Friday, 31 August 2012

SAYA TIDAK TAHU SIAPA YANG PIJAK GAMBAR PM DAN ISTERINYA - MARIA CHIN ABDULLAH




Penganjur himpunan Janji Demokrasi hari ini berkata pihaknya tidak tahu menahu mengenai perbuatan seorang lelaki menunjukkan punggungnya pada gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
NONEAhli jawatankuasa kerja Gabungan Janji, Maria Chin Abdullah berkata insiden itu nampaknya berlaku di seberang tempat di mana pihak penganjur berada di Dataran Merdeka malam tadi.

Ketika dihubungi Maria berkata pihaknya tidak sama sekali menyokong perbuatan seumpama itu. Malah, kata Maria, pihaknya telah meminta orang ramai jangan membawa sebarang sepanduk.

Dalam gambar insiden tersebut yang kini beredar di Internet, seorang lelaki dalam lingkungan usia 20-an, dilihat melondehkan seluarnya dan menunjukkan punggungnya pada gambar Najib, Rosmah serta Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Gambar mereka dibariskan di atas tanah, berhampiran daisies kuning dan bandana dengan perkataan 'Janji Bersih'.

Manakala dalam video yang dimuat naik ke YouTube oleh blogger pro-BN Yuseri Yusoff, orang ramai memijak gambar Najib dan Rosmah yang telah koyak, yang dikatakan selepas insiden tersebut.


Ramai yang berbuat demikian memakai baju kuning manakala ada yang dilihat sengaja menghentak kaki pada gambar dalam video itu, yang nampaknya seperti dirakam di penjuru Jalan Raja dan Jalan Tun Perak.

Satu lagi blog pro-BN, Gossip Rakyat (GR), mendakwa pemuda yang menunjukkan punggungnya itu telah dikenal pasti. - Malaysiakini


VIDEO !!! TANGKAP BASAH (JERRUK)



Video ni boleh dijadikan pengajaran kepada yang ada kapel...jaga perlakuan anda di khalayak umum....

Jangan sampai memalukan keluarga...

Jangan sampai anda pulak yang ada dalam video ni ye...!!!

"DIJEMPUT CERAMAH TIDAK SEMESTINYA FAHAM AGAMA" - PESAN DR MAZA PADA ABBY



Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini membidas bekas penyanyi berkumpulan sensasi Elite, Abby Abadi dalam isu hudud.

Bekas mufti Perlis itu pada awalnya melalui akaun Twitter @realDrMaza berkata, “apakah satu keadilan jika dua orang yang terlibat dengan kecurian, satu dipotong tangan dan satu lagi dipenjara hanya kerana berbeza agama,” sebagai merujuk kepada hukum hudud.

Abby yang juga bekas pelakon drama “Gerak Khas” itu menempelak bekas mufti tersebut melalui akaun Twitternya @abby_abadi112 dengan membalas, “maafkan saya, hudud itu hukum Allah.
“Dr Mohd Asri) belajar tinggi tetapi kenapa masih persoalkan?

“Tanggungjawab berat di dunia, tetapi manis di sana.”

Bekas mufti itu kemudian membalas, “seseorang yang kembali kepada agama dan dijemput ceramah tidak semestinya memahami agama.
“Teliti sebelum komen.”
Bekas pelakon yang kini aktif dalam kegiatan bersama parti PAS itu kemudiannya menafikan penglibatan beliau dalam ceramah.

“Saya tahu saya tak belajar setinggi Dr (Mohd Asri), tapi bila saya baca apa yang Dr persoalkan, saya tak sangka.
“Saya tak pernah berceramah, hanya sekadar berkongsi sahaja, maafkan saya,” kata Abby.

Dalam laporan Bernama hari ini menyebut bahawa Mohd Asri berkata hukum hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia.

“Hukum hudud belum sesuai dilaksanakan di negara ini kerana keadaan tidak kondusif dan tidak wajar mana-mana pihak menyalahkan pihak lain kerana tidak melaksanakan hukum itu.

“Jika dilaksanakan juga, ia akan menimbulkan ketidakadilan kepada semua pihak dalam masyarakat majmuk di negara ini.

“Jika ada hukum yang ditegak atas nama Islam tetapi gagal membawa keadilan kepada kehidupan manusia, maka ia bukan syariat yang Allah kehendaki sekalipun dipetik dalil-dalil agama dalam mempertahankannya,” katanya lagi hari ini selepas membentangkan kertas kerja di seminar “Undang-Undang Syariah Peringkat Kebangsaan” sempena Sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan yang dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya lagi, apa yang penting dan patut dilaksanakan sekarang ialah usaha memperjuangkan untuk mewujudkan suasana itu, seperti memberi kefahaman kepada rakyat mengenai hukum tersebut dan persediaan sebelum undang-undang berkenaan dapat dilaksanakan.

“Keadaan yang ada di negara kita sekarang tidak menunjukkan suasana kondusif untuk melaksanakan hukum hudud, dan dalam konteks ini kita tidak boleh menyalahkan sesiapa,” katanya.

Dalam kertas kerjanya bertajuk “Hudud Suatu Perbincangan: Tanggapan, Suasana dan Keberkesanan”, Mohd Asri berkata, hudud bukan asas kenegaraan dalam Islam.
Sebaliknya kata beliau, asas kenegaraan dalam Islam ialah menegakkan keadilan untuk rakyat berasaskan prinsip al-Quran dan hadis nabi serta mencegah perkara mungkar, iaitu perkara membawa kemudaratan dan berbahaya kepada rakyat.

Hudud hanyalah mekanisme mengatasi jenayah dan ia dilaksanakan apabila syarat dipenuhi dan suasananya kondusif, katanya.

Katanya lagi, kekurangan kegiatan jenayah dalam negara menurut Islam bukan disebabkan hukumannya saja, tetapi keadilan yang merata dan kebajikan rakyat yang dipelihara.-TMI

PT
Kalau ya pun nak tegur belajar dulu ilmu agama setinggi yang boleh ostajah abby !!. kalau tidak akan menampakkan kebodohan diri sendiri. Jange dok cari penyakit la ostajah weh !!!!

SURAT OBAMA KEPADA MALAYSIA - HAPPY MERDEKA DAY !!!


Apakah Yang Kita Faham Tentang Kemerdekaan?Surat Daripada Presiden Obama, Amerika Syarikat Kepada Malaysia.

"As you celebrate this special day, know that the United States is a partner and friend. I wish all Malaysians around the world a Happy Merdeka Day. Selamat Hari Kemerdekaan"



"On behalf of President Obama and the people of the United States, I am delighted to send best wishes to the Malaysian people as you celebrate your 55th Independence Day this Aug 31."

"The United States and Malaysia share strong bonds of family and friends."

This year, our two countries are celebrating the 50th anniversary of the Peace Corps programme in Malaysia, a programme that has laid a foundation of friendship and goodwill between our people."

We are proud of our new Fulbright English Teaching Assistant Programme that brings talented young Americans to help teach English in Malaysian schools."

I look forward to working together to expand US-Malaysia trade, investment, educational and cultural relations to bring greater prosperity to both our people."

As you celebrate this special day, know that the United States is a partner and friend. I wish all Malaysians around the world a Happy Merdeka Day. Selamat Hari Kemerdekaan." Hilary Clinton

Sumber :  www.adukakiasutama.com 


VIDEO !!! ISLAM AGAMA TERBAIK - THIERRY HENRY




Islam adalah sebuah pilihan, demikian kata pemain bola sepak Thierry Henry. Kerana itu ketika memutuskan keyakinan dan menjadi mualaf, dia merasa bahawa berasa sangat dekat dengan Islam.

“Saya menganggap Islam sebagai pilihan terbaik untuk saya jika saya ingin percaya kepada sebuah agama,” kata penyerang New York Red Bulls.


Menurut Henry, menjadi seorang Muslim itu tidak boleh setengah-setengah. “Aku mengikuti semua apa yang diajarkan oleh Al Quran. Ini sebabnya saya anggap Islam yang paling dekat dengan hati saya.”

Legenda Arsenal ini menyatakan, Islam mengajar umatnya bahawa seseorang harus percaya dulu terhadap Al Quran. Ini sebabnya dia belum menyatakan Islam sebagai agamanya, tapi Henry mengerti agama ini lebih daripada agama lain.

“Dan itu benar-benar menyedihkan bahawa banyak orang tidak meluangkan masa untuk cuba memahami Islam.”

Penyerang Les Bleus Perancis yang berjaya meraih Piala Dunia 1998 dan Piala Eropah 2000 ini menekankan, jika seseorang benar-benar percaya kepada Allah, maka sudah seharusnya setiap Muslim harus menjadi orang yang taat. “Kalau percaya ajaran Islam, seseorang harus percaya pada Al Quran dan Rasul terakhir,” kata Henry.

KES SUMBANG MAHRAM !!! SUSPEK BUKAN AHLI PKR - FAUZI ABDUL RAHMAN



KUANTAN - Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman menegaskan, tiada pemimpin daripada parti itu terbabit dalam kes sumbang mahram yang dilaporkan berlaku di negeri awal minggu ini.

Menurutnya, jika suspek yang dikatakan itu adalah ahli PKR, beliau menafikan kerana pemimpin tersebut sudah keluar dari parti sejak Pilihan Raya Umum ke-12.

"PKR Pahang menafikan sekeras-kerasnya cuba mengaitkan pemimpin yang terlibat dengan perbuatan itu (sumbang mahram) dengan parti ini.

"Pemimpin itu bukan ahli PKR lagi dan sudah keluar parti selepas PRU12 lalu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media mengenai seorang pemimpin kanan sebuah parti bersama anak lelakinya ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes sumbang mahram di Jerantut.

Pemimpin itu dikatakan pernah bertanding pada PRU12 namun tewas pada pencabarnya dalam pilihan raya tersebut.

VIDEO !!! SAMUN DI STESEN MINYAK - PELANGGAN LAIN HANYA LIHAT ??



Kejadian samun ini berlaku di Stesen Minyak Henti Rehat Butterworth Kulim Expressway pada 10 Ogos 2012. Semasa kejadian dikatakan ramai saksi, tapi sekadar memerhati sahaja.
Apa nak jadi dengan masyarakat malaysia sekarang ini??Ada tonton dan anda nilai sendiri.

'JANJI DEMOKRASI' BENGONG TAK BERTEMPAT ???






Kejadian BURUK DALAM SEJARAH NEGARA Puak Bersih sudah melampau dengan sikap yang ditunjukkan oleh otak mereng yang sanggup lakukan ubah bendera Malaysia.Semalam 1 M lalu sekitar Di Dataran Merdeka kebanyakaan Orang Melayu yang menjadi otaknya ketahap Siuman dan Giler tingkah laku yang amat menyedihkan.Malu dengan Pelancong Asing yang sedang melihat berlangsung detik pukul 12.00 tengah malam... - 1MALAYSIA

VIDEO !!! 'BATPOD' DARI CIPTAAN MEKANIK VIETNAM


Seorang peminat Batman dan juga seorang mekanik dari Vietnam, Vu Tung Lam merekabentuk dan membina sendiri sebuah "Batpod" (motor Batman), menggunakan besi terpakai dan sebuah enjin Suzuki berkuasa 125cc.

KLATE !!! PERAGUT AKAN DI GEMPUR POLIS WANITA



KOTA BHARU - Polis mengisytiharkan perang secara besar-besaran ke atas peragut di negeri ini bagi membanteras jenayah yang dilihat semakin kejam ekoran seorang wanita ditetak bertubi-tubi ketikacuba diragut di Jalan Sultanah Zainab di sini kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, bagi merealisasikan langkah drastik itu, lebih 100 anggota polis wanita dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu diarah turun padang bermula hari ini.

Menurut beliau, anggota polis wanita itu akan mendekati pengunjung wanita di sekitar bandar raya ini bagi memberikan tip-tip mengenai keselamatan.

"Bermula esok (hari ini) untuk tempoh dua minggu secara syif, 100 anggota polis wanita dikerahkan turun padang untuk memberi kesedaran kepada golongan wanita mengatasi jenayah ragut," kata beliau ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) semasa melawat mangsa ragut, Rohairani Abdullah, 36.

Dalam kejadian di Jalan Sultanah Zainab kelmarin, Rohairani hampir putus tangan kirinya apabila mangsa ditetak tujuh kali oleh penjenayah yang cuba meragut beg mangsa.

Penjenayah menetak tangan mangsa apabila wanita itu enggan melepaskan beg tangannya.
Akibat pergelutan selama tiga minit itu, pergelangan tangan kiri mangsa hampir putus tetapi nasib baik doktor berjaya menyambungnya semula.

Selain itu, Jalaluddin memberitahu, polis juga akan meningkatkan rondaan di kawasan-kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan panas yang menjadi sasaran penjenayah jalanan.

"Kita juga menubuhkan beberapa pasukan khas untuk melakukan risikan, pemantauan dan mengumpul maklumat untuk memburu penjenayah terbabit," ujar beliau.

Dalam perkembangan sama, Jalaluddin berkata, sebanyak lapan kes ragut dilaporkan sepanjang tahun ini dan kejadian kelmarin merupakan kes pertama melibatkan peragut menggunakan senjata dan mencederakan mangsa.

Dalam tempoh sama, polis juga berjaya memberkas 18 peragut dengan lima daripada suspek sudah dituduh di mahkamah.

Bagaimanapun, menurut beliau, bagi kes membabitkan Rohairani, belum ada tangkapan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, pihaknya sudah mengenal pasti 20 kawasan di bandar Kota Bharu, Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian untuk diletakkan anggota polis wanita terbabit.

Antara lokasi di Kota Bharu ialah di Pasar Siti Khadijah, KB Mall dan Pasar Buluh Kubu.

BIAR BETUL !!! PRESTASI KERAJAAN PAS KELANTAN MENINGKAT SEJAK 22 TAHUN LALU - ISMAIL KAMUS


KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan akan dapat dipertahankan pada Pilihan raya Umum ke-13 berikutan prestasi meningkat kerajaan itu sejak 22 tahun lalu.

Penasihat Darussalam, Datuk Ismail Kamus, memberitahu keadaan lebih meyakinkan berikutan pihak lawan, Umno dan Barisan Nasional (BN) semakin merudum sehingga gagal menawan hati rakyat.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkembangan itu selepas pertemuannya dengan Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pertemuan santai itu diadakan di JKR 10 petang semalam.

“Insya Allah kita yakin rakyat Kelantan akan memilih perjuangan Pakatan Rakyat berbanding BN di Kelantan dan akan terus mengekalkan kedudukan kerajaan negeri yang ada hari ini,” ujarnya.

Sambungnya, pada masa yang sama pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat bukan sahaja di Kelantan berada pada kedudukan yang baik, sebaliknya di negeri lain.

Jawatankuasa Darussalam seramai 15 orang mengunjungi pimpinan peringkat negeri untuk bertanya khabar khususnya sempena Aidilfitri ini.

Pada masa yang sama, Tuan Guru menegaskan tidak ada sebab lagi rakyat ingin menolak pentadbiran kerajaan Kelantan hari ini kerana bebas dari gejala rasuah.

“Jadi rakyat Kelantan yang sememangnya pandai menilai sejak sekian lama dapat membuat pilihan yang baik dan tepat nanti,” ujarnya.

PT

Rasa nak tergelak bila membaca petikan yang di nayatakan oleh Ustad Ismail kamus ni...pandai pulak beliau membuat lawak...betul ke ustad prestasi kerajaan pas Kelantan meningkat sejak 22 tahun lalu? Apa yang meningkatnya ustad ??

Satu lagi ustad , betul ke rakyat Kelantan pandai menilai dan membuat pilihan yang tepat ? apa yang kerajaan Pas bagi pada rakyat Kelantan ? Nak selesai isu air pun tak dapat !!! Alahai ustad2...hebat jugak tok guru makan besar nampak .....

2 PEMAIN BOLA SEPAK TERENGGANU BAKAL DI SINGKIR KERANA KES KHALWAT ???




DUA pemain Terengganu, Ismail Faruqi dan Muslim Ahmad perlu melupakan hasrat mereka untuk meneruskan kempen Piala Malay- sia musim ini bersama skuad Penyu ekoran masalah disiplin.

Ia selepas kedua-dua pemain didapati melanggar peraturan dan pulang ke bilik penginapan kira-kira pukul 3 pagi beberapa jam sebelum bertemu Kedah di Stadium Darul Aman, Selasa lalu.

Jurulatihnya, Peter James Butler ketika dihubungi mengesahkan bahawa kedua-dua pemain itu tidak akan bermain kerana kecewa dengan kegagalan kedua-dua mereka mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Saya tegaskan, Ismail dan Muslim tidak akan bermain untuk saya lagi.
“Balik pukul 3 pagi dan bawa gadis ke hotel. Ia benar-benar tidak boleh diterima,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Butler, perbuatan itu menunjukkan kedua-dua pemain tersebut tidak menghormati beliau, pasukan, pihak pengurusan serta seluruh rakyat Terengganu.
“Jika tiada sebarang keajaiban, mereka tidak akan bermain untuk saya lagi.
“Saya memerlukan pemain yang berdisiplin dan komited dengan pasukan,” katanya.

Menurut Butler, dari segi pasu- kan, kedua-dua pemain itu tidak akan dibenar bermain selagi beliau menjadi jurulatih Terengganu tetapi bagi pihak pengurusan, ia belum diputuskan lagi.

Jelasnya, beliau akan berbincang dengan pihak pengurusan mengenai tindakan yang perlu diambil terhadap kedua-dua pemain itu.

Dalam pada itu, menurut Butler, ketiadaan kedua-dua pemain itu tidak akan meninggalkan kesan besar kepada Terengganu untuk mengharungi kempen Piala Malaysia musim ini kerana mereka mempunyai ramai pemain muda yang berbakat.

“Erison Da Silva seorang pemain pertahanan yang hebat dan persembahan Joseph Kalang Tie juga sering kali tidak mengecewakan.

“Selain itu, kami mempunyai pemain Piala Presiden seperti Muhd. Fakhrurazi Musa yang boleh dipanggil apabila diperlukan,” katanya.

Jelasnya, kekalahan tipis 1-2 ketika bertemu Kedah di Alor Setar, Selasa lalu tidak akan melunturkan semangat pasukannya dan yakin Terengganu akan kembali memberi saingan.

“Saya bimbang kerana pemain kita yang sepatutnya boleh bermain dengan baik gagal mempamerkan aksi sebenar kerana tidak mendapat rehat yang cukup.
“Tetapi kita akan bangkit bermula dengan kemenangan ke atas Kedah, Sabtu ini,” katanya.

BIAR BETUL !!! PAK SAMAD ISYTIHAR 'JANJI DEMOKRASI' BERJAYA ???

Pak Samad isytihar 'Janji Demokrasi' berjaya

Tidak cukup dengan larangan polis, Dataran Merdeka malam ini ditutup untuk sebarang aktiviti, sekali gus menyukarkan rancangan sekumpulan aktivis menjayakan himpunan "Janji Demokrasi" mereka.



Mengikut laporan Malaysiakini...

Di Shah Alam pula, kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat juga berkumpul untuk sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dengan cara mereka tersendiri dengan tema alternatif.

DATARAN , Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata, tiada kejadian tidak diingini berlaku dalam perhimpunan di malam ini.

"Tiada kejadian yang tidak diingini malam ini. Itu kita akan siasat kemudian (jika langgar undang-undang)," katanya mengulas bacaan puisi Pak Samad sekitar jam 11.45 malam berdekatan bangunan DBKL.Katanya, tiada tangkapan dibuat, kecuali terhadap dua remaja yang didapati membakar mercun.

Jumlah kekuatan anggota yang bertugas malam ini adalah seramai 205 orang dari Dang Wangi dan Bukit Aman, katanya.

Pak Samad isytihar perhimpunan berjaya sampai sasaran tetapi tidak dapat mengagak jumlah sebenar peserta. ( Betul ke capai sasaran ? Kalau capai takkan lah Pok Somad muka masam mencuka..kalau yer pun nak buat lawak..agak2 la weiii !!! )

Katanya, kehadiran luar biasa yang kebanyakannya anak muda. Beliau menyeru mereka terus melakukan perubahan.

"Apabila saya sampai di Dataran, saya dapati jumlahnya (yang hadir) luar biasa. Dan saya senang, apabila ia daripada anak-anak muda. Dan ini penting.
"Ini menggambarkan mereka sudah menyedari era ini adalah era mereka, dan di tangan mereka sebuah regim boleh ditukar. Saya harap ini dapat dilakukan," katanya.


Malaysiakini menganggarkan seramai lebih 10,000 yang hadir yang terdiri dari manusia serta langau kuning...

VIDEO !!! BAHTERA MERDEKA #MERDEKA 55 #NAJIBRAZAK

Selamat Menyambut hari Kemerdekaan yang Ke-55 Tahun dan Semoga semuanya menyambut dengan semangat Patriotik dan berjiwa MERDEKA ...


Video replika Bahtera Merdeka hasil muafakat KRT Perumahan Taman Seri Pengkalan Chepa Kelantan. Kesungguhan KRT dengan semangat patriotik dalam mengingati Hari Kemerdekaan Negara yang ke 55 sangat2 dihargai dan disanjung. Tahniah dan terima kasih !!!

FOTO !!! SEMAKIN PANAS DAN GANAS DI DATARAN MERDEKA


'Merdeka cara Pak Samad'

Ini adalah rakaman terakhir rakan MyMassa, blogger TalkWithHand sebelum kameranya dirempuh Unit Amal PAS.





Adakah pengganas BERSIH bersedia untuk mulakan satu lagi rusuhan di tengah bandaraya?

Sumber : mymassa

VIDEO !!! JANJI DEMOKRASI - SEMAKIN LIAR DAN GANAS DI DATARAN MERDEKA



Salah satu provokasi oleh manusia otak dikepala lutut pengikut Janji Bersih.. apakah ini himpunan aman yang dijanjikan? Memang bengong sakan la puak ni...


FOTO !!! WAJAH MURAM PAK SAMAD DI CELAH LANGAU KUNING

Rakan MyMassa, Jejarikami berjaya mengesan tempat persembunyian A.Samad Said berhampiran Dataran Merdeka.


Jelas terpampang kekecewaan di wajah A.Samad Said. Kenapa Pak Somad kecewa
dan yang peliknya kenapa beliau tak memakai baju kuning taik ??


FOTO TERKINI !!! KUMPULAN MANUSIA OTAK DIKEPALA LUTUT BERARAK KE DATARAN MERDEKA ???


Menurut sumber terkini, mengatakan bahawa seluruh jalan menuju Dataran Merdeka kini sudah dikepung polis! elok sangat la tu....kumpulan manusia gila semakin ramai memenuhi jalan raya.

Semua laluan masuk dari Masjid Negara menuju dataran tersebut sudah ditutup dan hanya boleh dilalui dengan berjalan kaki sahaja dan mengatakan kehadiran anggota polis lebih ramai daripada biasa untuk menghalang sambutan ‘Janji Demokrasi’ ciptaan makhluk Anwar yang dijadualkan jam 11 malam nanti. Tahniah PDRM !!!!



janji%2Bbersih11 Terkini: Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka
janji%2Bbersih9 Terkini: Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka
janji%2Bbersih8 Terkini: Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka
janji%2Bbersih7 Terkini: Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka
janji%2Bbersih5 Terkini: Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka
janji%2Bbersih6 Terkini: Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka
janji%2Bbersih2 Terkini: Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka
Image%2B5 Terkini: Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka

Image%2B3 Terkini: Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka

Janji%2Bbersih%2B1 Terkini: Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka
Image%2B4 Terkini: Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka
Janji%2Bbersih3 Terkini: Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka

Apalah yang hendak dicari oleh kumpulan manusia yang tidak menggunkan otak untuk berfikir ini..sanggup berkumpul semata-mata memenuhi cita-cita seorang manusia bernama Anwar !!!!

Thursday, 30 August 2012

FOTO !!! LAPORAN TERKINI JANJI BERSIH DI SHAH ALAM

 Berikut adalah laporan lansung Himpunan Janji Bersih di Shah Alam.

10.05pm SHAH ALAM Perbarisan dan perarakan bermula. Perbarisan ini disertai oleh 53 kumpulan perbarisan antaranya pihak berkuasa tempatan dan tujuh kumpulan pancaragam.

Selain Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut kelihatan barisan exco dan pemimpin Pakatan Rakyat.

9.10pm SHAH ALAM Kira-kira 500 orang sudah memasuki kawasan Dataran Kemerdekaan Shah Alam yang diwarnai mood karnival apabila aktiviti nyanyian oleh artis kebudayaan sebuah majlis perbandaran dimulakan.


FOTO !!! JANJI BERSIH DI DATARAN MERDEKA


GAMBAR DAN LAPORAN TERKINI JANJI BERSIH DI DATARAN MERDEKA | JANJI DEMOKRASI - Dataran Merdeka telah ditutup untuk sebarang aktiviti malam ini bagi menyukarkan rancangan sekumpulan aktivis menjayakan himpunan Janji Bersih.

Ini adalah laporan mengenai Perhimpunan Janji Bersih :

9.40pm di DATARAN - Orang ramai mula berpusu-pusu menghampiri dan kelihatan ceria SAMBIL meniup vuvuzela.

9.45pm di JALAN SULTAN - Peserta yang hadir semakin ramai. Mereka berbaris membuat perisai manusia sepanjang jalan daripada Lok Ann Hotel ke tapak bekas Stesen Bas Klang yang dirobohkan baru-baru ini.

8.55pm di DATARAN - Orang ramai mula memasuki kawasan berdekatan dengan dataran merdeka. Di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad berdekatan pentas, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memasang pagar merintangi menutup jalan di hadapan bangunan itu.

DBKL melalui arahan Datuk Bandar juga meletakkan papan tanda berbunyi "Kawasan ini ditutup untuk semua aktiviti".
 - helangbuana
 
 
 
 
 
 
 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive