknya akan terus menjejaki mereka.

Semalam, sepucuk pistol, enam butir peluru dan sebilah parang dirampas pasukan keselamatan selepas berbalas tembakan dengan saki-baki pengganas Kiram di Sungai Bilis di Lahad Datu, Sabah.

Dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, tiga pengganas Kiram melarikan diri selepas melakukan serang hendap terhadap sepasukan anggota pasukan keselamatan yang menjalankan operasi pembersihan dan penggeledahan di kawasan itu.

Dalam pada itu, Zulkifeli berkata, beliau yakin kerajaan Sabah dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengenal pasti kawasan baharu untuk penempatan sementara penduduk Kampung Tanduo, Lahad Datu yang kini masih lagi berada di pusat pemindahan sementara.

"Kita juga telah menghantar pasukan penilaian kerosakan ke Kampung Tanjung Batu untuk menilai kemusnahan harta benda, tanaman serta haiwan peliharaan penduduk kampung.

"Dalam masa terdekat ini juga, kita akan membawa orang kampung melihat rumah masing-masing," katanya.

Sumber

#OpsDaulat : Seorang Lagi Pengganas Kiram Minta Jangan Ditembak !!! #LahadDatu


LAHAD DATU – Seorang pengganas Sulu ditahan selepas menyerah diri ketika terserempak dengan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi penggeledahan di Tanjung Batu, di sini, lewat hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, sepasukan unit Gerak Gempur Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang melakukan operasi di satu kawasan paya sebelum terserempak dengan pengganas itu. Dia kemudian melarikan diri sebelum dikejar dan akhirnya menyerah diri.

Lelaki dipercayai tanpa senjata itu menyerah diri dengan mengangkat tangan dan meminta pasukan keselamatan tidak melepaskan tembakan terhadapnya. Difahamkan dua kereta perisai berantai dikerahkan untuk operasi pemantauan berterusan bagi mengesan pengganas lain.

Kereta perisai itu dipercayai dikerahkan kerana bimbang penyerahan diri yang dilakukan itu sebagai taktik kotor untuk pengganas lain melepaskan tembakan terhadap pasukan keselamatan.
Bagaimanapun, sebaik mendapati tiada yang mencurigakan dan tidak membahayakan, pasukan keselamatan menahan pengganas berkenaan. Pengganas itu kemudian diserahkan kepada pasukan VAT69 dan dibawa ke lokap tahanan sementara untuk disoal siasat.
Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Dato’ Seri Zulkifli Zainal Abidin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pula berkata pasukannya (VAT69) telah menerima pengganas tersebut dari GGK ATM dan sidang media bersama ATM akan diadakan esok.

Sehingga kini, jumlah tahanan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 meningkat kepada 111 orang, pengganas ditembak mati 67 dan mayat dibawa keluar 42.

Sumber :fb

#OpsDaulat : PENGAWAL 'IMAM TUA' MATI DITEMBAK DI KAMPUNG SIMUNUL #LahadDatu


Lahad Datu, 28 Mac - Seorang anggota militan Sulu ditembak mati setelah lelaki itu menyerang seorang anggota keselamatan dengan barong (sejenis parang) ketika pemeriksaan di sebuah rumah di Kampung Simunul, Semporna, hari ini.

Add caption
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keselamatan itu ditetak lelaki berumur 60-an terbabit di depan dan belakang badannya ketika pasukan keselamatan menjalankan operasi bersepadu dan penggeledahan di kampung berkenaan pada 8.40 pagi.

"Walaupun ditetak, anggota pasukan keselamatan berjaya melepaskan tembakan. Tiada kecederaan serius dialami anggota kita.

"Siasatan mendapati lelaki itu merupakan pengawal dan pembantu kepada seorang penceroboh militan Sulu yang dikenali sebagai 'Imam Tua'," katanya pada sidang akhbat di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Iman Tua adalah antara pengganas yang mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di perkampungan atas air itu 2 Mac lepas yang turut mengorbankan enam anggota polis.

Hamza berkata hasil pemeriksaan di rumah itu, pasukan keselamatan menahan dua wanita berusia 45 dan 30 tahun yang merupakan isteri dan anak perempuan penceroboh militan yang ditembak mati berkenaan.

Kedua-dua wanita yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), katanya.

Beliau berkata turut ditahan dalam operasi itu ialah empat lelaki. Kesemua mereka ditahan mengikut akta-akta lain.

Hamza berkata sehingga kini pasukan keselamatan menembak mati 68 musuh manakala 121 individu ditahan untuk siasatan di bawah Sosma dan 443 ditangkap mengikut akta-akta lain.

Sementara itu, Hamza berkata ketua kampung dan ketua-ketua keluarga Kampung Tanjung Batu akan dibawa masuk bersama kumpulan penilaian terdiri daripada pegawai daerah dan Majlis Keselamatan Negara ke kampung itu esok bagi membuat taksiran kerosakan harta benda sebelum penduduk yang mempunyai dokumen dibenar pulang Sabtu ini.

Bagi yang tiada dokumen, mereka akan diletakkan di satu kawasan sementara, katanya.

Sumber :Fb 

Thursday, 28 March 2013

[VIDEO] Tragedi Memali Rakaman Sebenar #HariPolis # TolakPR


Rasanya rakyat Malaysia pernah dengar pasal tragedi Memali yang sering diputarbelitkan oleh PAS.Skang ni dah keluar video part by part.Jom tengok bukti kesesatan PAS yang nyata dan memperalatkan pengikut mereka!


Baca juga Kertas Putih Memali - 

http://library.perdana.org.my/Digital_Content/PLF/WHITE-PAPERS/1006335.pdf

dan tonton video di bawah tentang penipuan Pas tentang Memali





Pembangkang sering dikaitkan dengan politik kebencian dan hasutan yang akhirnya akan melarat kepada pemberontakan dan keganasan. Tragedi Memali adalah mengenai pemberontakan. Tragedi Sauk juga tentang pemberontakan. Tragedi Lahad Datu pula tentang pencerobohan dan keganasan, yang dikatakan mempunyai kaitan juga dengan pembangkang. Siapa mangsa? 

Anggota keselamatan dan rakyat yang tidak berdosa. Mungkin sebab itu setiap kali ada tragedi sebegini, pembangkang dengan pantas memperlekeh dan memaki hamun anggota keselamatan. Cukup-cukuplah politik kebencian dan keganasan sebegini, Malaysia tidak memerlukannya! 

Taktik Terdesak PR : Guna Pengaruh Musuh Untuk Jatuhkan Musuh #TolakPR #VoteBN



Tidak ada yang lebih memalukan bagi sebuah parti politik daripada terpaksa menggunakan pengaruh musuh untuk menjatuhkan musuh. Tetapi, inilah yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat iaitu menggunakan pengaruh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir, untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib.

Jelas sekali yang PR cukup sedar bahawa parti mereka sudah kehilangan pengaruh secara drastik dan bahawa pemimpin mereka sendiri tidak punya ‘aura’ yang cukup kuat untuk mempengaruhi rakyat.

Taktik ini pastinya difikirkan setelah melihat bagaimana pendapat dan pandangan kritis Tun Mahathir terhadap pemerintahan Tun Abdullah sebelum ini, telah berjaya mempengaruhi rakyat jelata untuk meyakini bahawa ketidakpuasan hati mereka terhadap kepimpinan adalah berasas. Akibatnya, Tun Abdullah telah terpaksa menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Dato’ Seri Najib, yang mana amat ditakuti oleh pembangkang.

Ketakutan pembangkang terhadap Dato’ Seri Najib amat ketara apabila mereka terlebih dahulu mencipta berbagai-bagai fitnah terhadap beliau bagi memastikan bukan beliau yang menjadi pengganti Tun Abdullah.

Malang bagi pembangkang, kesungguhan mereka menyerang Dato’ Seri Najib hanya menambahkan keyakinan rakyat bahawa beliaulah calon yang terbaik.

Malah, rekod juga menunjukkan bahawa Tun Mahathir sentiasa berdiri di belakang Dato’ Seri Najib selama krisis kepimpinan berlaku di dalam kerajaan ketika itu. Beberapa kali beliau dirakam menyatakan bahawa pilihan pertama beliau adalah Dato’ Seri Najib, tetapi telah tersilap membuat keputusan untuk memberi peluang terlebih dahulu kepada Tun Abdullah kerana berpegang kepada budaya ‘seniority’, serta percaya bahawa Dato’ Seri Najib boleh menunggu kerana usia beliau masih muda.

Namun, semua itu telah dilupakan oleh pembangkang dan sebaliknya memilih untuk ‘berpegang’ kepada kenyataan Tun Mahathir baru-baru ini apabila ditanya sama ada Dato’ Seri Najib perlu meletak jawatan jika BN kalah atau corot dalam PRU-13? Untuk makluman, perkara yang sama pernah ditanya oleh Malaysian Insider beberapa bulan lepas dan hari ini ia ‘disemarakkan’ semula oleh Malaysiakini serta disebarkan oleh laman-laman sosial PR.

Tun Mahathir seperti biasa menjawab soalan tersebut secara terus terang, bahawa begitulah sewajarnya, iaitu mana-mana kepimpinan yang bertanggungjawab harus meletakkan jawatan jika tidak berjaya mendapat keputusan yang memuaskan. Ini adalah jawapan ‘standard’ tidak kira dalam konteks pemerintahan negara, mahupun organisasi dan termasuklah dalam bidang sukan di mana jurulatih yang gagal, wajar bersara atau ditukarkan sahaja.

Memandangkan kita cukup kenal bahawa Tun Mahathir amat konsisten dengan kenyataan atau pendiriannya, maka jawapan seperti itu sudah pasti telah dijangkakan oleh pembangkang. Buktinya, beliau berkata demikian kepada Tunku Abdul Rahman dan berkata yang sama kepada Tun Abdullah Badawi apabila sokongan terhadap kepimpinan mereka mula lemah dan parti pemerintah mendapat keputusan yang tidak memuaskan dalam Pilihanraya.

Maka, bagi pembangkang untuk menggunakan jawapan ‘standard’ Tun Mahathir itu sebagai modal politik mereka untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib amatlah menyedihkan. Nampak sangat yang mereka sudah benar-benar kehabisan modal.

Lebih pelik lagi, modal ini digunakan sedangkan rakyat boleh melihat sendiri bagaimana akhir-akhir ini Tun Mahathir begitu sibuk ke sana ke mari memuji-muji kepimpinan Dato’ Seri Najib dan menyeru rakyat agar memberi sepenuh sokongan dan berdiri teguh di belakang Perdana Menteri. Beliau turut memetik angka-angka ekonomi yang menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan di bawah kepimpinan Dato’ Seri Najib dan sentiasa menyokong apa jua tindakan kerajaan.

Berdasarkan apa yang berlaku ini, apa yang cuba digambarkan oleh PR iaitu Tun Mahathir ragu-ragu dan kurang yakin terhadap kepimpinan Dato’ Seri Najib tentulah tidak masuk akal sama sekali. Lebih-lebih lagi, apabila PR turut membayangkan kononnya Tun Mahathir lebih ‘menggemari’ Tan Sri Muhyiddin untuk menerajui negara.

Strategi untuk melaga-lagakan pemimpin-pemimpin BN sesama sendiri tidak menjadi kerana ia tidak benar sama sekali. Pemimpin tertinggi UMNO atau BN bukan seperti pemimpin tertinggi PKR atau DAP, ataupun PAS yang asyik bertelagah gila kuasa kerana telah dihasut oleh parasit-parasit yang berkembang biak dan merebak sehingga ke akar umbi parti-parti mereka. Kepimpinan tertinggi UMNO/BN tidak lagi mengalami masalah berebut kuasa sedemikian kerana semua yang bermasalah begitu telah lari kepada pembangkang.

Secara logiknya, apa pun pendapat dan pandangan Tun Mahathir dan siapa pun yang beliau ‘gemar’ tidak seharusnya menjadi masalah PR. Kenapa PR perlu bergantung kepada pendapat dan pengaruh seorang musuh ketat untuk menarik sokongan rakyat?

Akhir sekali, kata-kata Tun Mahathir hari ini bahawa “tiada calon yang lebih sesuai untuk mentadbir Malaysia, selain Dato’ Seri Najib,” sewajarnya diambil sebagai titik noktah kepada strategi terdesak pembangkang ini.

Terkini : #OpsDaulat - Seorang Pengganas Sulu Ditembak Mati Di Simunul #PrayForSabah

LAHAD DATU: Pasukan keselamatan menembak mati seorang pengganas dalam pertempuran di Kampung Simunul, Semporna pagi tadi.

Turut ditahan dua wanita masing-masing isteri dan anak kepada pengganas terbabit kira-kira jam 8.40 pagi tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan kejadian itu pada sidang media sebentar tadi dan memaklumkan empat lelaki turut ditahan dipercayai tiada dokumen pengenalan diri.

Sumber

[VIDEO] Sayu Di Sambutan Hari Polis Ke 206 #OpsDaulat #Vote4BN


PM Najib menerusinya Twitternya turut menzahirkan penghargaan kepada PDRM kerana sentiasa memastikan keselamatan negara dan rakyat terjamin.

“Selamat Hari Polis kepada warga PDRM. Terima kasih kerana memastikan keselamatan rakyat Malaysia sentiasa terjaga selama ini,” katanya.

Pada hari itu perdana menteri memeriksa kawalan kehormat dan menyaksikan perarakan perbarisan oleh 1,300 pegawai dan anggota polis sempena sambutan Hari Polis ke-206 di Pusat Latihan Polis (Pulapol).

Pada majlis itu Najib turut menyampaikan anugerah kenaikan pangkat secara Medan Posthumous kepada lapan anggota polis yang terkorban akibat pencerobohan pengganas di Sabah.


Anwar Tunduk Dengan Kehendak Dap Tanding Di Johor #TolakPR #Vote4BN

Diharap tidak ada siapa percaya bahawa penghijrahan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dari Perak ke Johor, adalah bukti kepada kelemahan parti rasis cina nombor satu itu.

Dengan kedudukan semasa parti itu yang semakin hari semakin mengukuhkan kedudukan di kalangan orang cina, adalah tidak logik sama sekali untuk parti tersebut menunjukkan kelemahannya secara terang terangan, dengan memindahkan Kit Siang dari kawasan kuatnya di Ipoh Timur.

Ini sudah tentu ada agenda lain yang tersembunyi, cuma nak tahu agenda apa dan macam mana?

Dari apa yang penulis nampak, pemindahan Kit Siang ke Johor adalah semata-mata untuk menganggu 9 kerusi parlimen negeri tersebut yang bakal ditandingi MCA dalam pilihanraya umum akan datang.

Kemasukan Kit Siang ke negeri kubu kuat UMNO itu, akan memberi motivasi kepada pengundi cina untuk mengundi calon-calon DAP dan menolak calon BN di Johor, walaupun dia seorang cina.

Terutama di kawsan parlimen dimana populasi pengundi mengikut pecahan kaum, adalah seimbang.

Di kalangan pengundi Melayu luar dan pinggir bandar, tidak ada persoalan bahawa calon DAP akan ditolak sama sekali, sehinggakan ada berlaku di sesetengah tempat, bendera DAP yang diletak sebelah menyebelah dengan dengan bendera PKR dan PAS pun akan diturunkan kerana bimbang di bantah orang Melayu.

Tapi bukan itu kesnya dengan Melayu kawasan bandar. Faktor tekanan hidup, keterbukaan dalam menerima konsep pemahaman baru dan sebagainya telah menjadikan penerimaan Melayu bandar terhadap konsep perjuangan DAP, berada dalam keadaan begitu baik sekali.

Keadaan ini ditambah dengan sokongan hampir sepenuhnya dari pengundi cina, menambah kepada keseriusan masalah ini.

Senario inilah yang diharapkan Kit Siang akan berlaku. Maka itu dia tidak kisah untuk berhijrah ke Johor, meninggalkan kawasan selamatnya di Perak.

BN dan UMNO perlu kaji keadaan ini dengan baik. Walaupun BN menang di kawasan Gelang Patah dengan majoriti lebih 8,000 undi pada 2008, tapi itu bukan bermaksud keadaan sama akan berkekalan dalam pilihanraya umum akan datang.

Tersilap kita membaca pergerakan DAP dan Kit Siang ini, bencana menanti.

#PRU13 : Anwar Ibrahim Bakal Bawa 13 Kejutan #TolakPR #Vote4BN



Jika rakyat bertanya bila tarikh PRU13 sukar yang semakin sukar diramal? Ianya tidaklah sukar untuk dijawap jika kita memahami situasi tekanan politik kotor dari dalam dan luar negara hanya angkara dari seorang individu yang kemaruk ke Putrajaya.

Kegairahan Anwar Ibrahim mengejar ke Putrajaya tidaklah digunakan dengan kaedah positif sebaliknya Anwar seorang individu yang sukar mendisiplin diri sendiri. Anwar jenis mansia yang gagal mengawal minat sonsang menyebabkan imej pesonalitinya jatuh angkara amalan songsang sebagai manusia normal dan beriman.

Tindak-tanduknya yang terbongkar menyebabkan Anwar terpaksa menggunakan politik kotor untuk menimbus segala kemungkaran dan pengkhianatan yang terlanjur.

Tindak-tanduk Anwar cukup banyak menyusahkan negara hingga menjejaskan keselamatan negara, memudaratkan usaha tranformasi negara dan memecah-belah perpaduan negara. Cukup banyak kita buang masa dialaf ini semata-mata untuk bermula dari basic, angkara kerakusan Anwar gilakan kuasa tampa terkawal.

Sekarang Anwar telah siapkan satu perancangan sulit sebagai langkah akhir disaat-saat Anwar amat tertekan untuk menerima kenyataan yang masanya telah checkmate!

Inilah skrip yang dibuat setiap kali Anwar dan konco-konconya menghadapi piliharaya dan hanya semata-mata untuk memperbodohkan rakyat!



Rakyat tidak bodoh! Anwar dan PR semakin dekat kepada kehancuran!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive