Saturday 25 August 2012

KERAJAAN PUSAT SOKONG HUDUD DI KELANTAN !!!



KOTA BHARU- Kerajaan Pusat menyokong pelaksanaan segera hudud di Kelantan dengan membolehkan cadangan hukuman itu menggunakan satu contoh kes.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, sepatutnya Kerajaan Negeri sudah mengambil satu kes yang belum selesai di bawah enakmen dan mengenakan hukuman di bawah hukum hudud.

“Hudud dilaksanakan sejak zaman Rasulullah SAW dan di Kelantan ia sudah diluluskan sejak 22 tahun lalu, namun sehingga kini belum dilaksanakan.

“Sekarang, jika Kerajaan Kelantan sudah bersedia, silalah laksanakannya, usaha berdolak-dalik. Caranya, tangkap seorang daripada mana-mana kes tertangguh, dakwa di bawah enakmen dan lakukan hukuman di bawah hukum hudud,” katanya kepada media pada Majlis Aidilfitri di kediaman Ketua Umno Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, di sini, semalam.

Md Alwi berkata, apabila hudud sudah dilaksanakan, jika ada kekurangan, ia boleh sama-sama diperbaiki jika ada perkara yang tidak lengkap, ia boleh disempurnakan selepas dilaksanakan.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Ketereh berkata, hudud bukan untuk menghukum sesiapa, sebaliknya bagi mencegah jenayah, jadi ia dapat buktikan undang-undang Islam tepat dan adil akan menjadikan umat negara ini lebih bertanggung jawab.

“Barisan Nasional (BN) tidak pernah menghalang hudud dan dakwaan Pas mengatakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad halang, itu tidak betul.

“Dr Mahathir beritahu dalam surat yang dihantar kepada Kerajaan Kelantan, hudud mesti adil dan jika rasa sudah betul, cukup peralatan, bersedia, ia boleh dilaksanakan.

"Dr Mahathir juga beritahu, hudud yang dilakukan di Pakistan dan Sudan tidak berjaya dan cetus kontroversi, jadi Malaysia mahu mengelak perkara tidak baik itu kerana sayangkan Islam," katanya.-SH

3 comments:

  1. nak laksanakan macammana, bagaimana kalau melibatkan orang bukan islam dengan orang islam? Sehingga kini dok cakap nak hudud tapi masih tak pinda2 Enakmen Jenayah Syariah supaya terpakai pada orang bukan Islam juga. Selama memerintah Kelantan ini, DUN Kelantan buat apa? soal bidangkuasa pun tak mampu, belum bincang soal hukumannya lagi!

    ReplyDelete
  2. “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.” Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994

    “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.” Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994

    http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=LSj2MCkfUuQ#!

    ReplyDelete
  3. AKTA DARURAT KELANTAN 1977

    Ramai tidak sedar bahawa Kelantan masih di tertakluk di bawah Akta Darurat Kelantan 1977. walaupun najib baru2 ni membentangkan usul utk memansuhkan akta tersebut disamping akta darurat 1966 sarawak dan akta darurat 1969 persekutuan, ianya masih belum diwartakan kelulusannya.

    Akta ini membenarkan kerajaan Pusat:

    1.0 Mengambil alih pemerintahan Kerajaan Kelantan
    2.0 Menggantung DUN Kelantan serta kesemua Enakmen-Enakmen yang telah diluluskan
    3.0 Menangkap sesiapa sahaja yang dilihat sebagai membahayakan keselamatan KElantan.

    http://al-hajari.blogspot.com/2012/01/kenapa-kelantan-tidak-laksanakan-hudud.html

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive