Saturday 15 February 2014

4 Beradik Dinasihat Tidak Kembali Ke Sweden

KLUANG - Empat anak pasangan Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal dinasihati tidak kembali ke Sweden andai mereka dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan ibu bapa mereka.

Sebaliknya kata Pengerusi SukaGuam Datuk Khairul Anwar Rahmat, pihak pendakwaan Sweden boleh menghantar wakil mereka ke Malaysia untuk mengambil keterangan empat beradik berkenaan.

"Rekod keterangan terdahulu anak-anak mungkin akan dicabar kerana mungkin keterangan anak-anak ini adalah 'under duress'," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Sepagi Bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, di sini hari ini.

Katanya wakil SukaGuam akan ke Stockholm dalam masa terdekat bagi memberi sokongan kepada pasangan Malaysia itu.

Azizul Raheem dan Shalwati didakwa di mahkamah daerah Stockholm pada 10 Februari lepas atas tuduhan mengasari dan mencabuli integriti anak-anak mereka dalam beberapa insiden sejak September 2010 hingga Disember tahun lepas.

Perbicaraan kes mereka akan bermula 18 Februari ini dan dijangka mengambil masa 10 hari. Empat anak pasangan terbabit iaitu Aisyah (14 tahun), Ammar (12), Adam (11) dan Arif (7) kini dijaga oleh keluarga pasangan berkenaan di Kelantan.

Dalam masa sama, Khairul Anwar berharap dapat meyakinkan mahkamah Sweden mengambil keterangan terkini anak-anak terbabit bagi membuktikan tiada penderaan fizikal mahupun emosi. - Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive