Showing posts with label Mohd Amir.Nurul Firzanah. Show all posts
Showing posts with label Mohd Amir.Nurul Firzanah. Show all posts

Sunday, 26 August 2012

VIDEO !!! LOKASI SUSPEK BAKAR KEKASIH BERSEMBUNYI



Selepas 10 hari diburu, seorang remaja lelaki yang disyaki membakar teman wanitanya, Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, sehingga menyebabkan mangsa koma akhirnya ditahan di Setapak Jaya, di sini awal kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek, Mohd. Amir Mohd. Anuar (gambar), 18, ditahan bersama seorang wanita di sebuah rumah di situ.

Katanya, kedua-duanya ditahan reman sehingga 28 Ogos ini untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, menurut sumber, turut ditahan enam orang termasuk empat wanita yang berusia 16 hingga 46 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

“Polis turut ditunjukkan lokasi tempat kejadian dan menemui topi keledar, cebisan pakaian dan rambut mangsa,” katanya.

Dalam kejadian 13 Ogos lalu, suspek telah menyimbah petrol ke tubuh gadis remaja itu sebelum bertindak membakar mangsa di kawasan semak ketika mereka keluar bersahur bersama kira-kira pukul 3.15 pagi.

Akibatnya, mangsa dilaporkan terbakar 25 peratus di muka, dada dan tangan dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Apakata kita tinjau lokasi di mana suspek tersembunyi bersembunyi…


Sumber : mynewshub

Thursday, 23 August 2012

Lelaki Melayu Disyaki Bakar Teman Wanita Ditahan


Setelah 10 hari bebas diluar sana akhirnya remaja lelaki ini ditangkap juga. Bak kata orang, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah. Harap jangan ada lagi kes seperti ini, masih muda dah pandai nak bakar orang nanti besar menyusahkan.


KUALA LUMPUR: Polis hari ini menahan lelaki yang disyaki membakar teman wanitanya di kawasan semak berhampiran Seksyen 1, Wangsa Maju pada awal pagi 13 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata lelaki itu ditahan awal pagi ini di sebuah rumah panjang di Setapak Jaya.

"Suspek ditahan bersama seorang wanita," katanya menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada BERNAMA, di sini.

Beliau berkata, kedua-dua mereka ditahan reman lima hari bermula hari ini.

Polis sebelum ini memburu Mohd Amir Mohd Anuar, 18, dari Taman Keramat bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Dalam kejadian itu, teman lelaki Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, dipercayai menyimbah petrol ke tubuh gadis berkenaan sebelum membakarnya, menyebabkan mangsa terbakar 25 peratus di muka, dada dan tangan.

Mangsa kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur. - BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive