Showing posts with label JSJ. Show all posts
Showing posts with label JSJ. Show all posts

Friday, 14 February 2014

Shafee Didakwa Cuba Sembunyi Fakta - Bekas Pengarah JSJ

Peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah didakwa sengaja menyembunyikan fakta daripada pengetahuan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, kata bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.

Mat Zain dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider berkata, pendakwa raya dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim itu gagal memaklumkan kepada mahkamah bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah merekodkan "keterangan yang panjang" daripada beliau berkenaan kandungan Akuan Bersumpah (SD) pada 5 Disember lalu.

Malah, hujah Shafee berkenaan pemalsuan kad pengenalan Mat Zain dalam SD berkenaan turut direkodkan dalam keterangan dan dokumen lain kepada SPRM.

"Saya mempunyai dokumen untuk membuktikan perkara ini. "Tiada kesilapan lain dalam SD berkaitan nama penuh saya atau alamat rumah atau maklumat peribadi lain selepas pembetulan dilakukan.

"Kesalahan itu sengaja diperbesar-besarkan oleh Shafee selepas beliau mendapati dirinya memberikan keterangan palsu dalam afidavitnya yang turut tidak dimaklumkan kepada mahkamah," kata Mat Zain.

SD Mat Zin ditolak sebagai bahan bukti di mahkamah atas alasan nombor kad pengenalan yang mengandungi kesilapan termasuk alamat yang dihitamkan atas alasan keselamatan beliau.

Dalam SD 31 muka surat itu, Mat Zain turut mendakwa Ketua Hakim Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail adalah punca Pulau Batu Puteh jatuh ke tangan Singapura. Shafee juga, katanya, mengetahui perkara itu ketika perbicaraan di Mahkamah Dunia (ICJ) pada 2007.

Mat Zain berkata, beliau akan menulis kepada Gani sekali lagi untuk mendesak peguam negara itu menjalankan siasatan terhadap Shafee yang memberikan keterangan palsu dalam afidavitnya. - tmi

Wednesday, 5 February 2014

Kes SB Ditembak - Rakan Setugas Ditahan

Seorang anggota polis ditahan bagi membantu siasatan kes anggota cawangan khas yang maut ditembak di Bukit Persekutuan semalam.

Anggota berkenaan yang juga merupakan rakan setugas mangsa ditahan pada jam 7 malam semalam di Balai Polis Cawangan Travers.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, rakan setugas mangsa itu akan direman hari ini untuk membantu siasatan berhubung kejadian terbabit.

“Positif atau negatif dia (rakan) terlibat akan diberitahu kemudian, motif pembunuhan masih belum dikenal pasti. Suspek kini akan direman selama tujuh hari bermula hari ini,

“Pistol dan beberapa dokumen lain milik anggota berkenaan turut dirampas,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan papan kenyataan Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati hari ini.

Dalam kejadian semalam, anggota Cawangan Khas terbabit ditemui mati dengan dua kesan tembakan di muka dan mata kanan dalam keadaan terbaring di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan.

Difahamkan, kejadian itu disedari oleh orang awam yang melalui jalan berkenaan yang kemudian melaporkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut kira-kira jam 4.30 petang. – MyNewsHub

Tuesday, 8 January 2013

[FOTO] HARIMAU SHOW DI IPD UNTUK WARGA PENCEN ???

Ketua Polis Shah Alam mengeluarkan kenyataan media berkaitan tersebarnya gambar tarian tak senonoh yang diadakan pada Majlis Malam Mesra bahagian siasatan Jenayah, IPD Shah Alam. Tiga kenyataan diberikan, cuma kenyataan kedua agak menarik perhatian!!



ShowShahAlam2
Majlis yang dianjurkan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Shah Alam adalah untuk bakal pesara, pegawai dan anggota pangkat rendah (APR) yang akan bertukar. Majlis ini adalah majlis tertutup dan yang hadir adalah pegawai dan anggota bahagian siasatan jenayah IPD Shah Alam sahaja.

Untuk kaki-kaki yang dah pencen, mungkin dah lembik lutut dan tak larat lagi dah. Pegawai dan angota pangkat rendah tu, agak selamatlah pegawai atasan. Disebut juga majlis ‘tertutup’ seperti memberi maksud tarian tersebut dirancang aje!! Apapun, melihat kepada gambar tersebut, kaki pencen mulalah terasa muda. - Sumber

Saturday, 22 December 2012

BIAR BETUL !!! FAUZI SHAARI KESAL SERTAI PAS ???


Perak 21 Dis - Setelah 7 bulan menyertai PAS, akhirnya Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman melahirkan rasa kecewa menyertai PAS. Borang keahlian menyertai PAS telah diserahkan pada 21 Mei 2012 di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang Taiping.

Borang keahlian diserahkan sendiri oleh Datuk Fauzi Shaari kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disaksikan oleh Mohamad Sabu, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.

Pada hari ini mengejutkan apabila Datuk Fauzi melahirkan rasa kesal menyertai PAS kerana disuruh berbaiah untuk tidak meninggalkan PAS.

"Kalau saya tahu begini keadaan PAS taubat saya tidak akan menyertainya. Masuk PAS umpama masuk parti DAP. Belum apa-apa saya disuruh bersumpah baiah cerai isteri talak 3 jika saya tinggalkan PAS"



Semasa menyerahkan borang keahlian PAS, beliau menerangkan bahawa niatnya menyertai Pas bukan untuk menjadi calon atau mempunyai jawatan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu PAS ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS. Namun kini semuanya seakan-akan bertentangan dengan apa yang dikehendaki oleh Datuk Fauzi.

“Takkan saya hendak menyertai DAP, saya melihat Pas lebih konsisten dalam perjuangan yang membuatkan saya memilih parti Islam itu. Saya memilih politik kerana berniat untuk berbakti dalam Islam selepas pencen ini, Pas adalah lebih syumul."

“Sekurang-kurangnya, saya boleh memberikan pendedahan kepada Pas apa sebenarnya yang berlaku dalam polis, ada juga kebaikan, tetapi tidak nampak, sekurang-kurannya akan menjernihkan tafsiran masyarakat kepada polis,”


Melihat kepada kenyataan-kenyataan Datuk Fauzi sebelum ini menampakkan bahawa beliau menolak DAP dan ingin memperbaiki PAS daripada dalam, namun sebaliknya berlaku kerana diminta berbaiah cerai talak 3.

Kenyataan Nik Aziz Nik Mat November 2009,

Menteri besar Kelantan berkata isu itu (Baiah Cerai Talak 3) sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu di kalangan orang Islam sendiri yang dengki terhadap perjuangan PAS yang mula diterima oleh masyarakat umum.

“Sebenarnya PAS ini telah didengki oleh orang Islam sendiri, oleh kerana parti ini berkembang akhir-akhir ini maka golongan sekular ini berusaha juga dan mencari juga jalan yang boleh menggugat kedudukan PAS.

“Di Kelantan, isu bai’ah ini tak timbul langsung,” katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini, mengulas isu yang ditimbulkan oleh anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad baru-baru ini.

Kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang,

“Tak payah (siasatan), tidak ada (bai’ah), benda tu tidak ada, ia sudah selesai, sudah habis,” jawabnya ringkas ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen. Abdul Hadi berkata, perkara itu hanya dibangkitkan oleh media dan bukannya anggota PAS.

Kini Datuk Fauzi menimbulkan kembali Baiah yang disangkal oleh 2 pemimpin tertinggi PAS mengenai Baiah cerai talak 3 isteri jika meninggalkan PAS, adakah semudah itu untuk mengugurkan talak 3 terhadap isteri untuk kepentingan politik? Oleh yang demikian selama ini 2 pemimpin tertinggi PAS ini hanya berbohong sahaja mengenai Baiah cerai talak 3 ini yang sememangnya wujud dalam PAS.

“Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan dimintai pertanggungjawabannya. Seorang suami adalah pemimpin bagi keluarganya. Seorang istri adalah pemimpin bagi rumah tangga suaminya dan juga anak-anaknya.” (HR Bukhari dan Muslim)

Allah sudah memerintahkan kaum suami untuk menjaga keluarganya agar selalu berada di jalan yang lurus, menghindari jalan menuju neraka. Allah berfirman :

”Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka....”(at-Tahrim: 6) 

Thursday, 13 September 2012

LELAKI TEMBAK ANAK DI TEMUI MATI !!!



Seorang lelaki yang dikehendaki polis kerana mencederakan dan menembak anak tirinya dengan pistol, ditemui mati di tepi jalan di Km282 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Ampang, di Ipoh hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata lelaki yang dikenali sebagai S. Ravindran, 40, ditemui pada pukul 11.30 pagi tadi oleh
orang awam.

"Polis yang membuat pemeriksaan mendapati lelaki tersebut mengalami kecederaan di kepala dengan kesan tembakan serta menemui sepucuk pistol jenis Norinco di sisi mayatnya," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata polis turut menemui sebuah motosikal yang digunakan oleh lelaki berkenaan.

Katanya siasatan polis mendapati lelaki terbabit yang merupakan bekas anggota tentera udara dipercayai membunuh diri selepas lari dari kejadian menembak anak tirinya yang berusia 15 tahun di rumah mereka di Laluan Panorama
Rapat Indah, Gunung Rapat, semalam.

Beliau berkata pelajar lelaki Sekolah Menengah Sri Ampang tersebut dipercayai ditembak dari jarak dekat ketika dikatakan bergelut dengan bapa tirinya itu.

Sebelum kejadian lelaki terbabit datang ke rumah didiami mangsa bersama ibu dan tiga adiknya dengan menaiki kereta.

Pasangan tersebut yang tidak lagi tinggal sebumbung kemudian dikatakan bertengkar di depan rumah sebelum mangsa cuba meleraikan pergaduan dan bergelut dengan bapa tirinya itu.

Lelaki itu kemudian melarikan diri dengan menunggang motosikal sejurus mendapati anak tirinya rebah berlumuran darah.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun akibat kecederaan di kaki kirinya.

- Bernama

Sunday, 26 August 2012

VIDEO !!! LOKASI SUSPEK BAKAR KEKASIH BERSEMBUNYI



Selepas 10 hari diburu, seorang remaja lelaki yang disyaki membakar teman wanitanya, Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, sehingga menyebabkan mangsa koma akhirnya ditahan di Setapak Jaya, di sini awal kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek, Mohd. Amir Mohd. Anuar (gambar), 18, ditahan bersama seorang wanita di sebuah rumah di situ.

Katanya, kedua-duanya ditahan reman sehingga 28 Ogos ini untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, menurut sumber, turut ditahan enam orang termasuk empat wanita yang berusia 16 hingga 46 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

“Polis turut ditunjukkan lokasi tempat kejadian dan menemui topi keledar, cebisan pakaian dan rambut mangsa,” katanya.

Dalam kejadian 13 Ogos lalu, suspek telah menyimbah petrol ke tubuh gadis remaja itu sebelum bertindak membakar mangsa di kawasan semak ketika mereka keluar bersahur bersama kira-kira pukul 3.15 pagi.

Akibatnya, mangsa dilaporkan terbakar 25 peratus di muka, dada dan tangan dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Apakata kita tinjau lokasi di mana suspek tersembunyi bersembunyi…


Sumber : mynewshub

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive