Friday, 14 February 2014

Shafee Didakwa Cuba Sembunyi Fakta - Bekas Pengarah JSJ

Peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah didakwa sengaja menyembunyikan fakta daripada pengetahuan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, kata bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.

Mat Zain dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider berkata, pendakwa raya dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim itu gagal memaklumkan kepada mahkamah bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah merekodkan "keterangan yang panjang" daripada beliau berkenaan kandungan Akuan Bersumpah (SD) pada 5 Disember lalu.

Malah, hujah Shafee berkenaan pemalsuan kad pengenalan Mat Zain dalam SD berkenaan turut direkodkan dalam keterangan dan dokumen lain kepada SPRM.

"Saya mempunyai dokumen untuk membuktikan perkara ini. "Tiada kesilapan lain dalam SD berkaitan nama penuh saya atau alamat rumah atau maklumat peribadi lain selepas pembetulan dilakukan.

"Kesalahan itu sengaja diperbesar-besarkan oleh Shafee selepas beliau mendapati dirinya memberikan keterangan palsu dalam afidavitnya yang turut tidak dimaklumkan kepada mahkamah," kata Mat Zain.

SD Mat Zin ditolak sebagai bahan bukti di mahkamah atas alasan nombor kad pengenalan yang mengandungi kesilapan termasuk alamat yang dihitamkan atas alasan keselamatan beliau.

Dalam SD 31 muka surat itu, Mat Zain turut mendakwa Ketua Hakim Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail adalah punca Pulau Batu Puteh jatuh ke tangan Singapura. Shafee juga, katanya, mengetahui perkara itu ketika perbicaraan di Mahkamah Dunia (ICJ) pada 2007.

Mat Zain berkata, beliau akan menulis kepada Gani sekali lagi untuk mendesak peguam negara itu menjalankan siasatan terhadap Shafee yang memberikan keterangan palsu dalam afidavitnya. - tmi

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive